Dec 31, 2009

welcome 2010!!


HAPPY NEW YEAR EVERYONE!!!
HAVE A WONDERFUL YEAR \(^_^)/


tahun 2009 berakhir dengan manis sekali :)


dua perkara terbaik berlaku dalam tahun 2009 adalah sangat bahagiaaaa!!!

1. mengahwini jejaka pilihan hati, mohd sharizal shaarani. i love u sayang!

2. and i am mummy-to-be! the greatest gift!


syukur alhamdulillah tahun 2009 dilalui dengan baik sekali :)
---


semoga tahun 2010 memberi seribu kemanisan dan kebahagiaan :D


peristiwa yang bakal berlaku 2010 adalaaaaahhhhhhh:

1. berhoneymoon bersama suami terchenta!

2. cuci kaki masuk rumah baru

3. lahirlah si kecil yg sangat sangat dinant oleh mak dan abahnya hihi :)

dan...

untuk tahun 2010 ni, semoga amalan amalan baik yang boleh di bawa ke alam abadi akan bertambah, insyaAllah, aminnnn

Dec 26, 2009

A great joy is coming!

i am 6 weeks pregnant (^_^)

syukur alhamdulillah, thanks to You for giving me a chance to become a mother. it will be a great experience! seronok tak terkata :D

pagi tadi pegi buat pregnancy test kat Putra Medical Centre. tahap la berdebar macam nak amek keputusa SPM. semua perasaan ada, terus rasa macam nak muntah. padahal nak buat test je kan. encik suami sudah seram seram. motif seram? tak dapat dikenalpasti. no urine test, terus je buat ultrasound tu. then sudah nampak the little embryo :). jadi puan doktor cakap tak payah urine test.


can u see the little embryo? hihi

katong sudah nampak! macam kacang kan? hihi. doktor cakap takde denyutan jantung lagi, tunggu a few weeks baru nampak dup dup dup dup


semoga segala galanya berjalan dengan lancar dan selamat. aminnn :)

-----

Week 6: There's nausea everywhere!

Fetal development in pregnancy week 6:embryo in second month.This is going to be a busy week for your amazing little embryo. Their brain is still growing remarkably fast; miniature hand plates are starting to develop and the early formations of what will be their fingers are already visible. Also, the lower limbs do not develop quite as fast, so they’re pretty much still flippers. Up until this point, your baby has been very curled up with the head and tail in close proximity, but this week their trunk and neck are beginning to grow and straighten as their tail recedes into its resting position in the back. Even though your little miracle is only 6 weeks old, they’re already capable of demonstrating reflex responses to touch!

Dec 22, 2009

i am pissed off!


S.T.U.P.I.D!!!!!!!!!

jadi kau ingat kau boleh tutop la kau punye kesalahan dgn bercerita bukan bukan pasal aku? siap cerita dgn big boss? kau ingat aku takot la kalau kau buat mcm tu? kalau betol, apsal tak datang je depan aku cakap yang kau dah report bukan bukan pasal aku kt big boss? naseb baik la kau OKU! ha, kan dh biadap terus aku. padahal kau dah takot aku report kat boss kan? pastu cepat cepat kau buat cerita palsu lagi dusta pasal aku. naseb baik la semua yang dengar tu tak bodoh macam kau. semua dah paham perangai kau macam tu. takpe, selagi aku boleh sabar, memang la aku sabar. aku tak kesah kalau big boss nak jumpa aku pasal ni. I AM READY! tak sabar rasanya nak cerita kesah sebenarnya. aku ada saksi kejadian, kau ada apa? ada mulut je kan? tolong lah jangan bertindak bodoh. beringat ingat sebelom buat benda tak berfaedah tu. tolong jangan ganggu hidup aku boleh tak?

{ok, sedang beristighfar banyak banyak}

BONUS!


...sebagai penghargaan kepada setiap kakitangan yang telah bekerja keras sepanjang tahun 2009 dan sebagai insentif untuk terus bekerja keras pada tahun-tahun hadapan, Syarikat akan membayar sumbangan saguhati bersamaan satu (1) bulan gaji pokok pada 30 Disember 2009 nanti. Bayaran ini diharapkan dapat sedikit sebanyak mengurangkan beban kewangan kakitangan dalam menghadapi tahun baru 2010 nanti.

walaupun tak sebesar bonus bonus sebelum ni tp tersangatlah gumbira kerana kabar angin pasal tiada bonus tahun ini adalah tidak benarrrrr!!! fewh, lega ok. yup, syarikat tak berapa untung tahun ini, sedih bukan? huhu.. takpe, takpe, semoga tahun 2010 adalah tahun cemerlang buat syarikat! jadi kami akan dapat bonus yang banyakkkk! hihi

Dec 21, 2009

kemusykilan

my period is two weeks late! baru 2 minggu kan tapi nak kecoh? haha! i've told my mom pasal ni and she said... "mak rasa along pregnant. mak tengok along kembang semacam je hihi" sambil dia tersenyum. hah? adakah? angah dah suruh beli pregnancy test tp aku rasa mcm membazir je beli lagi sbb 2 minggu dh boleh test kah? kalau betol pun mengandung, rasanya too early kot nak test huhu.. takpe, aku kasi lagi masa. tambah lagi 2 minggu, kalau tak jugak period, aku buat test itu! angah just bought me a pregnancy test yesterday. semangat gile suroh aku test haha!

jika betol aku mengandung, alhamdulillah syukur :) tp..kalau bukan? waaaaahhhh! kerisauan! penyakitkah? owh jangan, jangan! 2 weeks lagi aku nak buat test then jika negatif, harus berjumpa doktor akan masalah ini.

berdoa supaya ini adalah berita gumbira :)

Dec 16, 2009

the celebration

ceritanya:
on the way balik rumah, suami meng'sms' saya: "sayang, ujan lebat gile ni. kite sangkut kt masjid bpk amar. kalu sampe dulu, sayang siap cantek2. kite bawak sayang jejalan. eceh.."
sambil tersenyum senyum, membalas sms suami "sayang, kite kt umah dh. sayang kt ne? sayang nk bawak kite jejalan? hehe.. nk g manakah?". lalu, telefon bimbit diletakkan di atas meja dan terus mencapai towel dan terus ke bilik air utk bermandi manda. habis je wangi wangi, terus naik ke bilik dan.... tetibe mata terus je memandang ke arah meja mekap. ape itu? terus memberanikan diri utk pergi lebih dekat. dan ini adalah... sekeping kad yang bertulis 'dear my beloved wife, meeza' dan sebungkus hadiah! hati sedang berbunga bunga hihi.. tp, dimana suami saya? sambil mata sedang mencari cari. siap ingat dia menyorok dlm almari ok haha! (pssstt...siap check dalam almari sebenarnye :p). pastu baca kad pon control control, kot kot la tetibe suami sedang memerhati haha! ape la kau ni. ini tak boleh jadi,mana suami saya? terus je mencapai henpon dan mendail nombor suami terchinta.

kring, kring, kring..
"hellooo, sayang kt ne ni?"
"kite kt masjid bpk amar lg"
"hah? tipu.., betol ke ni?"
"la, betol la, ade lg ni"
(eh, siapa plak letak kad ni?) "tp kan ada kad dgn hadiah kt bilik. sayang kt ne niii?"
"hehehehe.. kite kt kedai gunting rambut la yang. gunting rambut jap"
"cehhh.. ok,ok"
"jap, kite nk gunting rambut jap, jap lg kite blk k. tunggu jap. bye sayang"
"ok kite tunggu, babaiiiiii"

selepas beberapa minit suami pun pulang dan bersiap siap utk dinner. owh, rupa rupanya belanja makan di chilis. ye, aku tak pernah makan situ haha! maka suami pun membelanja si isteri makan di situ. sekarang sudah merasa makan disitu :p

for my beloved husband; thank you sayang for the lovely card + the cutest gift + the makan makan + and.. 'the moment' by Kenny G itu hihi.. I HEART YOU SO MUCH!! always :)

tidak sabar tunggu tahun depan utk hadiah yg lebih mencabar bak kata encik sharizal hihi



presenting: cupido!!

-----
makan makan

kusyuk mereply sms kawan kawan. thanks for the wishes!!
sambil menunggu makanan


suami terchenta :*





sudah kenyang, muka pon sudah bulat! maka boleh pulang dgn hati riang

puan zuraida

CONGRATULATION zuraida & ariff!! :D

sudah bergelar puan dh zuraida ahmad danial. best, best, dh ramai dh kawan aku kawen hihi
lepas ni boleh share share cerita. cerita yg dibolehkan sahaja, ...bukan cerita yg bukan bukan la korang. saya bukan seperti itu haha :p

btw, the wedding was held @ Dewan Sri Seroja, Putrajaya. Putrajaya adalah sangat cantek! majlis berjalan dgn lancar, pelamin sgt indah, the dress....owh, i love her dress!! so damn gorgeous! memikat kalbu. pandai kau design! dan semestinya pengantin sgt lawa ;)


si cantik manis :)

kedebaran la tu kan hihi :p

kami dpt ini!! byk barang dlm beg itu, best, best!




selamat berbulan madu korang! honeymun di bali kan? best tahap!!!! enjoy urself & have fun \(^_^)/
congratulation dear ;), and to mr ariff: take a good care of her and i know you will :)


Dec 15, 2009

twenty six

yup, today is my birthday. im 26 now and yes, im getting old! oh nooo!! eh xpe, tua tu kan indah hihi. to be frank, its not a wonderful birthday i've ever had. and i dont know why. i felt sooooo sad, unhappy. nak period kot? haha!

but thanks to Allah for giving me a good life, good health and for all the things he blesses my life with. thank u so much to all my beloved friends for the lovely wishes! thank u koranggggg :D

my wishhhhhes:
1. semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki melimpah ruah hihi
2. may our marriage will last forever and ever
3. be a good wife
4. having a baby next year :)


p/s: kenapa la kau bersedih hari ini? :(

Dec 9, 2009

pilihan hati hari ini

suka! suka! suka!
I HAVEN'T MET YOU YET



I'm not surprised.
Not everything lasts.
I've broken my heart so many times I stopped keeping track.
Talk myself in.I talk myself out.
I get all worked up, then I let myself down.
I tried so very hard not to lose it.
I came up with a million excuses.
I thought I thought of every possibility.
And I know someday that it'll all turn out.
You'll make me work so we can work to work it out.
And promise you, kid, that I'll give so much more than I get.
I just haven't met you yet.
Mmmm...
I might have to wait.
I'll never give up.
I guess it's half timing, And the other half's luck.
Wherever you are.
Whenever it's right.
You'll come out of nowhere and into my life.
And I know that we can be so amazing.
And baby your love is gonna change me.
And now I can see every possibility.
Mmmm...
But somehow I know that it'll all turn out.
And you'll make me work so we can work to work it out.
And I promise you, kid, I'll give so much more than I get.
I just haven't met you yet.
They say all's fair.
In love and war.
But I won't need to fight it.
We'll get it right and,
We'll be united.
And I know that we can be so amazing.
And being in your life is gonna change me.
And now I can see every single possibility, mmmm.
And someday I know it'll all turn out.
And I'll work to work it out.
Promise you, kid, I'll give more than I get, Than I get, than I get, than I get.
Ohhh!
You know it'll all turn out.
And you'll make me work so we can work to work it out.
And I promise you, kid, to give so much more than I get.
I just haven't met you yet.
I just haven't met you yet.
Ohh, promise you, kid, to give so much than I get.
(I said love, love, love, love...)I just haven't met you yet
I just haven't met you yet.

Dec 7, 2009

cepatnya masa berlalu

Before I met you,
I thought I was happy,
and I was,
but I had never known the rich contentment,
deep satisfaction,
and total fulfillment
you brought to me
when you came into my life.

Before I met you,
I felt a lot of things,
good things,
but I had never experienced
the indescribably intense
feelings I have for you.

Before I met you,
I thought I knew myself,
and I did,
but you looked deep inside me
and found fresh new things
for us to share.

Before I met you,
I thought I knew about love,
but I didn’t,
UNTIL I MET YOU.

---

its just been one month since we were married and, nothing much can i say, it was a beautiful and awesome month! You fill my life with pleasure, joy and fun. As time goes by, our love grows stronger still. You're the most amazing man I ever knew. I LOVE YOU always and forever, till death do us apart :)


Dec 3, 2009

belanja kawen

terasa macam nak sharing sharing pasal belanja kawen. bukan niat nak menunjuk nunjuk ok, saje je supaya kawan kawan yg belom kawen dpt anggaran bajet kawen. jadi senang la korang mengumpul kan kan kan hihi.. sharing is caring! aku kan caring :p
here are the list!


Kad Kahwin (500pcs)
Jurufoto
Videografi
Mak Andam
Pelamin Fresh Flowers
Khemah (7 khemah)
Jamuan
Baju Nikah(tailor)
Baju Sanding(tailor)+kasut+veil
Baju Bertandang+aksesori(sewa)
Bunga pahar (100pcs)
Cenderahati tetamu
Hiasan bilik tidur
Deco meja pengantin
Kompang
Sistem PA & MC

TOTAL

350
1,900
duit tidak mengizinkan. alaaaaa :(. terus sdn bhd
750 (makeup nikah,sanding & bertandang)
700
1,960 (include kerusi beriben, meja, scallop)
7000 (terima kaseh mak! muakh, muakh!)
200
500
450
290
900 for 1200++guest
100
250
250
550 (for 2 days-nikah & reception)

15,900

well, jumlah ni aku rasa not too much for the wedding. macam orang lain jugak. ada tu yg sampai 30K!! tu yg grand la kan. ini yg sederhana saja. kalau korang boleh decrease lg total tu, gile hebat! aku rasa aku dh amek pakej yg murah2. aku rasa la hihi.

kepada mereka mereka yg bakal melangsungkan perkahwinan, all the best! jangan berhutang hutang sebab nak kawen. nanti nak bayar lepas kawen lg pening. saving duit untuk lepas kawen jugak. itu sgt PENTING!!! owh, lg satu, simpan duit utk honeymunnnnnnnnnn \(^_^)/

Dec 2, 2009

setelah sekian lama hihi

lama tahap tak hapdet blog ni! tak faham kenapa sangat berat tangan nak menaip. haish, dasar pemalas kau nih! ok, sekarang terasa rajen nak menaip sambil mendengar lagu girls just wanna have fun by cyndi lauper dannnn sambil menikmati chocolate van houten nyum nyum. bersemangat!

cerita pertama:

i have been married for 3 weeks and 5 days. almost a month! i'm a wife to my beloved husband,
the other half of me, mohd sharizal bin shaarani.i love you sayang! i love you more and more!

perasaan bila dh kawen? pasti la seronok+best+suka+semua yang positif hihi.. bila dh HALAL, kalau keluar tengok wayang ke, jalan jalan ke, makan makan ke, rasa bebas gile! xde la mcm dulu dulu. tipu la kalau aku ckp aku tak pegang tangan bila keluar berdua. mcm couples yg lain jugak pe. ok,ok aku tau berdosa tp tu la kan. nama pun manusia, pasti ada yg salah punya. aku tau mmg ada couples yg keluar berdua maseh lg jaga tatasusila dan adab. bagus bagus, teruskan dgn sahsiah diri korang itu. tabik spring toink, toink! jgn jadik mcm aku hihi..

serius sangat lega lepas kawen. bila dah SAH je, rasa semua yg berat berat kat kepala jatuh berguling guling. ringan gile kepala, satu badan! tak payah pikir macam macam dh. hati gumbira tak terkata hihi.. maka saranan kepada kawan kawan yg belom berkawen: cepat cepat kawen korangggg! jgn tangguh tangguh. buat je apa yg termampu. jangan grand grand tp berhutang, haish (geleng kepala). pada mereka yg belom ketemu jodoh, dun worry, pasti ada punya jodoh utk korang. apa yg boleh korang buat adalah berdoa, berusaha dan bertawakal. plus errrr..jgn memilih sgt kot huhu.. pasti la tiada yg perfect. kite pon tak perfect bukan ;)

sila menikmati gamba kawen walopon telah basi 3 minggu hihi

nikah:



sanding:



bertandang:



cerita kedua:

honeymoon oh honeymoon! org melayu ckp bulan madu. sgt la ramai bertanya "meeza, honeymoon mana?". erk, belom kesempatan lg utk berbulan madu huhu.. kesibukan kerja haha! kunun. tak, bukan sbb itu. pasti la sebab bajet kawan kawan. tak kesah pun nk honeymun mana asalkan BERDUA! errr.. tp kesah sebenarnya :p.

dlm kepala sangat la banyak tempat nak pegi tp tu la kan, D.U.I.T., seblom kawen tak nak kumpul duit banyak banyak, sekarang gigit jari la kau huhu.. tak pe, tak pe, bulan 1 kan kite honeymun kan sayang? (anggap je jawapan suami: YES. hihi). sempat lg mengumpul duit. eh chop, tahun ni ada bonus kan kan? tolong lah ada! harapan tinggi menggunung. dh berangan habis ni...

semoga impian menjadi kenyataan! cepat la bulan 1! kad nikah tak dapat lg, jadi sila berhenti berangan (T_T)

Sep 17, 2009

kad sudah siap!

ini adalah surat kebenaran kawen (ngada nk tunjuk jugak)

---

kad kawen sudah siap! kelegaan.
tugasan seterusnya: fill in the blank! nama para jemputan harus di isi di dalam kad ciptaan sendiri itu.



tunggu kad aku sampai kawan kawan! save the date pleaseeee

Sep 16, 2009

bedok telah berbunyi




Dengar-dengar itu bedok telah berbunyi
Sebulan puasa tamatlah hari ini
Lekaslah adikku hiaskan rumahmu
Biar serba baru untuk para tamu

Jangan kau lupa ketupat di dapur
Rendang di kuali jangan biar hangus
Cuba lihat itu kanak-kanak berlari
Di halaman rumah bermain bunga api

Bangunlah anakku pakai baju baru
Kawanmu semua telahpun menunggu
Dapatkan ayahanda sujud di kakinya
Serta jangan lupa nindamu kedua

Kita bermaaf dengan keikhlasan
Moga bertambah rahmat dari Tuhan
Dengar-dengar itu takbir sedang bergema
Hening dan mulia di pagi hari raya

---

selamat hari raya aidilfitri :)
mohon ampun dan maaf atas semua kesalahan yang disengajakan dan tidak disengajakan.
0-0 okay ;)

berhati-hati ketika memandu, jangan laju2! pastikan korang dapat dtg majlis kawen aku tau hihi

Sep 14, 2009

sudah boleh kawen!

hal borang nikah sudah selesai. ringan kepala. beria buat kad tetiba kang tarikh tu tok kadi x free, siap kau! kene buat kad baru. takpe, tak perlu gusar dah. imam ckp "berehhhh"

borang nikah settle hari khames baru ni. pegi masjid sg buloh jumpa imam then baru pegi pejabat agama shah alam amek surat kebenaran kahwin. disebabkan kami adalah satu kawasan, lagi la senang. bawak wali + 2 saksi. aku pinjam saksi incik tunang. wali adalah adik kesayangan.

memula, lelaki masuk dulu jumpe imam. ok, serius ini menakutkan. dan dan imam soal bykkkkk kt bakal pengantin lelaki. aku dengar je kt luar incik tunang kene dgn imam hihi


imam: cuba mengucap 2 kalimah syahadah
incik tunang: (mengucap)

imam: baca al-fatihah

incik tunang: (baca al-fatihah)
imam: baca doa iftitah
incik tunang: (baca iftitah)

imam: baca tahiyat awal
incik tunang: (baca tahiyat)
imam: doa qunut

incik tunang: (baca qunut)

imam: nasib baik awak tak tanya saya qunut pendek ke qunut panjang (padahal sebelum tu memang incik tunang nak tanya. kunun nk bergurau dgn imam. seb baik dia tak buat! heh)
soalan seterus dari imam adalah niat solat 5 waktu dan niat mandi wajib. pastu soklan yg aku pun blur x leh nak jawab. seb baik dia tanya kt incik tunang bukan kt aku haha!
imam: macamane nak tau jika seorang isteri itu datang haid. (maksud soalan: mcmane nk tau kalau darah tu adalah betul darah haid) serius, aku pun x tau nk jawab. buta agama rupanya aku ni. kene byk belajar! korang taukah? owh, tau eh? huhu
jawapan imam: (selepas kene ceramah) caranya adalah darah itu keluar sehari semalam, maka itu adalah darah haid.
senang je jawapan rupanya!

then imam kasi ceramah sikit pasal tanggungjawab suami. dan part yang aku paling suka adalah...


imam: nant kalau dah kawen, isteri tak masak, tak gosok baju, tak kemas rumah, jangan marah. awak tak boleh marah. jangan sesekali marah. sebab semua itu bukan tanggungjawab isteri, itu tanggungjawab suami. jika isteri melakukan itu semua, itu di kira pahala. atas dasar sayang, cinta. tanggungjawab suami untuk buat semua itu. jadi, suami kene cari pembantu untuk menolong isteri buat kerja2 tu semua. (cik hameezah tersenyum lebar hihi)


ok, lelaki sudah selesai. kelihatan muka incik tunang lega tahap. perempuan pula! perempuan tak perlu risau. takde pape pon. imam bitau tanggungjawab isteri sahaja. plus dia tanya aku adakah aku kahwin ni sbb terpaksa? aku jawab: tak imam, atas dasar cinta dan sayang dan kasihku padanya. hahaha! giler hebat kalau aku ckp cenggitu hihi :p


oleh itu, good luck pada mereka mereka yang akan berjumpa tok imam. tak perlu kerisauan ;)


p/s: tp kawan incik tunang cakap, dia buat kt pejabat agama shah alam, tak kene semua soalan ni. datang, terus sign je. naseb memasing kot.

Sep 6, 2009

berserah je

1 month = 30.4368499 days till my BIG day! (glup)

banyak nk kene buat nih!

1. bunga pahar (DIY) - barang belum beli
2. langsir bilik
3. cat bilik (baru half. sambung lepas raya. cat bulan puasa byk dugaan, nk minum la nk makan la -alasan!)
4. tudung nikah (tudung ariani bukan pilihan saya. mahal x kene tempat huhu)

akibat bunga pahar adalah mahal, jadi terpaksa la buat sendiri. kalau jadi la eksperimen ni kan haha! kalau x jadi, kena la jugak beli. Barang-barang yang harus dibeli utk pembikinan bunga pahar:

1. ferrero rocher
2. doily paper
3. stem (yg plastik tu)
4. balloon holder
5. telur burung puyuh (instead of telur ayam, telur burung adalah menarik dan sedap!)
6. net
7. flower tape

sila lah berdoa bersama supaya eksperimen ini menjadi hihi

Sep 5, 2009

tudung kawen

here are some tudung which i think well-suited for the solemnization ceremony or maybe for the reception:

adakah aku sesuai?




pics taken from here. (DIY tudung)

---



---

oh no! these will not happen to me. assuredly! (berdoa)

i wont wear the tudung with that tiara. sangat besar bukan?


dan ini! tudung dimasukkan ke dalam baju. muka aku adalah bulat jadi kalau buat begini pasti seperti BELON. eh, tak nakkkkk! nant nak bitau mak andam supaya tidak berbuat demikian.
---

ok, tata!

busan ah!

luahan perasaan
sekian saja :(

Aug 12, 2009

HIV test, done!

a few updates. hiv test, wed card n canopy: checked! :D

kisah HIV test

lokasi: klinik kesihatan sg buloh. buat pertama kalinya aku dan incik tunang beria pakai mask sebab sgt takot dgn si virus H1N1 itu. R.I.M.A.S! tp demi keselamatan yg abadi, maka terpaksa la pakai kan. seperti biasa nama pun klinik kerajaan kan, musti la sgt ramai orang. tp naseb baik hiv test tu x perlu tunggu lama2. pendaftaran je la kene tunggu beria, sampai dh ngantok2 kitorg. xpe, kami kan penyabarrrr haha! ok, cukup.

masa masok bilik tuan doktor, ingatkan ade la kaunseling ke hape kan. xde langsung. aku dh siap duduk sebelah doktor okay. ingatkan dia nk cakap ape2 la kan. lepas dia sign hiv form then dia pon berkata "kamu berdua negatif ye" tanpa memandang ke arah kami yg sedang blur yg amat. dedua terdiam (sebab menganggap negatif itu adalah 'positif'). x paham kenapa dedua boleh berpikiran demikian. cuak sekejap. tp blur kami tidak lama dan akhirnya "owhhh..terima kasih doktor". senang giler buat hiv! mcm tu je? ingatkan ada kaunseling bagai. tp rasanya kene ada kan? ntah la, x paham. yg penting kitorg dh boleh kawen! yeay!! haha. tp kan byk jugak kemusykilan, mana pejabat agama nk tau kitorg negatif pasal dlm form tu xde tulis pon. just ada signature doktor tu je. aku siap ty doktor "lepas ni, buat ape pulak doc?" doktor tu cakap "xde pape, buleh terus berurusan dgn pejabat agama". tu je la dia cakap. kitorg pon mengiakan je la. xkan nk beria2 pulak. ok, hiv test sudah selesai akhirnya! bahagia!
topeng muka kembali di buka. LEGA!

checklist :
  1. pelamin (kak nururl arbee)
  2. baju nikah (dzull)
  3. baju sanding (dzull)
  4. baju bertandang
  5. kain bridemaid
  6. makeup (kak wawa-Cleo Studio)
  7. kad kawen
  8. khemah+meja+kerusi
  9. jamuan
  10. photographer (the Photolicious)
  11. videographer
  12. hand bouquet (FOC by kak nurul arbee :))
  13. room deco (kak nurul arbee)
  14. main table deco + guest table deco (kak nurul arbee)
  15. PA system
  16. bunga pahar-DIY
  17. gift for tetamu
  18. borang nikah
  19. HIV test
  20. kompang

Jul 30, 2009

jatuh chenta lagi lalala

yes, i fall in love, again! bukan kepada siapa tapi kepada apa.

akhirnya berkesempatan menonton P.S I Love You last week. sweet and lovely! romantic comedy ever! kelakar disebabkan oleh Lisa Kudrow itu. teringat cerita friends. x berubah langsung! haha! klaka la dia. berapa kali airmata ini berguguran. serius! cerita x sampai separuh, dh nanges nanges. ade je la part yg buat aku nanges. sampai adik aku ckp "along, part ni dah tak sedih la, xyah la nanges". tak ker? aku rasa sedih je. eh bukan cengeng okay. sila tengok movie itu jika tak percaya.

ok, bukan ini sebenarnya tujuan entri ini. setelah melihat movie itu, baru aku tau ireland adalah sangat CANTEK! terjatuh chenta dgn ireland. im soooo going there rite now!. terus sms incik tunang yang berbunyi "sayang! bawak kite g ireland!". haha! incik tunang blur2. apekah? tetibe tunang dia soh bawak g ireland. incik tunang pun mereply "ok sayang, kite bawak sayang g hnymun sana k". eh, ada sambungan lg "lepas kawen kire duit balik" haha! di harap incik tunang dapat menunaikan permintaan saya yang tak seberapa ini :p

saya jatuh chinta kepada County Wicklow, Ireland
sila menonton P.S I Love You serta melihat keindahan ireland

hillary swank in p.s i love you - ini adalah di ireland!


the wicklow hills - the place where p.s i love you was filmed


sekarang berkeinginan untuk membeli novel P.S I Love You
dan...
membeli tiket ke ireland!

Love you till the end

I just want to see you

When you're all alone
I just want to catch you if I can
I just want to be there
When the morning light explodes
On your face it radiates
I cant escape
I love you till the end

I just want to tell you nothing
You dont want to hear
All I want is for you to say
Why dont you just take me
Where Ive never been before
I know you want to hear me
Catch my breath
I love you till the end

I just want to be there
When were caught in the rain
I just want to see you laugh not cry
I just want to feel you
When the night puts on its cloak
Im lost for words dont tell me
All I can say
I love you till the end

Jul 27, 2009

baju nikah+sanding

masih ingat entri yg ini (im getting married this year)? ok, ini adalah sambungan kpd entri itu. last saturday dh settlekan baju nikah dan sanding. yeay! setelah berhempas pulas, bersengkang mata mencari tailor2 yg baik tetapi harga tidak mahal (harus okay, agar bajet tidak lari), dzull de classique menjadi pilihan hati saya. aku rasa harga beliau adalah menepati bajet plus sgt okay aku rasa. baju nikah (chiffon beaded)+baju sanding (french lace beaded)+veil+kasut = rm600. ok kan korang? errr..ke x? kalau x worth sekali pun, silalah ckp worth pasal aku dah tempah. kasut kawen x payah pikir dah. dzull buatkan sekali guna lebihan french lace tu. otak menjadi sedikit ringan! baju nikah+sanding+kasut S.E.T.T.L.E! alhamdulillah, syukur :D

---
adalah menyesal pergi hari sabtu kerana ramai plak yg dtg situ tempah baju. kalau tau aku pegi je weekdays. plus ada sorang pompuan ni x reti reti nk saba. time aku tgh diskas2 tu la dia bebel "adik, xde orang lain ke boleh ukur? saya dtg dulu dr dia ni (jari sambil tunjuk aku)". masalahnya dtg dulu pon kalau dr td x abes2 tgk baju, mesti la org tu layan aku yg memang dh bersedia ni kan. serius, dr td memang dia ke hulu hilir tgk baju. dr incik tunang ukur baju dgn dzul sampai la turn aku ukur pulak dgn akak tu. byk kali dia kacau time aku tgh ukur baju. tension tau! pastu buat2 tgk jam tgn dia tu, kunun mcm dh lambat benar la kan. aku mcm hilang mood sikit. terus hilang idea! aku saba je la. naseb baik akak ukur tu x layan dia. hahaha padan muka. dan sorang pompuan ni pulak mana aku pegi ade je sebelah aku. nyebok2 tepi aku pastu buat muka. rimas! rupanya dtg nk amek baju. len kali ckp terus kt tokey kedai nk amek baju. ok, dh abes mengamuk dh.

next week, baju belah pihak incik tunang harus diselesaikan. yg itu sewa, xde duit dh nk beli hihii. owh ya! kad kawen juga perlu diselesaikan. tidak saba nk lihat hasil ciptaan sendiri itu haha!

p/s: berharap baju kawen tu nant sedap dipakai dan CANTEK (itu wajib). abaikan gamba busana pengantin itu, sekadar hiasan penyejuk mata heee :D

checklist :
  1. pelamin (kak nururl arbee)
  2. baju nikah (dzull)
  3. baju sanding (dzull)
  4. baju bertandang
  5. kain bridemaid
  6. makeup (kak wawa-Cleo Studio)
  7. kad kawen
  8. khemah+meja+kerusi
  9. jamuan
  10. photographer (the Photolicious)
  11. videographer
  12. hand bouquet (FOC by kak nururl arbee :))
  13. room deco (kak nururl arbee)
  14. main table deco + guest table deco (kak nururl arbee)
  15. PA system
  16. bunga pahar
  17. gift for tetamu
  18. borang nikah
  19. HIV test
  20. kompang
ok, cukup! panjang plak entri ni kan. cukup cukup, sila berhenti.

selesai.

Jul 11, 2009

kasut kawen

cant take my eyes off of you
.
.
.

i love diamonds!



ini adalah sesuai utk nikah bukan?


.
.
.

beli ke sewa? sewa ke beli? kalau nk sewa mcm "ada ke diorg kasut yg memenuhi citarasa aku ni?"
xpe, akan difikirkan
sambung berangan semula!