Nov 25, 2010

luka luka calar calar

kesian kannnnnn kepala Miqael luka luka. pantang mitten tertanggal je, abes kepala dia garu garu. seb baik tak garu muka, kalau tak??? calar calar muka si kecil ituuuu huhu. ummy tak perasan mitten Miqael tanggal. tetibe bangun pagi nak susukan Miqael, hah! abes luka luka, calar calar. kesiannnnn. mesti kene air pedih punya. kenapa Miqael tak nanges cakap saketttt. tokma cakap "ummy yang lalai" haha! macam kene dera dah kepala Miqael. terus tokma buang mitten itu. kuku pendek je tapi macam tajam jugak. tetiap minggu potong kuku tapi masehhhh. tu yang tak berani tak pakaikan Miqael mitten. kene pakai jugak walaupon dah nak masuk 4 bulan anak ummy ni. nanti la ummy bawak Miqael buat manicure haha! kite buat sesama ok. amek pakej manicure+padicure. ummy pon tak penah buat kot.


satu kepala calar balar
(owh maaf, saya takde rambut. botak kan mengancam haha :p)



Nov 24, 2010

kekanda adinda

pagi pagi sudah menjadi jahat. tapi tak boleh tahan. mesti jugak nak jadi jahat.

korang tau tak lagu 'kekanda adinda'? atilia dengan sape ntah nama lelaki itu. kalau tak tau sila google dan dengar lagu itu.

tau tak lagu tu sungguh la aku tak berkenan huhu.. korang suka eh? maaf korangggg. tak boleh tahan dengar suara atilia haha! tak sukaaaaaa. sangatlah kehairanan macamana dia boleh jadi penyanyi? owh ok, mungkin ramai yg adore suara dia tapi bukan saya. maaf sekali lagiiiiii. tiap kali kalau lagu tu main kat radio, confirm tergelak sorang sorang. jahat kannnnn! maaf atilia, suara kamu tuuu errrrr serius ke nak jadi penyanyi sepenuh masa atilia? huhu..

owh lagi satu, perasan tak kat malaysia ni dah ramai sangat penyanyi tapiiiiii! kualiti?? dan sebenarnya sangatlah menyokong rancangan realiti macam akademi fantasia ke, mentor ke, apa apa aje yang berkaitan dihentikan kejap. hentikan terus pon takpe haha! ramai sangat dahhhhh. kalau ramai dan berkualiti adalah tidak mengapa tapi susah rasanya sekarang nak tengok yang berkualiti. tak banyak mana pon. mungkin mereka mereka ini masok pertandingan macam tu sebab nak cepat kaya kot. penat dah rasanya tengok anak anak muda berlumba lumba masok pertandingan macam ni (eceh :p). yang paling kelakar adalah bila tengok diorang nanges nanges sebab tak terpilih. apa niiiii! tak perlu nanges nanges kot. macam la dunia dah berakhir kalau tak dapat masok. ya Allah, elakkan la anak cucu keturunanku dari menjadi seperti itu, amin. takot ok kalau tetibe dah tua tua nanti, tengok anak kite tengah audition pertandingan cenggini. serius taknakkkk. banyakkan berdoa.

sekian saja untuk pagi ini. daaaaa!


Nov 23, 2010

suka tak terkata

azuraaaa, azuraaaaaaa! mendedikasikan jeritan ini kepada Siti Azura Harun.

azura merupakan kawan skolah saya semasa tingkatan 4 dan 5. entry ini adalah kesah yang ada kaitan dengan beliau.

pada suatu hari, saya terdengar bunyi "pon, ponnnn". terlihat posmen diluar sana memasukkan sesuatu di dalam peti surat. seperti biasa, nanti nanti la amek surat tu. tangguh punya tangguh, mak sudah amekkan da. tak baik keje bertangguh, kan dah menyusahkan mak. mak berkata "along, ada surat awak. kad kawen". kad kawen? owh ya, bulan berkawen sekarang. musim cuti skolah kan dah mula dah. tapi surat tu maseh jugak tak berbuka lagi. macam nanti dulu la bukak. tapi adalah eksaited nak tau sape yang kawen tapi adalah malas buka. ok memang dasar pemalas. fine.

angah dengan berbesar hati membuka sampul itu sambil diperhatikan oleh saya. tiba tiba! wah macam cerita suspen haha. ok sambung. tetibe terlihat macam kertas kecik je, nampak macam kad bisnes. saya dan angah macammm ni bisnes apa pulak nak promot nihhhh. sorry azura kerana berkata sedemikian. tiba tiba! korang suspen kan? haha tau tak suspen langsung. tetibe angah menjerit "alongggg nakkkkkkk". nak apaaaaa! nak iniiiiiiii. lantas melihat kad itu, rupanya ia adalah kad Touch n Go!!! tapi bukan itu yang di eksaited sangat. yang terlebih eksaited adalah kerana ini >>>> cepat scroll bawah!




tadaaaa! kad itu ada gambar kawenkuuuu. weeeee!

terima kaseh ye azuraaaaaaaa :D

semua jeles! encik suami, mak, angah, semua semua la haha

lihat, sekarang along ada kad TnG baruuuuu

suka tak terkata :D

Nov 18, 2010

i dun like obat ummy!

Miqael sekarang suka mengeluarkan air liur dia sambil bunyi bunyi!! habis baju dia basah. lap je dia buat lagi haha! pastu senyum2 pula. sampai berbelon belon kat mulut dia. sekarang ketawa pun beria. suka dengar dia ketawa :). suka angkat angkat kepala bile letak kat baby seat dia. nak kuatkan leher la kot. paling dia suka adalah melihat tangan dan kaki sendiri haha! beria Miqael belek belek tangan dia. tak berkelip tengok tangan dan kaki sendiri hihi. pastu suka hisap tangan sendiri sampai basah basah mitten. sekarang juga sudah pandai cebik cebik muka, macam muka nak nanges tu. dannn si kecil Miqael ini suka jejalannnn!! naik kereta je bulat mata dia hihi.

hari Isnin pegi klinik sebab Miqael kene cucok lagi. cucok tiga serangkai dan retroviral(ntah betol ke tidak ni nama dia). retroviral ni obat makan je. tu yang Miqael tak suka. tak suka makan obat tau anak ummy ni. doktor cakap baby lain semua suka hisap hisap kalau kasi makan obat ni tapi Miqael??? haha! nak buat macamana doktor, anak saya tidak suka makan obat hihi. dia kumpul je kat mulut dia pastu kang elok je obat tu mengalir tepi mulut dia. doktor kene paksa dia makan jugak. lagi dia tak suka haha. lepas makan obat kene cucok pulak. sebelum kene cucok tu beria la tengok tangan sendiri, dia tak tau dia kene cucok tu. lepas nurse pegang tangan dia, musti dia macam "eh kenapa pegang pegang tangan saya ni" haha! doktor masok je jarum terus muka berubah, nanges pulak anak ummy ni. seb baik nanges kejap je. alhamdulillah Miqael tak demam tapi ummy dia yang demam niiihhh! terus tak dapat beraya haji. tapi takpe, ummy demam takpe, jangan Miqael demammmm. kesian nanti.
sila lihat ini :

video
"ape ni paksa paksa saya makan obatttt"


video
suka tengok tangan sendiri haha


uuuuuu saya mau pulang!
jumpa lagi!!


APAHALLLL

pagi pagi lagi sudah mendatangkan kemarahan. kenapa la ada pemandu seperti itu. banyak menyakitkan hati! suka suka hati la nak hon hon orang kan.tak paham kenapa nak hon hon. nak kata aku salah lorong tak jugak sebab memang satu jalan je pon. tak menyaba sungguh! padahal depan tu berderet lori kereta. takkan boleh nak laju punya dan memang bukan kawasan laju ok! kawasan kilang kan tu. serius pemandu lori tak paham bahasa itu mabok malam tadi. beria ok dia hon hon pastu siap kunun2 macam nak potong la. padahal memang tak boleh nak potong ponnnnn! hahah! padan mukaaaaa! bingit ok dia hon hon. pastu tak tahan apa lagi, pandang keras kat muka dia sambil berkata "APAHALLL!!!!" ceh padahal tingkap pon tak bukak, bajet dia dengar hahaha! ntah ntah dia tak nampak pon wajah kerasku ini haha. tapi serius memang annoying gile. memang dok hon hon je cina apek itu. pastu dah sampai lorong nak masok opis pon dia nak hon juga? apahal!!! eeeiiii gerammm. rasa nak turun kereta pastu pegi tampa muka dia!

naseb baik bawak bekal nasi lemak lauk sambal tumis udang, maka reda sket kemarahan setelah kenyang hihi

Nov 11, 2010

gemoks

G.E.M.U.K = GEMUK

yay!!! badan dah gemuk, pipi dh bulat. suka! suka sangat ni!

ramai kot orang kat opis cakap aku berisi (dengan kata lain gemok la kan). kannnnn, gemuk kannnn... mak pon suruh turunkan berat badan. tetiap hari kot kunun nak makan sikit je tapi!!! kenapa mesti nak tambah tiap kali makan? kenapaaaaaa. ke memang kalau breastfeed ni kuat makan? ke? memang camtu ke? ke sebab memang kuat makan haha!

tapi betol memang gemok kot sebab baju dulu dulu dah tak muat. terok kan?! rasa macam sendat je. tak berani nak try baju nikah haha! kompem punya tak muattttt. baru ingat nak pakai masa majlis aqiqah nanti. tapi apakan daya.. kang kalau try mesti hampa. oleh itu takyah try ok.
sempat kot kuruskan badan? sempat tak? positif, positif! ye, pasti sempat kurus!

mulai hari ini sila kawal pemakanan. displin! perlu kembali seperti dulu, eceh ;p. lemak lemak sekalian, sila pergi jauh jauhhhhhh. benci kamu! kasihani la saya...

** tak mama hot la macam ni haha! **