Feb 22, 2012

macam macam

miqael dah selesai sesi cucuk mencucuk dgn doktor dah. kalau nk cucuk lagi masa umur dia 2 tahun nanti tapi yang tu optional tapi doktor cakap it's good kalau amek. sebabnya ni cucukan kedua utk cacar air. ummy rasa macam nak buat la miqa. tengok macamana dulu.

miqael masuk masuk bilik doktor terus say "hi" kat doktor. siap angkat tangan uolsss. ehhhh ummy cakap suruh bg salammmm. doktor gelak siap cakap "wah hi dgn doktor, sosial ni". eh sosial? ape maksud tuuuu??

ceh...memula macam takde pape la. siap "na ni, na ni" (nak ni, nak ni). nak main mainan kt bilik doktor tu. ok dia pon main. lepas tu ummy angkat baringkan dia sbb nk kene cucuk kan. terus muka dia berubah haha. dia nampak je jarum doktor tuuuuu. terus la "akettttttt" sambil nanges. padahallll belum cucuk lagi ok. haha drama la miqael ni. lepas abes cucuk je, abah dia angkat terus diam. nak main toys lain pulak kat bilik tu. terus taknak balik okkkkk. kite babai pon dia buat dekkk je. doktor siap cakap biarkan dia main sebab doktor dah takde patient. eh tapiii takkan la nak biarkan dia main kat situ. haish...

last last dia keluar jugak sebab tengok ummy dgn abah dia takde haha. haaaaaa tau pon kan.

miqa sekarang pandai gurau guarau hihi. berdrama lagi la kannnnn. kalau busan busan ke ummy memang suka suruh miqa ajuk cakap ummy contoh macamni "miqael(ael) anak(anak) ummy(ommyyyy)", "miqael(ael) sayang(ayang) ummy(abahhhh)" eeeeeee tak baik miqa. siap gelak gelak. lepas tu kite cakap "taknak kawan". nanti dia terus buat buat nanges haha. terpaksa la cakap "ok, ok, tak". terus senyummmmm.

dah pandai dah kunun kunun buat nak jatuh. nak turun tangga tu mesti saje diri tepi tepiiiii tu ha. lagi sikit je memang boleh jatuh tergolek. dia diri situ sambil mata tajam pandang kite senyum senyum. ehhhh miqa ingat lawak ke miqa oi... seriau ok. main sofa, berdiri ke duduk ke mesti nak hujung hujung. dia berharap orang sambut dia kalau jatuh. apakah? yang selalu kene dgn dia, abah dia haha. tempat letak tangan kat sofa tu dah tempat dia main slide slide dah. haih.. memacam dah sekarang dah miqael ni. tapiiiii ummy terhibur hihi. memang best layan! tapi kekadang tak terlayan tu yang poning kejap.


menkembangkan hidung



ok jaga jaga ummyyyyy, sambut tau miqa nak jatuh dah niiii T__T


ok lompattt!


main ape ntah dengan abah


abah sedikit kejam. ok abaikan bulus kaki abah haha




muka garang



ok selesai :)

Feb 21, 2012

photobook chapter one

photobook chapter one sudah siap! dah lama pun siap tp biasa la mesti la ngengada nak hapdet kat sini. ok, sangat berpuas hati. harus la puas hati dah i yg design bagai kan hihi. sekarang ada 2 lagi photobook yang harussss disiapkan. voucher tu tamat on april. harap la sempattt!!! ok meh tgk sikit. nak kasi tengok semua, ada 40pg, tak larat nk upload. internet pulak kekura-kuraan, memang menangis!










4 bulan baru nak aqiqah hihi





kata kata ummy kepada miqa. cewah. abah dia kata kalau abah dia pesan satu je: "simpan wang". cehhhhh... tak rashid sibir la abah ni :p


ok FIN :)


Feb 19, 2012

photoshoot. fewit!

tadi baru je lepas sesi bergambar miqael dgn Photolicious. cikde miqa sesaja hanta gamba miqa pakai topi koboi tu kt photolicious. sekali diorg panggil. tapi awal gile ok. pukul 9 pagi dah kene ada kat lake garden. bayangkan pukul brape miqa nak bangunnnn. anak bujang i memang bangun lambat haha. paling awal pon pukul 8 uolsss.

sekejap je session tu, 30 minutes je. miqa tak ok sangat sebab tak cukop tidur. sian anak ummy eh. ummy tak paksa paksa sangat pon. sebab free kan haha. kalau bayarrrrr? ummy paksa, tolak tolak depan kamera haha. tak lah, nama pun budak kan. what do u expect kan? saje je nak pegi lake garden sbb ummy dia memang tak penah pegi pon :p

tengok miqa macam tak senang je, ummy ajak balik. tapiiii bila nampak playground kat situuu? terus berlari lari main slide la, swing la. siap senyum senyum, gelak gelak haha. siap taknak balik ok. saba je la. agaknya dia boring kot td photoshoot kat tanah lapang tu ha. dia pon konpius nak buat ape niii?? haha.

ni masa masuk kereta nampak buku tabung haji tokma dia terus amek baca. tetibe dia nampak gamba masjid dan terus azan haha. tapi video tu selepas kejadian la. ni dia azan pun sebab ummy dia suruh :p

video

ok, last sekali dia memang akan NAK tengok. amek gamba ke video ke nanti dia ckp "engok" sambil tangan merampas henpon ummy.


-----

masa ni kat rumah je pon. nak jugak baca buku ummy. padahal ada buku sendiriiiiii.

*abaikan rambut kacak hasil potongan ummy*

video






hidangkan ummy & abah air T___T

Feb 15, 2012

pavlova

ok baru tau PAVLOVA adalah sedap!! selama ni memang pandang je sebab nak beli mahal haha. tapi tetibe kak yan amek tempahan pavlova dgn hanya rm70 sahaj. jadi haruslah order kan. memang tak menyesal langsung. sedap sangat! aku memang tak suka kek kek ni kecuali la cheese cake tapi pavlova? memang sedap! ok tu je nak cakap. yang penting sekarang i dah rindu pavlova. cemana? ok tunggu gaji kite order lagi :p



nyummy


sape sape rasa nak order boleh try kak yan punye pavlova :)
https://www.facebook.com/#!/norkhazian.cakes




Feb 10, 2012

miqa ke kebun binatang

last monday hari tu bawak miqa jalan jalan pegi kebun binatang. indon ckp zoo tu kebun binatang hehe. eksaited ok. kite tengok gambar je la eh. nak cerita ceriti jejari ini tetibe malas taip taip. mungkin sebab hari ni hari jumaat kot. oh takde kene mengene eh? oh ok kite tengok je picas cas cassss



suka fish. fish datang dekat dia peluk kite kuat kuat


MIL saya hihi



atok kesayangan miqa


'elepen' kata miqa


kusyuk gile tengok 'elepen'




tengok lion lepas tu dia cakap 'aminnn' siap tangan sapu muka. ehhh motif?







'cowwww, mmmoooo' *pingsan ummy*


show timeee!


clap clap clap


haaaa habish daaaa


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
last but not leasttttt
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

eh tetibe. rindu nak jalan jalan lagiiiii. rindu melbourne.
please abahhhhh this year kite ronggeng lagi eh eh ehhhhhh :p








Feb 9, 2012

setahun enambulan ♥

9.2.2012 miqael dah setahun enambulan dah. alhamdulillah :)

kijap je eh anak ummy ni besar. nak 2 tahun dahhhhh. nak adik tak? haha.

semoga anak ummy sentiasa sehat dan cergas. jadi anak solleh, dah besar jadi doktor ok. nanti ummy dah tua miqa boleh ubatkan haha. eh taklah, suka hati la miqa nak jadi ape pong tapiiiii biar la yang elok elok ye nakkkk.

happy 18months sayang!
I loved you from the very start. you stole my breath, embraced my heart




sangat suka kucing. tu nama dia SAM, kucing kat umah MIL


ni kat zoo. nanti i hapdet miqa dekat zoo hihi