hal borang nikah sudah selesai. ringan kepala. beria buat kad tetiba kang tarikh tu tok kadi x free, siap kau! kene buat kad baru. takpe, tak perlu gusar dah. imam ckp "berehhhh"
borang nikah settle hari khames baru ni. pegi masjid sg buloh jumpa imam then baru pegi pejabat agama shah alam amek surat kebenaran kahwin. disebabkan kami adalah satu kawasan, lagi la senang. bawak wali + 2 saksi. aku pinjam saksi incik tunang. wali adalah adik kesayangan.
memula, lelaki masuk dulu jumpe imam. ok, serius ini menakutkan. dan dan imam soal bykkkkk kt bakal pengantin lelaki. aku dengar je kt luar incik tunang kene dgn imam hihi
imam: cuba mengucap 2 kalimah syahadah
incik tunang: (mengucap)
imam: baca al-fatihah
incik tunang: (baca al-fatihah)
imam: baca doa iftitah
incik tunang: (baca iftitah)
imam: baca tahiyat awal
incik tunang: (baca tahiyat)
imam: doa qunut
incik tunang: (baca qunut)
imam: nasib baik awak tak tanya saya qunut pendek ke qunut panjang (padahal sebelum tu memang incik tunang nak tanya. kunun nk bergurau dgn imam. seb baik dia tak buat! heh)
soalan seterus dari imam adalah niat solat 5 waktu dan niat mandi wajib. pastu soklan yg aku pun blur x leh nak jawab. seb baik dia tanya kt incik tunang bukan kt aku haha!
imam: macamane nak tau jika seorang isteri itu datang haid. (maksud soalan: mcmane nk tau kalau darah tu adalah betul darah haid) serius, aku pun x tau nk jawab. buta agama rupanya aku ni. kene byk belajar! korang taukah? owh, tau eh? huhu
jawapan imam: (selepas kene ceramah) caranya adalah darah itu keluar sehari semalam, maka itu adalah darah haid. senang je jawapan rupanya!
then imam kasi ceramah sikit pasal tanggungjawab suami. dan part yang aku paling suka adalah...
imam: nant kalau dah kawen, isteri tak masak, tak gosok baju, tak kemas rumah, jangan marah. awak tak boleh marah. jangan sesekali marah. sebab semua itu bukan tanggungjawab isteri, itu tanggungjawab suami. jika isteri melakukan itu semua, itu di kira pahala. atas dasar sayang, cinta. tanggungjawab suami untuk buat semua itu. jadi, suami kene cari pembantu untuk menolong isteri buat kerja2 tu semua. (cik hameezah tersenyum lebar hihi)
ok, lelaki sudah selesai. kelihatan muka incik tunang lega tahap. perempuan pula! perempuan tak perlu risau. takde pape pon. imam bitau tanggungjawab isteri sahaja. plus dia tanya aku adakah aku kahwin ni sbb terpaksa? aku jawab: tak imam, atas dasar cinta dan sayang dan kasihku padanya. hahaha! giler hebat kalau aku ckp cenggitu hihi :p
oleh itu, good luck pada mereka mereka yang akan berjumpa tok imam. tak perlu kerisauan ;)
p/s: tp kawan incik tunang cakap, dia buat kt pejabat agama shah alam, tak kene semua soalan ni. datang, terus sign je. naseb memasing kot.
wohh arep baca ni mesti terketar2. hahha! well done korang! woh tak lama dahhh. hihi
ReplyDeleteand babe, i like the pesanan of the tok imam. sangat betol kerana banyak orang laki sekarang yang salah faham fikir itu tanggungjawab isteri. huhu
haha! serius, musti macam ketakutan sedikit. sebab tetibe boleh soal2 pulak. gud luck arep! hihi
ReplyDeleteeh, jgn ckp x lama dah. berdebar terus aku! jangan, jangan!
kan, best kan pesanan tok imam tu. memang betol pon ramai org laki salah faham. tu yg ada suami isteri cerai sbb isteri terlupa nk masak. padahal x perlu kot marah sampai mcm tu skali. cis!