Dec 31, 2010

happy new year!!


wishing you:

12 Month of Happiness,
52 Weeks of Fun,
365 Days Success,
8760 Hours Good Health,
52600 Minutes Good Luck,
3153600 Seconds of Joy :D


Dec 30, 2010

We are the champions!

yayyy!!! esok adalah cutiii! :D

kerana kehandalan pemain bolasepak Malaysia, esok adalah cuti. terima kaseh korang! owh ya, TAHNIAHHH AH AH AH!

".....We are the champions my friends
And we'll keep on fighting till the end
We are the champions
We are the champions
No time for losers
'Cause we are the champions of the world .....
"

Dec 22, 2010

zomba zomba!

rugi sape tak tengok hantu kak limah balik rumahhhhh hahaha!

semalam incik suami mengajak menonton wayang cerita mamat khalid itu. gembira dapat menonton kak limah!

kelakar guling guling tak boleh blah. zombi kampung pisang pon tak sekelakar ini. tolong la korang, tolong la pegi tengok haha. tak rugi rasanya. tapi kalau korang bukan penggemar cerita lawak takyah la kot. korang tengok je cerita the tourist hihi.

hantu kak limah tu takottttt. gile tutop mata kot aku tengok kak limah tu haha. penkecut!

two thumbs up to mamat khalid!

ok, lepas ni nak beli dvd pula buat koleksi. kot kot busan tengok astro, boleh layan zombaaaaa!


layan trailer kak limah ini:



Dec 21, 2010

diam diam aku jatuh hati padamu


Diam-diam
Aku jatuh hati padamu
Ku ingin kau tahu
Diam-diam
Aku jatuh hati padamu
Ku ingin kau tahuuu

(lagu TILU ni best! suka!)

---

oh tolong! telah terjatuh cinta sama ini
v
v
v
v
SONY ERICSSON HAZEL GREENHEART





semua orang sedang gilakan iphone tapi aku gilakan ini haha! tak urban langsung aku ni kan. memang la sangat bukan pencinta gadget. kenapa ntah tidak terjatuh cinta sama iphone. angah telah membeli iphone semalam tapi hati aku tak terbuka utk mencintai iphone hihi. incik suami juga pencinta iphone yang tegarrrr haha. takpe la, hati memilih hazel ;)

suka kerana hazel:
  • Noise Shield and Clear Voice
  • A little rain won't hurt. Your Hazel™ is splash-resistant
  • built-in aGPS
  • GreenHeart phone (aku kan pencinta alam :p)
---

bagus ke tidak itu tidak ketahuan. harap harap hazel menyenangkan :)
nak beli ntah bila haha! berangan je dulu :p

byeeee


Dec 16, 2010

swim baby swimmmm

miqael swim swim! teruja tengok omputih mengajar anak mereka swim swim. macam best je. jadi ini la masanya! bawak miqael jejalan kt PD ngn Melaka naik cruise. saja nak kasi miqael swim swim supaya dia tak takot air. susah kalau dah besar takot air. nanti ummy dengan abah nak swim swim ke, miqael dudok tepi pula. tak best la cenggitu. ada je budak yg sampai sekarang takot mandi swimming pool. kesian tengok budak itu, tengok je budak budak lain berenang renang. rupanya mak ayah dia tak pernah bawak dia mandi manda di swimming pool kecik kecik dulu. jadi sekarang dia takot swimming pool huhu.

neves memula nak tarok miqael dalam air. kot kot la dia menanges menjerit jerit. malu la i kan haha. ok takmoh cerita banyak banyak. mari tengok miqael swim swimmmmmm! video ada tapi nanti nanti la upload k. tengok gamba je dulu hihi.


kami swim swim di sini >> ilham resort, PD


tadaaaa! miqael termenung memikirkan masa depan haha

Miqael dan abah


Melaka naik cruise


suka sangat tengok air si kecil ni tau



semalam adalah 27


bahagia! sempena umur ke-27 ini, alhamdulillah, Allah masih memanjangkan umur Hameezah Haminah Rasit :). tentunya tujuan-Nya memanjangkan umur hamba-Nya ini supaya hamba-Nya ini lebih banyak berbuat amal soleh. nak buat baik susah kan tapi kalau nak buat jahat laju jeeee. salahkan syaitannirrajim! hehe.

alhamdulillah syukur kerana Allah telah memberi hadiah yang sangat tak ternilai harganya iaitu Miqael bin Mohd Sharizal. hadiah in advance hihi. melihat saja wajah si kecil itu, hilang semua masalah. dengar dia ketawa je, hati pun senang.

kepada encik suami terchenta, terima kaseh sayang kerana makan malam itu! suka! sayang dia banyak banyakkkkk! 1st time mencelebrate harijadi bersama anak. suka lagi! tak sabar mencelebrate burfday Miqael pula :D. cepat la setahun Miqaelllll haha.

kepada rakan rakan, terima kaseh ucapan ucapan ituuuu. serius terharu! sayang semuaaaaa! XOXO


melihat saja ummy dan abah makan. tak berkelip kelip mata dia haha!



Dec 12, 2010

saya anak melayu

semalam mak dan angah bawak Miqael jalan jalan Jusco Maluri. ummy dengan abah kan bekeje maka mereka bawak Miqael jalan jalan, sebenarnya temankan mereka bershopping. Miqael kan suka jejalannnnn. naik kereta je mata bulat. mak cakap "lepas ni taknak bawak Miqael pegi jusco lagi dah". hah? kenapa pulak ni? Miqael nanges2 kah? rupa rupanyaaaa adalah mak cakap semua cina cina kat situ berhenti tengok Miqael. siap bagi gula gula, "sweet for babyyyy". tapi che'de dia la yang makan gula gula tu kan. angah cerita diorang siap berhenti pastu tengok Miqael pastu tengok mak dan angah. eh, anak aku muka cinakah? ke muka omputih? hahahah! mak dah risau. pegang je stroller tak lepas lepas, takot Miqael kene culik haha. tu yang balik je rumah mak ckp taknak bawak Mqiael g jusco dah hihi. tapi Miqael dapat hadiah sebab teman tokma dan che'de shopping semalam. tokma hadiahkan Miqael carseat. baru ingat ummy ngn abah nak g beli next month tapi tokma sudah belikan. alhamdulillah, rezeki! hihi. tokma cakap lambat sgt ummy nak belikan carseat jadi tokma belikan. bukan taknak beli mak, cuma along very the busy haha! terima kaseh mak kerana membeli carseat utk cucu mak itu. Miqael suka! :)


owh, saya suka menkembangkan idung! haha

p/s: miqael suka buat muka sombong kalau org tak dikenali kerumun dia. semalam jejalan alamanda, satu famili tidak dikenali kerumun dia sambil agah2 tapiiiii dia buat muka sombong. hish! tak baik miqael buat cenggitu!





Dec 10, 2010

ayah

tetibe terus teringat ayah. eh tapi setiap hari ingat kot. cuma hari ni terlebih lebih ingat sebab youtube angah share tadi. lagu pondok kecil je pon tapi! berjujuran dah airmata. ya Allah! rindu ayah sangat sangat! tengok, tengok, sedang tulis pon airmata mau berjujuran. sila berhenti airmata kerana aku di opis ni. kang partner keje malam ternampak pula aku bernanges nanges.

banyak benda along nak share dengan ayah. banyak sangattttttt.

ayah mesti tau along dah kawen. along dah ada anak. ayah dah jadi atok tau. nama cucu ayah Miqael. sekarang Miqael dah 4 bulan. cucu ayah comel macam anak ayah ni hihi. Miqael sangat rugi sebab tak dapat jumpa ayah. nanti Miqael dah besar sikit along nak tunjuk gamba ayah kat dia. biar dia tau rupa atok dia :). harap Miqael dapat jadi macam ayah juga yang sangat penyabar, penyayang. tak pernah sekali pon ayah pukul along dan adik adik. marah apa tah lagi. tak pernah tgk ayah marah langsung! orang orang yang gunakan khidmat ayah buat buat rumah ni kalau tak bayar pon ayah tak pernah kesah. sampai kitorang yang beria suruh ayah mintak duit. tapi ayah? ayah ckp "biarlah.. dia tengah susah takde duit nak bayar kot..nanti kalau dia dah ada duit dia bayar la tu". ayah, ayah...

nasi goreng ayah memang terbaik! sedap sangat sangattttt. sampai kalau along dah makan malam tapi tetibe ayah goreng nasi, along mesti makan jugak nasi goreng tu. tak boleh tahan haha. rugi tak minta resipi nasi goreng ayah tu. tak sempat kan :'(. agaknya kalau ayah ada sekarang ni mesti ayah sedang main main dengan cucu ayah. ayah kan suka budak budak :). anak anak sedara semua suka ayah. sampai arwah nana pernah cakap dengan along "susah nak jumpa orang macam Pak Long, baik. untung kak meeza. Nana kalau nak cari suami pon nak cari macam Pak Long". jadi along percaya orang yang baik Allah sayang jadi Allah amek balik. Along redha ayah pergi tapi sesungguhnya along tak puas bermanja manja dengan ayah. kalaulah ayah maseh ada lagi... tak sempat nak balas jasa ayah, hanya al-fatihah yang dapat along sedekahkan setiap hari selepas abes solat.

Along sayang ayah sangat sangatttt. hanya Allah saja yang tau betapa along rindu ayah sangat sangat :'(

Al-fatihah.

terpaksa berhenti menulis. tak dapat nak tulis banyak banyak. sedu sedan dah ni. sekian~

Dec 9, 2010

aqiqah Miqael

9 Disember 2010

Miqael sudah 4 bulan! macam kejap je. si kecil ummy ni dah botakkkkk. tapi kan ummy suka Miqael botak haha! comelllllllll (ok puji anak sendiri, maaf). Tokma cakap Miqael botak hensem (ok puji cucu sendiri pula). Tak susah nak botakkan kepala Miqael, diam je dia bila atok dia cukurkan rambut. macam tau tau kene botak kepala.

Alhamdulillah majlis aqiqah Miqael berjalan dengan lancar :). majlis kecil kecilan saja. takde bajet nak buat besar besaran hihi. selesai sudah perkara pertama. lepas ni bersunat pulak. next month ummy bawak Miqael bersunat ye sayang hihi. kepada sedara mara, kawan kawan yang sudi datang, terima kasih banyak banyakkkkk. sayang korangggg :D

kambing golek Hj Zamri terbaik! sedap tahap seploh bintang! serius korang, silalah menempah beliau jika korang nak buat kambing golek. semua yg datang puji puji kambing golek beliau. memang puas hati abes. jap, nak promote; kambing golek tu dia sediakan sekali black pepper sos, mashed potato, salad ngn thousand island, mushroom sup, pinggan sudu garpu pon dia sediakan. tak payah susah susah cari pinggan sudu garpu. mushroom sup dia sedappppp! walopon sempat rasa sesudu je kan tapi rasa sedap tu sampai hari ni haha melampau aku promote. eh tapi memang sedap. terima kaseh Hj Zamri! nanti kalau ada majlis majlis saya panggil Hj Zamri lagi ye. plus Hj Zamri sangat la peramah dan baik hati :). rugi sape tak datang majlis aqiqah Miqael niiiii haha ;p

ni no Hj Zamri : 013-3181182

lauk lauk lain pon sedap juga. lagi sekor kambing buat masak kuzi. nyummy! lazat habes! kambing golek dengan kuzi ni kejap je abes. sejam je dah licin huhu. naseb baik Hj Zamri telah menyimpan sedikit kambing golek utk tuan rumah. dapat merasa hihi.


invitation card buatan sendiri. save bajet :p

antara lauk pauk yg ada

kambing golekkkkk tp tak sempat snap gamba kambing sedang digolek golek

tetamu tetamu

miqael sebelum botak tek

miqael! jari itu sila sorok. sape ajar tu?!

pandang kamera adalah wajib!

bapa dan anak hihi

angah saya

alang, si tembam dan mak saya

ain, ida :)


dan Miqael selepas dibotakkan
.
.
.
.
.
.



kalau tetibe rajin ke, nanti akan di upload video Miqael kene cukur. kalau rajen la ;p
owh ya, Miqael dah swim swim kt swimming pool tauuuuuuu!

nanti ah cerita k. byeeeee :D



Nov 25, 2010

luka luka calar calar

kesian kannnnnn kepala Miqael luka luka. pantang mitten tertanggal je, abes kepala dia garu garu. seb baik tak garu muka, kalau tak??? calar calar muka si kecil ituuuu huhu. ummy tak perasan mitten Miqael tanggal. tetibe bangun pagi nak susukan Miqael, hah! abes luka luka, calar calar. kesiannnnn. mesti kene air pedih punya. kenapa Miqael tak nanges cakap saketttt. tokma cakap "ummy yang lalai" haha! macam kene dera dah kepala Miqael. terus tokma buang mitten itu. kuku pendek je tapi macam tajam jugak. tetiap minggu potong kuku tapi masehhhh. tu yang tak berani tak pakaikan Miqael mitten. kene pakai jugak walaupon dah nak masuk 4 bulan anak ummy ni. nanti la ummy bawak Miqael buat manicure haha! kite buat sesama ok. amek pakej manicure+padicure. ummy pon tak penah buat kot.


satu kepala calar balar
(owh maaf, saya takde rambut. botak kan mengancam haha :p)



Nov 24, 2010

kekanda adinda

pagi pagi sudah menjadi jahat. tapi tak boleh tahan. mesti jugak nak jadi jahat.

korang tau tak lagu 'kekanda adinda'? atilia dengan sape ntah nama lelaki itu. kalau tak tau sila google dan dengar lagu itu.

tau tak lagu tu sungguh la aku tak berkenan huhu.. korang suka eh? maaf korangggg. tak boleh tahan dengar suara atilia haha! tak sukaaaaaa. sangatlah kehairanan macamana dia boleh jadi penyanyi? owh ok, mungkin ramai yg adore suara dia tapi bukan saya. maaf sekali lagiiiiii. tiap kali kalau lagu tu main kat radio, confirm tergelak sorang sorang. jahat kannnnn! maaf atilia, suara kamu tuuu errrrr serius ke nak jadi penyanyi sepenuh masa atilia? huhu..

owh lagi satu, perasan tak kat malaysia ni dah ramai sangat penyanyi tapiiiiii! kualiti?? dan sebenarnya sangatlah menyokong rancangan realiti macam akademi fantasia ke, mentor ke, apa apa aje yang berkaitan dihentikan kejap. hentikan terus pon takpe haha! ramai sangat dahhhhh. kalau ramai dan berkualiti adalah tidak mengapa tapi susah rasanya sekarang nak tengok yang berkualiti. tak banyak mana pon. mungkin mereka mereka ini masok pertandingan macam tu sebab nak cepat kaya kot. penat dah rasanya tengok anak anak muda berlumba lumba masok pertandingan macam ni (eceh :p). yang paling kelakar adalah bila tengok diorang nanges nanges sebab tak terpilih. apa niiiii! tak perlu nanges nanges kot. macam la dunia dah berakhir kalau tak dapat masok. ya Allah, elakkan la anak cucu keturunanku dari menjadi seperti itu, amin. takot ok kalau tetibe dah tua tua nanti, tengok anak kite tengah audition pertandingan cenggini. serius taknakkkk. banyakkan berdoa.

sekian saja untuk pagi ini. daaaaa!


Nov 23, 2010

suka tak terkata

azuraaaa, azuraaaaaaa! mendedikasikan jeritan ini kepada Siti Azura Harun.

azura merupakan kawan skolah saya semasa tingkatan 4 dan 5. entry ini adalah kesah yang ada kaitan dengan beliau.

pada suatu hari, saya terdengar bunyi "pon, ponnnn". terlihat posmen diluar sana memasukkan sesuatu di dalam peti surat. seperti biasa, nanti nanti la amek surat tu. tangguh punya tangguh, mak sudah amekkan da. tak baik keje bertangguh, kan dah menyusahkan mak. mak berkata "along, ada surat awak. kad kawen". kad kawen? owh ya, bulan berkawen sekarang. musim cuti skolah kan dah mula dah. tapi surat tu maseh jugak tak berbuka lagi. macam nanti dulu la bukak. tapi adalah eksaited nak tau sape yang kawen tapi adalah malas buka. ok memang dasar pemalas. fine.

angah dengan berbesar hati membuka sampul itu sambil diperhatikan oleh saya. tiba tiba! wah macam cerita suspen haha. ok sambung. tetibe terlihat macam kertas kecik je, nampak macam kad bisnes. saya dan angah macammm ni bisnes apa pulak nak promot nihhhh. sorry azura kerana berkata sedemikian. tiba tiba! korang suspen kan? haha tau tak suspen langsung. tetibe angah menjerit "alongggg nakkkkkkk". nak apaaaaa! nak iniiiiiiii. lantas melihat kad itu, rupanya ia adalah kad Touch n Go!!! tapi bukan itu yang di eksaited sangat. yang terlebih eksaited adalah kerana ini >>>> cepat scroll bawah!




tadaaaa! kad itu ada gambar kawenkuuuu. weeeee!

terima kaseh ye azuraaaaaaaa :D

semua jeles! encik suami, mak, angah, semua semua la haha

lihat, sekarang along ada kad TnG baruuuuu

suka tak terkata :D

Nov 18, 2010

i dun like obat ummy!

Miqael sekarang suka mengeluarkan air liur dia sambil bunyi bunyi!! habis baju dia basah. lap je dia buat lagi haha! pastu senyum2 pula. sampai berbelon belon kat mulut dia. sekarang ketawa pun beria. suka dengar dia ketawa :). suka angkat angkat kepala bile letak kat baby seat dia. nak kuatkan leher la kot. paling dia suka adalah melihat tangan dan kaki sendiri haha! beria Miqael belek belek tangan dia. tak berkelip tengok tangan dan kaki sendiri hihi. pastu suka hisap tangan sendiri sampai basah basah mitten. sekarang juga sudah pandai cebik cebik muka, macam muka nak nanges tu. dannn si kecil Miqael ini suka jejalannnn!! naik kereta je bulat mata dia hihi.

hari Isnin pegi klinik sebab Miqael kene cucok lagi. cucok tiga serangkai dan retroviral(ntah betol ke tidak ni nama dia). retroviral ni obat makan je. tu yang Miqael tak suka. tak suka makan obat tau anak ummy ni. doktor cakap baby lain semua suka hisap hisap kalau kasi makan obat ni tapi Miqael??? haha! nak buat macamana doktor, anak saya tidak suka makan obat hihi. dia kumpul je kat mulut dia pastu kang elok je obat tu mengalir tepi mulut dia. doktor kene paksa dia makan jugak. lagi dia tak suka haha. lepas makan obat kene cucok pulak. sebelum kene cucok tu beria la tengok tangan sendiri, dia tak tau dia kene cucok tu. lepas nurse pegang tangan dia, musti dia macam "eh kenapa pegang pegang tangan saya ni" haha! doktor masok je jarum terus muka berubah, nanges pulak anak ummy ni. seb baik nanges kejap je. alhamdulillah Miqael tak demam tapi ummy dia yang demam niiihhh! terus tak dapat beraya haji. tapi takpe, ummy demam takpe, jangan Miqael demammmm. kesian nanti.
sila lihat ini :


"ape ni paksa paksa saya makan obatttt"



suka tengok tangan sendiri haha


uuuuuu saya mau pulang!
jumpa lagi!!


APAHALLLL

pagi pagi lagi sudah mendatangkan kemarahan. kenapa la ada pemandu seperti itu. banyak menyakitkan hati! suka suka hati la nak hon hon orang kan.tak paham kenapa nak hon hon. nak kata aku salah lorong tak jugak sebab memang satu jalan je pon. tak menyaba sungguh! padahal depan tu berderet lori kereta. takkan boleh nak laju punya dan memang bukan kawasan laju ok! kawasan kilang kan tu. serius pemandu lori tak paham bahasa itu mabok malam tadi. beria ok dia hon hon pastu siap kunun2 macam nak potong la. padahal memang tak boleh nak potong ponnnnn! hahah! padan mukaaaaa! bingit ok dia hon hon. pastu tak tahan apa lagi, pandang keras kat muka dia sambil berkata "APAHALLL!!!!" ceh padahal tingkap pon tak bukak, bajet dia dengar hahaha! ntah ntah dia tak nampak pon wajah kerasku ini haha. tapi serius memang annoying gile. memang dok hon hon je cina apek itu. pastu dah sampai lorong nak masok opis pon dia nak hon juga? apahal!!! eeeiiii gerammm. rasa nak turun kereta pastu pegi tampa muka dia!

naseb baik bawak bekal nasi lemak lauk sambal tumis udang, maka reda sket kemarahan setelah kenyang hihi

Nov 11, 2010

gemoks

G.E.M.U.K = GEMUK

yay!!! badan dah gemuk, pipi dh bulat. suka! suka sangat ni!

ramai kot orang kat opis cakap aku berisi (dengan kata lain gemok la kan). kannnnn, gemuk kannnn... mak pon suruh turunkan berat badan. tetiap hari kot kunun nak makan sikit je tapi!!! kenapa mesti nak tambah tiap kali makan? kenapaaaaaa. ke memang kalau breastfeed ni kuat makan? ke? memang camtu ke? ke sebab memang kuat makan haha!

tapi betol memang gemok kot sebab baju dulu dulu dah tak muat. terok kan?! rasa macam sendat je. tak berani nak try baju nikah haha! kompem punya tak muattttt. baru ingat nak pakai masa majlis aqiqah nanti. tapi apakan daya.. kang kalau try mesti hampa. oleh itu takyah try ok.
sempat kot kuruskan badan? sempat tak? positif, positif! ye, pasti sempat kurus!

mulai hari ini sila kawal pemakanan. displin! perlu kembali seperti dulu, eceh ;p. lemak lemak sekalian, sila pergi jauh jauhhhhhh. benci kamu! kasihani la saya...

** tak mama hot la macam ni haha! **




Oct 20, 2010

20102010

20102010: tarikh ini adalah cantek kan kan. tp tarikh ini adalah 1st day start keje setelah lama bercuti sakan. nak mula kerja adalah malasnyaaaaaa tapi apakan daya haruslah bekerja cari makan.
sekarang dah start balik menseterika baju. owh ini adalah paling malas! nak mendrive ke tempat kerja juga malas. rasanya semua malas. apa je yang aku rajen niiiii?

Miqael kene tinggal dgn tok ma. kebetulan mak keje petang maka boleh jaga miqael kejap dan angah balik pukol 1 petang kang sambung jaga miqael. dan mak mertua pun turut jaga miqael. ramai yang jaga anak ummy nih hihi. nak anta kat nursery kecik2 ni macam risau. nak amek maid pon risau (sebenarnya tak mampu amek maid haha! mahalll sampai rm500. maaf tidak mampu la aku). sekarang dan dan la macam2 kes pasal baby tercekik la tersedak la terlemas la. risauuuuu.

nak tinggalkan miqael kat orang tak risau sebab senang je jaga miqael, alhamdulillah :). dia tak nanges2. dia akan merengek rengek kalau lapar. susah nak dengar dia nages. kadang2 tu saje biar dia tunggu lama nak kasi susu. nak suruh dia nanges haha. kalau lambat kasi dia hisap jari dia, comel! tak pun buat bunyi hisap2 tu. lagi la geram tengok. nak tidur pun senang. lepas menyusu je nanti dia main sorang2, gelak sorang2, senyum sorang2. kaki ngn tangan toksah cerita la, bergerak tanpa henti. kang dah penat main, mata dia dah layu, terus tido sendiri. ok, tetibe sudah rindu miqael. cepat la pukol 6!

Aug 30, 2010

our little miracle, MIQAEL

:)


hari ni Miqael dah 3 minggu :)
pipi dia sudah boleh dicubit hihi, muka pon sudah bulat.


kaki suka tendang tendang, dah kuat dah kaki dia. tangan tak suka kene bedung. kalau bedung je, kompem bedung tu dia bukak. oh kuatnya tangan si kecik ni tau. suka tido tangan kat atas macam pulis nak tahan orang bersalah, 'hands up!' haha! suka mengeliat dan sangat beria. macam best kalau tengok dia mengeliat. siap berbunyi bunyi macam letih bebenau hihi



dan Miqael suka kentutttttt! kentut macam orang besar haha!
suka buat mulut burung seperti ini:

tapi yang ini tak berapa burung sangat. kalau tak, sangatlah mulut burung!


Alhamdulillah, Miqael tak banyak ragam maka senang je jaga dia :)
Malam pun tak nanges nanges, kalau lapar nak susu dia nanges tak beria. nanges berenti berenti tak panjang pun nanges dia. kalau lambat kasi susu dia hisap jari dia. penyabar anak ummy ni eh :p. kalau kenyang, tidur. kalau taknak tidur besar je mata dia pandang pandang orang. sangatlah bersyukur Miqael bukan baby yang suka nanges nanges. cuma malam suka tidur lambat. biasa dia eh, siang bukan main dia tidur. malam kang pukol 12 bangun, pukol 3 baru nak tidur. nak join sahur eh sayang? hihi


sedang enak menikmati susu ummy ;p
bagus jugak pam susu ni, abah boleh tolong susukan hihi

my first manicure :)



tak sabar tunggu anak ummy ni besarrrrr! boleh pegi jalan jalan. kite pegi zoo! ummy suka pegi zoo maka Miqael pun musti suka jugak k haha.

Aug 27, 2010

bersalin itu indah :)

lama tahap tak menconteng di sini! sibok berpantang :p
ni saja mau berkongsi pengalaman bersalin. tetibe terasa ingin menconteng hihi

8/8/2010:

  • berdinner di Legend Hotel (sebelom ketibaan orang baru, maka teringin bermakan berduaan hihi)
  • on the way balik umah rasa macam saket sikit2 kat perot tapi boleh handle lagi. macam tak rasa saket sangat pon.
  • pada jam 11 lebih macam tu g solat isyak jap. tengah solat tu tetibe macam ada bendalir keluar laju. tak banyak. tapi teruskan jugak solat. lepas abes je solat g check dan terlihat bendalir jernih tanpa warna dan tiada bau. dalam hati rasa mcm benda ni adalah air ketuban. tapi macam was was. amek pad pakai dan tak lama kemudian tu keluar lagi. sah! sah! ini adalah tanda tandanya! terus g depan dan berkata kepada suami "awak, kita rasa baik kita g sepital malam ni". encik suami macam tak percaya la pulak. "hah? ni betol betol ke ni?". terlihat diwajahnya kecuakan dan ke'blur'an hihi. encik suami tak percaya kerana keadaan masa tu tak macam dalam drama tv yang selalu dia tengok katanya. dalam drama kan saket beria pastu keadaan macam kecoh2 kan. realiti adalah berlainan sama skali!
  • malam tu jugak kitorang g sepital dan terus je warded. nurse buat CTG dan check kebukaan rahim. masa nurse merodok tangannya ke dalam anu itu, saket ok! beria rodok dalam dalam huhu..
  • bermula pukul 4 pagi perot rasa macam senggugut. tak selesa! g bilik air je kejenya ni.
  • tidur sehingga subuh. zZzzZZz (-__-)

9/8/2010:

  • 8 pagi doktor datang check. doktor cakap dah buka 2cm dan doktor cakap kene induce kerana air ketuban dah leaking tapi bukaan perlahan. maka kene induce.
  • dalam masa sejam contraction tu bermula doktor cakap. berdebar tahap tunggu sejam tu.
  • dan bermulalah contraction itu. serius macam senggugut. pernah la jugak rasa senggugut tu macamane sebelum ni. memula ok lagi, boleh tahan lagi. doktor cakap kalau tak tahan bitau dia, nanti dia kasi epidural tak pun dia kasi inject kt peha tu. kalau boleh memang taknak amek epidural. jadi aku kene la tahan kan. jadi sepanjang contraction tu aku tahan je la.
  • pukul 12pm, nurse suruh masuk labor room. masa tu baru buka 5cm. dh rasa saket dah. sebelum masok labor room mintak maaf dengan suami, mak, ibu mertua. bila mintak maaf dengan suami, dia macam "apa sayang cakap ni?" hahah! hish, orang kene la mintak maaf sayang, kot kot tak sempat mintak maaf ke... mana nak tau kan :). mintak maaf dengan mak adalah sebak ok! tragis sungguh! taknak ingat lah huhu.
  • bile buka 6-8cm tu tahan saket sampai menggigil sambil memegang tangan suami sekuat hati. saket tu kejap kejap tapi kerap. tak sabar nak tunggu dia buka 10! nurse tanya lagi, boleh tahan ke ni? nak ubat tak? aku geleng geleng je. gagahkan diri tuuu haha! bertahan bertahan!
  • okeh! sudah 10cm! tibalah masanya untuk meneran. "doktor bilang push baru push ok hameezah. 1,2,..3, PUSH! PUSH! ok, bagus, bagus hameezah. lagi sikit." 3 kali la jugak berhenti amek napas nak push huhu. dan tetibe terdengar "uwekkkkkk uwekkkkk". oh leganyaaaaaa!! nampak saja si kecil itu, sakit semua hilang :). alhamdulillah selamat ibu dan anak :)
  • dan ini adalah permata hati ummy dan abah :)
Miqael bin Mohd Sharizal
9/8/2010, 2.51pm, 2.8kg


---
p/s: owh ya, memasing akan ada pengalaman bersalin memasing. tak sama dengan orang lain. ada yang senang bersalin ada yang susah. kalau ada orang bercerita pasal susah senang bersalin, dengarkan aje takyah amek serius sebab rasa bersalin ni lain lain hihi. dah rasa sendiri baru tau ;). yang penting pengalaman bersalin itu INDAH :)

jadi adalah tidak faham sampai hari ini kenapa ada kes buang bayi. tak rasa kesian ke bila tengok muka anak sendiri? muka baby suci je, sejuk hati memandang. tak berperasaankah mereka mereka ini?

Jul 23, 2010

3 weeks to go


my due date is quickly approachingggggg!!!

sangatlah berdebar dan sedikit ketakutan

berdoa supaya dapat bersalin normal sebab mak cakap c-sec adalah sakettttt huhu.. meninggalkan kesan yang agak lama berbanding bersalin normal ni. owh, harap harap tidak c-sec

sekarang tak pikir ape ape dah supaya ketakutan itu hilang. tup tup baby nak keluar dah, haaaa tu senang. maka tak payah pikir pikir. redah aje :)



p/s: baby, cant wait to see you, to hold you, to hug you and to kiss you!!
-love, mummy and daddy-



Jul 17, 2010

Baby needs (0-3months)

berkongsi kongsi :)


Bathing and Health:
  • Baby bath tub ( / )
  • Bath sponge
  • Baby soaps and lotions ( / )
  • Tearless shampoo ( / )
  • Bath toys ( / )
  • Almond oil ( / ) -doctor suggest to use Almond oil instead of baby oil. Almond oil is good for infant massage. the baby oil have a chemical composition which is not good for baby. mak mak takpe nak guna baby oil :p
  • Hooded towels ( / )
  • Sterile cotton balls
  • Baby powder
  • Minyak Telon-it smells nice, suka bau dia!!

Feeding:
  • Baby bottles ( / )
  • Nipples
  • Breast pump
  • Breast milk storage containers
  • Bottle liners
  • Bottle brush ( / )
  • Baby bibs ( / )
  • Breast pads
  • Pacifiers ( / )
  • Nipple Cream
  • Nursing pillow
  • Nursing bras
  • Bottle Sterilizer
  • Bottle warmer
  • Formula (always ask your pediatrician for recommendation)

Diapering:
  • Cloth diapers ( / )
  • Disposable diapers ( / )
  • Diaper Wipes ( / )
  • Wash cloths
  • Diaper ointment/powder
  • Diaper Bag

Clothing:
  • Onesies ( / )
  • Pajamas ( / )
  • Sleepers ( / )
  • Socks and booties ( / )
  • T-shirts ( / )
  • Mittens ( / )
  • Bonnet/Cap ( / )
  • Nappies ( / )

Bedding:
  • Crib bedding Set ( / )
  • Receiving blankets ( / )
  • Baby blankets ( / )
  • Mattresses ( / )
  • Mattress pads
  • Baby Pillows ( / )

After 3 months or after the confinement tu, boleh la beli barang lain pulak macam stroller ker carseat ker kan. it depends kat korang jugak, kalau nak beli semua semua ni terus pun takpe :)

happy shopping!! :D

Jul 12, 2010

kemalangan memang tidak berbau

hari khamis bersamaan 8 Julai 2010,


kejadian yang sama berulang kembali heheh
ye, memang salah aku pun. tak salah orang tu pun. tapi nak buat macamana dah nak jadi kan,kan,kan?
sekali lagi telah melanggar kereta orang! 3 bulan lepas sudah jadi, ni jadi lagi. apekahhhhh??!! kejadian 3 bulan lepas adalah kerana mengantuk tahap tak boleh nak handle punye. plus jem dan hujan pulak tu. memang la sedap je mata nak terlelap. penat tahan mata supaya tak terlelap tapi apakan daya, kengantukan itu mengatasi segala galanya. akhirnya terlelap la jugak. dan terlanggar la pula kereta depan huhu.. sedar sedar rupanya aku sudah terlanggar kereta lancer di depan itu hihi. settle kat balai pulis. insuran la jawapnya huhu dan SAMAN! owh $$$$ :'(

kali ni lagi best! kereta yg remuk kt bonet tu kan tak dibaiki lagi kan sebab kalau nak g betulkan mesti lama punya pastu nak g keje camnekah? maka biarkan dulu. biar punya biar, langgar lagi la pulak. langgar nissan sylphy pula kali ini hihi. kenapa perlu aku langgar kereta yang import2 ni ntah. nissan tu baru je 4 bulan kot. sian kat orang tu tapi nak buat macamane dh nak jadi :p. kali ni memang la bonet tu bertambah remuk plus no plat kereta juga patah dan radiator juga bocor. memang kereta tak boleh gerak dah. terpaksa tow huhu. ni pun settle kt balai pulis juga. semasa kejadian berlaku kebetulan cik shima dan kawannya lalu di tempat kejadian. maka beliau telah menolong saya hihi.. terima kasih cik shima dan kawannya!! telefon encik suami dan beliau berkata "hah? lagi sekali?". kejadian tak disangkaaaaaa! mana nak tauuuuuuuu. tapi kalau aku tak beria tengok orang kat komuter tu kompem tak jadi kejadian malang ini. menyesal sungguh! lepas settle kt balai pulis terus je encik suami bawak g klinik check baby. masa tu takot la jugak kan. sian baby, baby terkejut eh baby? sorry tau baby, lepas ni tak jadi lagi dah, mak promise k. alhamdulillah doktor scan dan baby sehat walafiat. doktor kasi mc terus. yes! esok takyah g keje, itu paling suka haha!

kereta kesayangan sudah berada di bengkel selama tak tau la berapa lama. sampai insuran settle la kot. tak best la takde kereta ni. nak g jusco pada hari jumaat susah la macamni ;p

semoga semuanya akan selesai dengan cepat dan selepas ini saya akan lebih berhati hati. dah taknak dah tengok kiri kanan. tengok depan je. fokus! fokus!


pemangsa:




mangsa keadaan: