tetibe terus teringat ayah. eh tapi setiap hari ingat kot. cuma hari ni terlebih lebih ingat sebab youtube angah share tadi. lagu pondok kecil je pon tapi! berjujuran dah airmata. ya Allah! rindu ayah sangat sangat! tengok, tengok, sedang tulis pon airmata mau berjujuran. sila berhenti airmata kerana aku di opis ni. kang partner keje malam ternampak pula aku bernanges nanges.
banyak benda along nak share dengan ayah. banyak sangattttttt.
ayah mesti tau along dah kawen. along dah ada anak. ayah dah jadi atok tau. nama cucu ayah Miqael. sekarang Miqael dah 4 bulan. cucu ayah comel macam anak ayah ni hihi. Miqael sangat rugi sebab tak dapat jumpa ayah. nanti Miqael dah besar sikit along nak tunjuk gamba ayah kat dia. biar dia tau rupa atok dia :). harap Miqael dapat jadi macam ayah juga yang sangat penyabar, penyayang. tak pernah sekali pon ayah pukul along dan adik adik. marah apa tah lagi. tak pernah tgk ayah marah langsung! orang orang yang gunakan khidmat ayah buat buat rumah ni kalau tak bayar pon ayah tak pernah kesah. sampai kitorang yang beria suruh ayah mintak duit. tapi ayah? ayah ckp "biarlah.. dia tengah susah takde duit nak bayar kot..nanti kalau dia dah ada duit dia bayar la tu". ayah, ayah...
nasi goreng ayah memang terbaik! sedap sangat sangattttt. sampai kalau along dah makan malam tapi tetibe ayah goreng nasi, along mesti makan jugak nasi goreng tu. tak boleh tahan haha. rugi tak minta resipi nasi goreng ayah tu. tak sempat kan :'(. agaknya kalau ayah ada sekarang ni mesti ayah sedang main main dengan cucu ayah. ayah kan suka budak budak :). anak anak sedara semua suka ayah. sampai arwah nana pernah cakap dengan along "susah nak jumpa orang macam Pak Long, baik. untung kak meeza. Nana kalau nak cari suami pon nak cari macam Pak Long". jadi along percaya orang yang baik Allah sayang jadi Allah amek balik. Along redha ayah pergi tapi sesungguhnya along tak puas bermanja manja dengan ayah. kalaulah ayah maseh ada lagi... tak sempat nak balas jasa ayah, hanya al-fatihah yang dapat along sedekahkan setiap hari selepas abes solat.
Along sayang ayah sangat sangatttt. hanya Allah saja yang tau betapa along rindu ayah sangat sangat :'(
Al-fatihah.
terpaksa berhenti menulis. tak dapat nak tulis banyak banyak. sedu sedan dah ni. sekian~
al-fatihah buat arwah..
ReplyDeletesedihnya. :'(
ReplyDeleteyana: thank u ina :)
ReplyDeleteederq: :'(
meeza!! fati baca ni pon dah bertakung tauu!!! sedekah kat allahyarham sekerap yang boleh, k?
ReplyDeletebig hug!!
thanks fati :)
ReplyDeletebig hug jugak!