Mar 27, 2012

Ayam Ungkep




nyum nyum! lazatttt!! harus cuba uolsssss

senang je buat ayam ungkep ni. rasa dia macam lebih kurang rendang. rasanya kalau raya pon boleh jugak kot ni ganti rendang :p

bahan pun tak sebanyak rendang kot. meh tengok bahan nak buat ayam ungkep ni:

2 atau 3 orang makan;

  • 6 ketul ayam
  • 4 biji bawang merah *
  • 3 biji bawang putih *
  • 1/2 inci halia *
  • 1/2 inci kunyit *
  • 10 biji cili padi merah *
  • 1 camca besar ketumbar *
  • 1/2 camca teh jintan kasar *
  • 1/2 camca teh jintan halus *
  • 1 batang serai (titik)
  • 1 keping asam keping
  • garam
  • gula
  • air
  • bahan yang bertanda * dikisar


caranya:

  1. Ayam dicuci bersih dan toskan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar, serai hingga harum, masukkan asam keping dan masukkan ayam. Gaul rata dan biar ayam kecut sedikit.
  2. masukkan air sebanyak yang kite nak. jangan macam sup sudah hihi. Biar mendidih. Masukkan gula serta garam. Masak dengan api sederhana hingga kering. Rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam. Masak sekejap, dan jika ok boleh matikan api.
  3. ok boleh makan dah! serius sedap tak tipu!!



perlu ke?


perlu ke update status:


tunggu suami pulang
makan dengan suami
goodluck suami
sayang suami
suami saya kacak
.
.
.

perlu ke ada perkataan SUAMI itu sedangkan menikah pun belum.

mungkin la kot trend sekarang... baca pun rimas. rasa kalau boleh hide status tu, nak hide. tapi masalahnya enggak buleh maka mak pasrah je.

seperti suami i cakap "KECOHHHH JE"

sekian~





Mar 20, 2012

tersentappp


yes, memang tak setuju gaji maid rm700 satu kerja. makan tanggung, tempat tinggal tanggung, air, api letrik semua kita tanggung. gaji bersih rm700? huiyoh! O___O

eh chop. lagi satu, kenapa mesti kalau orang tu ada maid, kita mesti nak cakap hidup dia mewah la kaya la. maid hanya untuk orang orang kaya. menyampah dengar!

kita semua ada pilihan untuk amek maid atau tidak. itu adalah pilihan. contohnya macam kalau suami isteri bekerja, anak anak sape nak jaga? ok fine, hantar nursery, hanta babysitter. salah satu pilihan adalah amek maid. upah hantar nursery rm300 untuk seorang anak. kalau kau ada 3 anak?? rm900, ok maybe less than that sebab dapat diskaun ke ape ke tapi kompem atas rm700. amek maid rm500 sebulan. kalau kau ada 3 anak pon still gaji dia rm500. jadi perlu ke kau kata orang yang amek maid ni adalah untuk orang orang yang mewah? tidak sama sekali... bezanya cuma masa nak amek maid kau perlu keluar sedikit duit untuk buat premit la passport la. jadi bukannya sesiapa yang amek maid tu semestinya dia orang yang kayaaaa. oh sedih...

yes, memang aku amek maid pun. tapi hidup kami memang tak la serba mewah beria. cukup makan, cukup pakai, alhamdulillah. cuma rasa tersentap sikit bila ada yang cakap "Orang gaji hanya layak digaji oleh orang yang money is no objection." tersentap mak. aku pon kalau nak pegi servis kereta memang kalau gaji tak cukup bulan tu, memang hold dulu. dah brape bulan dah ni tak servis kereta. ada la 6 bulan kot. nak beli baju baru setiap bulan pun terpikir pikir. jadi logik ke maid untuk orang yang mewah, kaya raya? kenapa aku amek maid? kalau la aku suri rumah tak pon kerja macam orang lain, office hour mungkin lain ceritanya. masalahnya kitorg keje memang balik malam, nursery malam malam tak amek budak. takkan kau nak excuse kat bos kau setiap hari? jadi penyelesaiannya: amek maid. lepas kire kire memang rasanya kalau amek maid (utk kes macam aku) lagi jimat berbanding hantar nursery. mungkin la sesetengah orang tak percaya dengan maid indon ni tapi bagi aku mana mana pon sama. hantar nursery ada risiko, amek maid pon ada risiko. senang macam ni je lah, kalau kau rasa apa yang kau buat tu terbaik untuk anak kau maka kau berserah kepada Allah. kite tawakal kepada Allah. macam aku, aku lagi yakin kalau aku amek maid sebab setakat ni alhamdulillah semuanya ok. kalau nak perfect memang tak la kan. dan.. alhamdulillah Miqael pun jarang dah dapat jangkitan sakit sakit macam selsema, batuk, demam, cirit birit. kalau dulu masa kat nursery, dalam seminggu tu mesti ada yang dia berjangkit. biasa la nursery kan ramai baby, budak budak maka tak boleh nak salahkan sesiapa pun. kalau sorang tu selsema ke batuk ke demam ke, kompem ada yang berjangkit. jadi kau tak boleh nak salahkan nursery kenapa anak kau selalu sakit la, ada luka luka kt kaki la, pipi la. jangan komplen banyak sangat. sebab itu dah memang pilihan yang kau buat. plus pengasuh tu ramai budak dia nak jaga. maka bersederhana lah. jangan nak perfect 100%.

jadi, please ye, kata kata maid untuk orang kaya semestinya tidak tepat 100%. maid untuk orang kaya?? BIG NO!


Mar 17, 2012

berlari dan jatuh


suatu petang encik Miqael main kejar kejar. orang dah cakap dah, Miqael jangan kejar kejar sangat nanti jatuhhhhh. dan memang ye pon. jatuh la si hero satu ni. jatuh kali pertama dia lek je. siap sambung main lagi. jatuh kali keduaaaa?? menanges terus haha. sebab calar balar dah lutut dia. lepas pujuk dia ok dan lepas tu boleh tak sambung main balik? "-____-"


agaknya luka ni gatal ke eh? sebab selalu sangat garu garu luka dia tu. haih. sekarang ni pakai seluar panjang je la sebab taknak dia garu garu. tak pe la luka sikit je. kata HERO kan heheh. dulu ummy kecik kecik siap jatuh eskelator. kau ade? kene tolak ok. malu tak terkata. kecik kecik pon tau malu dah masa tu. memang tak tegor dah orang yang tolak aku tu. tapi dah besar ni ok je dengan orang itu. kamceng gitew hihi.

eh semalam kan abah Miqael nak pegi surau maghrib tu, Miqael macam biasa dia orang pertama dah standby depan gril. bukak je gril tu dia pon keluar sambillll mengazankan diri haha. "awaaaaaahhhh... abar". kuat ok. masa tu kan maghrib maka senyap sunyi je luar rumah tu. memang suara dia saje. sampai abah dia pegi surau dok azan haha. Miqael, miqael...



ni pun feveret ni. pantang nampak kasut bersusun kemas.


ok, ni hasilnya. dia nak kasut dia je kat atas tu "-____-"