Showing posts with label macammacam. Show all posts
Showing posts with label macammacam. Show all posts
Apr 10, 2012
Mendidik Anak-Anak
Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak
1. Kesilapan pertama: Kurang BerdoaKurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)
Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.
2. Kesilapan kedua: Banyak membaeri belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.
3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.
4. Kesilapan keempat: Menegur mereka secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.
5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.
6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
* Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.
8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas
* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.
9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah
* Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.
10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak
* Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.
11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
* Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.
12. Kesilapan keduabelas: Berrtengkar di depan anak-anak
* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.
13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah
* Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.
14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton
* Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.
15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak
* Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)
Mar 27, 2012
perlu ke?
perlu ke update status:
tunggu suami pulang
makan dengan suami
goodluck suami
sayang suami
suami saya kacak
.
.
.
perlu ke ada perkataan SUAMI itu sedangkan menikah pun belum.
mungkin la kot trend sekarang... baca pun rimas. rasa kalau boleh hide status tu, nak hide. tapi masalahnya enggak buleh maka mak pasrah je.
seperti suami i cakap "KECOHHHH JE"
sekian~
Mar 16, 2012
gantung gambar bolehkah?

tetibe hari ni macam nak share banyak benda dengan uolsss.
sebabnya rasa PERLU untuk dikongsikan bersama.
macamni, aku kan baru pindah rumah kan. eh takde la baru sangat. nak dekat 2 tahun jugak. biasa la kalau dah duduk rumah sendiri harus nak deco deco eric leong. berbulan bertahun sktech pasal deco deco ni tapi adonye sampai skang. tak de ape pon yang deconya haha :p
hajat di hati kununnya nak la kat wall naik tangga tu letak gambar family. siap tunjuk kat suami nak letak, susun macam mana. dannnnn pada suatu hariiiii, terbaca pasal gantung gantung gambar kat rumah malaikat rahmat tak masuk rumah! tetibe terkoma 3 jam. Ya Allah! naseb baik tak gantung lagiiii.
gambar yang dimaksudkan adalah gambar yang bernyawa macam gambar manusia, haiwan dan sewaktu dengannya. kalau gambar kereta, pakcik menang motor tp bukan pakcik tu, gambar motor ke, pohon beringin tegaknya tinggi ke, takpe. itu boleh je. gantung ayat ayat ke kata kata hikmah, haaaaa itu boleh.
jadinya disini, kalau korang ada gantung gambar bernyawa kat rumah adalah lebih baik diturunkan, simpan je dalam album gambar. beli je photobook kat groupon. murah pon murah. tengok beratus kali pon takpe.
klik SINI boleh baca dengan jelas lagi terang kenapa tidak boleh menggantung gambar bernyawa di rumah :)
ada beberapa link lagi yang aku baca, ustaz azhar idrus pon ada cakap pasal ni. oleh itu toksah lagi gantung gantung gambar bernyawa di rumah ok.
*mak pernah pesan dulu tapi kenapa degil kau ni eh?*
Jangan Jangan dan Jangan
JANGAN dalam Islam;
- JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.
- JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
- JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna
- JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
- JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.
- JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
- JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
- JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.
- JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan. Kita hilang bahagia.
- JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
- JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.
- JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
- JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.
- JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
- JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
- JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.
*tapi yang JANGAN tu kekadang kite buat*
Mar 9, 2012
comelness
tetibe hari ni macam teringin tengok Suri anak TomCruise dah besar camne rupa. dulu masa baby dia sangat comellll. tapi ternyata dah besar ni lg la comelnessss!! eh ke cantik? ok, comel dan cantek :)
tapiiiiii anak kedua Jennifer Garner pon comelll!!! Seraphina Rose
tapiiiiiii yang ni lagi comelllll tak boleh lawannnnnnn hihi
sekarang dah macam macam, seronok buat kawan. suka sangatttt bergurauuuu! kadang kadang penat nak layan gurau dia. nanti ah ummy kasi adik *ehhhhhh*
Jan 31, 2012
kecurian dan tomyam
semalam beli barang nak buat tomyam utk miqa kat pasar mini dekat rumah tu tetibe ada kes. tgh elok pilih cauliflower tu, makcik kedai ckp kat satu mamat nepal bersinglet hitam berseluar yenki, "sini ada kamera, saya nampak". aku kan kepochi kan, mesti la nak tau kan. terus la pegi dekat sket kt kaunter nak tau hal sebenar.
rupanya makcik kedai tu nampak kt skrin nepal tu amek barang masuk poket. gile selamba. lepas tu, husband makcik tu pun datang. nepal tu ada lagi situ. makcik tu cerita la kat husband dia. husband dia ape lg, amok la kejap. nepal tu dah takot takot. kebetulan ada satu customer laki ni pon marah marah jugak nepal ni. siap warning. pakcik kedai ni panggil la nepal tu suruh datang ekat. nepal tu ckp "takmau.., takmau.., mintak maaf". muka nepal tu pucat takde darah haha.
kau pon nepal agak agak la nak curik kan. apesal la kau curik deodorant perempuan? siap yang whitening lagi uolsss. nak jugak tgk ketiak kau itam ke? tak pasal pasal je kau ni. haih. kadang2 macam kesian tp ntah la.
takpe, yang penting pagi tadi miqa makan kueteow tomyam ikan kung! tp ummy letak sket udang nak test miqa allergic tak. tp nampaknya tidak. ok good!

bahan:
ikan tenggiri
udang sama udang (potong kecik)
sayur sayur (brokoli, cauliflower, carrot, celery, tomato)
daun limau purut
serai
halia sikit
bawang holland
tomato puree
cara:
rebus je semua tp sayur hijau mcm brokoli tu last la letak sbb nant hilang zat. eh udang pon i letak lambat.
ok siap dah. makan!
------
memang suka la goyang lampu kaki ummy kan
memang leka kalau dpt main ni ha
siap buat aksi ok tp x sempat snap snap
ikan tenggiri
udang sama udang (potong kecik)
sayur sayur (brokoli, cauliflower, carrot, celery, tomato)
daun limau purut
serai
halia sikit
bawang holland
tomato puree
cara:
rebus je semua tp sayur hijau mcm brokoli tu last la letak sbb nant hilang zat. eh udang pon i letak lambat.
ok siap dah. makan!
------
memang suka la goyang lampu kaki ummy kan
memang leka kalau dpt main ni ha
siap buat aksi ok tp x sempat snap snapJan 27, 2012
cerita seram hospital putrajaya!

tidak ketahuan nak kategori cerita seram ke tak. ke cerita jijik?
gini, pekerja adik aku pingsan kat taska. then adik aku pon bergegas la kan pegi taska nak tgk pekerja dia. sampai sana call ambulance ne no ne no. ok fine, ambulance sampai cepat. masa tu gadis tu dah separuh sedar dah tapi still jugak la kene hanta hospital. then nurse lelaki ni, LELAKI ok, angkat dia masuk itu ambulance. lepas tu harus la kene teman kan dlm ambulance kan. sbb memang syarat naik ambulance, seorang waris atau rakan ke kene ikut sekali. nak pulak nurse itu adalah LELAKI!! berdua tidak baik nak pulak lelaki dan perempuan. lelaki tu boleh cakap "tak dibenarkan sesiapa teman. ni procedure baru hospital". semua kat situ dah pelik dah. jiran sebelah yg tolong tadi pun marah tanya apsal pulak tak boleh ikut masuk? semua dah stresssss! lepas penat argue sana sini, tak pe la, diorang pon macam ikut je la nurse lelaki tu cakap. agaknya memang procedure baru la kot. adik aku pon ikut je la belakang ambulance.
sampai sana, lepas habis check tahap pertama tu, pekerja adik aku nanges nanges cakap dia kene RABAAAAAA!! atas dan dalam seluar!!! LELAKI bongok tu masukkan tangan dalam baju dan dlm seluar budak tu. kau rasa nak bunuh tak lelaki tu? gile seks! adik aku apa lagi, report la kat hospital tu kan. siap tanya kat hospial, memang tak boleh teman ke sorang naik ambulance? hospital siap cakap "boleh teman, memag procedure kalau naik ambulance memang kene ada orang teman". haaaa nampak sangat lelaki buduh tu dah pasang niat jahat kan. adik aku pon cerita pasal kejadia tak bermoral tu kt hospital. nak tau tak hospital cakap ape? "owh ye ke? takpe, nant kami siasat" eh macam tu je? adik aku pon nak mintak nama pekerja lelaki tu sebab nak report polis. pihak hospital cakap "eh takpe tak payah buat report". korang rasaaa?? kalau la i yang ada kat situ kannnnn. hish geram!
tapi nasib baik sorang lagi pekerja tu hafal no ambulance dan muka lelaki buduh itu. terus la report pulis! tp kan tu belum habis lagi. masa doktor tgh check budak tu kan, lelaki buduh tu ada skali sbb dia yg handle budak tu kan. wah, masa doktor ty budak tu, lelaki buduh tu siap bulatkan mata macam bg amaran. budak perempuan tu takot la kan. doktor kasi gas kat budak perempuan tu n lelaki buduh tu yg pegangkan gas tu. n guess wat?! bile doktor cakap "cukup la gas tu, boleh bukak dah". lelaki buduh tu taknak tanggalkan ok. siap tekan lg topeng gas tu kat muka budak tu. doktor siap ckp kuat2 "eh dah la, bukak". kawan budak perempuan tu siap jerit "woi! dah la!!". baru la dia bukak. eh geram gile!!
sekarang, report pulis dah buat. tak tau la macamna kesudahannya, tp uollss kene ingat kalau ada family ke kawan ke sesape la yg kene naik ambulance, harusla berteman. jgn biarkan org sakit sorang sorang dlm ambulance. bahaya! malang tidak berbau~
*nak sangat lempang kuat kuat sampai berdarah mulut hidung lelaki buduh itu*
Jan 21, 2012
pembuka selera tahun 2012
fuh fuh fuh (meniup habuk habuk yg banyak lg degil)
hello duniaaaaa! gile lama x menulis sini. selalu i tulis for magazine je haha. hari ni tetibe dgn semangatnya telah tergerak hati utk kembali menulis. dulu ada sbb kenapa tidak menulis sini. biasa la, i busy... sana sini show. kau ada? eh tp kan macam kekok kekek eh nak conteng conteng sini balik. tak pe, kite mulakan dgn bismillah (tadah tgn mata kebawah)
kite start dgn cerita sedih lg pilu. mak memang tak tahan kalau bab bab baby ni. baru je td baca paper pasal baby 3 bulan n 7 bulan meninggal kt taska akibat tersedak susu. tp rupanya KKM cakap meninggal akibat disyaki jangkitan kuman. 2 baby meninggal kt taska yg sama? confirm owner taska tu gigil kaki kecut perut.
bila tgk gamba ni lg sebak. korang tgk mak dia, tgk ayah dia. ish sebak.
tak boleh la nk bayangkan.

biasa la kalau kat FB tu ada je la org komen kat gamba tu kan. ada satu komen tu mcm x releven langsung! motif kau???

e'eh kau ni. semua tau bf is the best. masalahnya apa kene mengena pon. kalau mak baby tu bf pon confirm la dia kasi dlm botol jugak kan. dah nak kene hanta ke taska. nama pon bekeje, kau ingat t*t*k dia boleh tinggal kt taska keeeeee?? sila la faham perasaan ibu itu.. tetibe i yg geram. motif tak de langsung. kau tak pe la..., tak keje boleh sendiri susukan anak... naseb baik u bukan kawan i. kalau tak i cili cili tgn u. sesuka hati nak komen yg tak bermotif.
ok, cukup la utk coretan sikit ini. semoga esok lusa i rajin uollsss. ok daaa~~
lama tak publish gamba anak eh. little miqa is 1y5m! "kiqa, kiqa..." suka sebut nama sendiri kiqa. haih...
Jul 4, 2011
korang pernah rasa tak?
dah masuk july dah.
dah nak dekat bulan puasa dah.
(puasa tak habis ganti lagiiiii T__T)
dah seminggu tak g keje dah.
-----
korang pernah rasa tak nak berenti kerja? pernah? kalau pernah angguk sekarang. kalau tak, sila geleng laju laju :p
ntah kenapa hari ni tahap la asyik fikir nak berenti kerja dan cari kerja lain. sirius memang dah bosan tahap kerja sini. tak dapat dah nak tahan tahan tahap kebosanan ni. tapi tu la, nak carik kerja lain ingat senang jaman sekarang ni? payah kannnnn. 20 resume yang hantar belum tentu kene panggil pun. abes camne? kerja sini sampai ada cucu ke? taknakkkkk. adalah sangat gembira kalau dapat buat bisnes sendiri. ni pun tgh survey survey. kalau ada rezeki buat bisnes, alhamdulillah. kalau tak, memang kene cari kerja lain. oh sirius aku tak happy kerja sini dahhhhh. nak pergi kerja memang tak pernah nak suka la kan. rasa macam terpaksa huhu.. gile tak best macamni. kalau boleh nak la pergi kerja rasa happy, rasa bersemangat ke kan. kini tidak lagi. pergi keje sebab nak dapat gaji je ni ha. tak pernah rasa suka pun dengan apa yang aku buat sekarang ni. teruk bebenar la kan aku ni. ok, sape ada tau keje kosong yang menarik, angkat tangan! meh sini kasi tau eh. tolong la jangan kemut kemut. kesian orang di sini T___T
yang kebusanan,
meezameez

Jun 24, 2011
yes, i hate you!

korang pernah keje time raya? musti tak pernah kan.. aku dulu sebelum kawen mmg pernah keje time raya tapi ni dah kawen pon kene jugak. masa zaman anak dara memang la tak berapa kisah sangat tapiiiii sekarang dah ada anak memang kisah. sedih kot kene keje time raya. sebak lagi sampai skang ni ha. dan dan jadual kene rombak. tak faham kenapa rombak jadual padahal jadual sebelum ni memang bukan aku yang kene. tetibe dapat emel cakap kene rombak bagai. tak marah, tak sedih kalau dapat tau sebelum rombak ni. yang tak puas hati tu kenapa ROMBAKKKKK. motif kau rombak jadual? ke sebab orang yg kene keje raya tu minta rombak? pastu kau suka hati la rombak. nak cakap dia keje raya tahun lepas tak pulak. ok fine, aku tanya orang yg rombak jadual ni, dia cakap sbb orang tu dah kene keje raya last year. celah mana! tak tangok jadual last year ke kau niiii. main rombak je tau. berharap la raya korang tak meriahhhhh (eh tak baik kan mintak yang tak baik utk org lain? tapi tu la geram tahap gaban dah!)
miqael sayang, ummy kene keje la raya ni. miqael raya dengan abah eh nanti petang ummy balik keje ummy raya dengan miqael *sob sob* T___T
miqael sayang, ummy kene keje la raya ni. miqael raya dengan abah eh nanti petang ummy balik keje ummy raya dengan miqael *sob sob* T___T
** semalam ada orang baik hati. baik hati kot orang tu. kat opis aku ni kan kene parking double kan sbb tgh buat building baru jadi parking adalah terhad. jadi semalam parking double, tetibeeee ada org call ingatkan suruh alih kereta rupanya dia suruh amek tempat parking dia sebab dia nak keluar dah. padahal bukan kereta dia yg kene block tapi sanggup kot call soh amek parking dia. gile baik hati kalau aku memang tak lah. sape cepat dia dapat la tempat parking aku tu haha. **
Jun 9, 2011
geli hati
hahah! tak tahan tengok iklan ni. klaka gile. tak boleh tak gelak bila tgk iklan niiii. tadi makan makan beborak pasal iklan ni pon boleh gelak beria haha. berkesan ok iklan ni. mamat tu kunun comel la nak buat camtu skaliiii hamek kau gurlfren dia lagi romantik kuasa seploh haha!
tengok lagi meh iklan ni meh
meh la kite gelak samaaaaa pleaseeeeee haha
tengok lagi meh iklan ni meh
meh la kite gelak samaaaaa pleaseeeeee haha
Jun 1, 2011
berberi beri
haha! orang lain pakai BB kau pon nak pakai kannnnn. nan ado tau pakai haha! baru sahaja angah membelanja kakaknya ini bb bold 3 tapiii kakaknya adalah tahus pakai kan. memilih bb kerana encik suami pakai bb maka ingat nak bbm la kunun kan tapiiiii ado la tahus nak bbm haha! siap boss ajar kot nak accept bbm request camne haha! nak cari no pin pon terkial kial siap googleeeee :p.
takpe la, malam ni bukak buku sambil belajar dgn encik suami. haih. ni belom ipad ke playbook ke iphone ke kan.
orang lain nak kau pon nak. orang lain takpe la hebat bergadjet gadjet ni tapi kauuuuuuu T___T
sebab ni la bertahun tahun tak tukar henpon. sekali tukar macamni la pulak huhuuu.
tapi paling nak skali adalah ipad 2!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! kumpul wang, kumpul wang! (tengok, tengok, maseh nak jugak!)

May 23, 2011
salam takziah
sayu hati bila tengok berita tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa. tapi bila tengok gambar kat bawah ni, sejuk je hati. anak kecil yang depan tu comel sangat sangat! semua serba putih, suci je kan :). insyaAllah mereka mereka akan ditempatkan di syurga Allah, amin..
Al-Fatihah buat anak anak yang terkorban.. kepada keluarga mangsa, saya ucapkan takziah..

p/s: Miqael dah beransur sehat dah. alhamdulillah :)
Al-Fatihah buat anak anak yang terkorban.. kepada keluarga mangsa, saya ucapkan takziah..

p/s: Miqael dah beransur sehat dah. alhamdulillah :)
May 5, 2011
zaman muda remaja
haha! ok intro kene gelak dulu baru mula menulis. macam kelakar bila ingat balik zaman muda remaja. zaman masa form 3. masa tu kan zaman PMR maka haruslah pergi tuisyen kan. kata nak dapat 8A kan. nan ado dapat 8A! haha. bazir duit mak ayah kan aku ni. takpe tu bukan tajok sebenar.
nak cerita ni, dulu masa tuisyen ada seorang budak lelaki india telah terjatuh chenta pada gadis yang sedang menulis post ini. nak buat macamna... tak de budak melayu nak jatuh cinta kat aku, budak india pon india lah heheh. boleh tak masa tengah cekgu ajar kat depan tu dia pas satu surat. biasa la dulu takde handphone maka surat menyurat la kalau nak luahkan isi hati hihi. waktu rehat je, dengan pantas pegi toilet sbb nak baca surat tu. masa tu siap ajak geng g toilet nak baca surat ramai ramai haha. biasa la ayat dulu dulu musti cakap "saya suka kat awak" la "saya cinta awak" la apa la kan. tapi ada satu ayat ni memang macam nak lempang pon ada. dia cakap eh tak dia tulis "kalau awak sudi terima saya, saya sanggup masuk ISLAM" boleh takkkkkkk????
ehhhh korang ingat aku terima keeeee. masa tu zaman hingus hingus manade masa nak bercinta niiiiii :p. tak kan la aku nak terima kan. tak bukan sebab dia india ke apa memang tak boleh la kan. eh tak boleh la, tak bolehhhh. plus dia dah ada girlfren ok. pastu siap cakap nak putus pulak dgn gf dia haha! klaka eh zaman dulu dulu. nampak sgt kurang kematangan disitu hihi.
esok pegi sekolah, gf dia usha ketat je kat aku. ehhhh bukan aku ok yang gatal gatals dgn boyfren kau. tak kan la dengan budak melayu ni pon kau nak herannn. sirius ok dia marah. memang tak la aku nak rasa bersalah kan. what for? please ok. rupa rupanya memang betol dia clash dgn gf diaaaa haha! abes tu semua budak india kat skolah tau dia suka akuuuu haha! budak india kelas aku siap sampaikan salam. eh budak india yang aku tak kenal pon siap sampaikan salam? apa niiiii??? sampai la abes sekolah aku buat dunno je kan.
sekarang niiii? dia bekerja kat kedai yang aku selalu renew road tax tu ok. kedai pak sedara dia rasanya. aku selalu tengok dulu sebelum aku masuk. kot kot dia ada ke kan. tak moh ah jumpa. tapiiiii semalam, semalammmm adalah tak boleh nak elak. beria intai intai dulu tengok dia ada ke tak. ok selamat dia takde, fuh! eh tidak laaaa dia adaaaa! tak boleh la nak patah balik. dah masok dalam dah niiii. ok takpe, lemparkan senyuman je ah. senyum kerbau kot aku senyum tu. terus tak pandang dia sampai keluar pintu tuuu. naseb baik dia pon tak pegi kat aku nak borak borak. selamat kau. tak pon mesti dia rasa menyesal kenapa la dia boleh terjatuh cinta dgn budak niiii haha!
ok tu je nak cerita. tetibe teringat hihi.

May 1, 2011
sikit je tak banyak
hello peeps! :)
hari ni adalah hari buruh kan tapi orang ini sedang bekerja T_T. tapi takpe, dapat update blog yang sudah bersawang labah labah. pemalas bukan main nak update blog. nak mula tu adoiyaiiiiiii...
ok, hari ni terrr rajen sikit maka boleh tulis sikit sikit. sikit je tak banyak.
pertama:
miqael dah nak masuk sembilan bulan next weekkkk! hoyeahhhh!!! sekejap je dah sembilan bulan. lepas tu setahunnnn. lepas tuuuuu 18 tahunnnn.
baru baru ni hero ummy kene ruam panas. abes satu badan bintik2 merah. dah tak skin baby dah. kasar je :(. miqael adalah kuat berpeluh. satu rumah merangkak tanpa kenal erti penat. kite yang tengok ni yang penat. siap suruh dia berehat jap. tapiiiiii takmoh pulak dia ni. nak jugak merangkak sampai takde tempat nak pegi dah. haish. plus miqael tak boleh sangat dengan cuaca panas melampau. cuaca panas adalah menakotkannnn. ok, ok, lepas ni kite pindah London ok sayang haha!
tapi sekarang alhamdulillah dah ok dah sikit. sapu calamine lotion kat badan dia. naseb baik miqael tak merengek rengek pasal ruam tu. lepas ni tak boleh la kalau rumah takde kipas yang kuat nanti ruam panas jadi lagi huhu.. takponnnn harus la pasang penghawa dingin! kenapa la kulit omputih sangat anak aku nihhhhh T_T
oh ya! sekarang sudah pandai berdiri tapi stand with the support la mcam kerusi ke meja ke. belom boleh stand alone. suka berdiri pegang meja tv tu lepas tu kaki jengket jengket nak tengok ada apa atas meja. pastu kalau dia geram, dia capai la barang atas meja tu. lepas tu campak bawah haha! suka bukak laci la almari la. mengendap dalam almari nak tengok apa ada. naseb baik tak amek barang dalam almari. mengendap je ok sayang, jangan sepahkan barang dalam almari tuuuu. miqael suka tengok orang menggosok baju. beria ok dia tengok, mata tak berkelip. dan sekarang nampak je iron dia pegi kat iron tu pastu buat buat macam menggosok haha! suka hati kau je nak hihi.
itik itu kawan Miqael. ada satu itik besar teman mandi, 3 baby itik dibawa kemana sahaja. teman baik donk!kedua:
tetibe adalah teringin makan laksa sarawak. tapi tak reti buat pes laksa sarawak. maka kene beli la kan. setelah puas mengoogle akhirnya! dah jumpa dah org sarawak yg menjual pes itu dan boleh pos ke sini. yayyy! slurp slurp! harap harap la sedapsss
kalau korang teringin jugak, sila beli di sini :)

ketiga:
road tax dah mati 18/4 hari tu. lepas tu pegi renew lepas tu adalah terkoma 3 jam sekejappppp. road tax adalah rm987! eeeeee mahallllll. tu la kau, sape suruh langgar bontot kereta lancer la sylphy laaaaa! len kali langgar la beskal ke kan T_T
ok dah sekian. nak tulis sikit je tak banyak hihi
happy labor day u ollssss! see u soon! ;)
Mar 17, 2011
TSUNAMI
baru je sebentar tadi incik suami mensend emel pasal tsunami. kandungan emel adalah seperti di bawah. tetibe rasa macam betul je blogger tu tulis. adalah sedikit marah pasal kartun ultraman kene tsunami tu. ok fine, tak perlu kot nak berlawak pasal tsunami di Jepun tu. tsunami ok TSUNAMI! bukan tiramitsu! tau tak tsunami itu adalah menyeramkan. malam semalam baru je aku mimpi tsunami kot. gile seram! tapi naseb baik terselamat la kan. seb baik mimpi tauuuuu! memang bila terjaga je macam bersyukur sangat sangat! eh memang seram. seram dia tak boleh nak cakap. naseb baik mimpiiii. terus bile bangun, cancel nak gi bercuti ala ala romantik di pulau pulau. rasa nak duduk kat rumah tak keluar keluar.
ok, korang sila baca di bawah itu:
Ada tiga sebab kenapa aku marah.
1. Penyataan Rosmah Mansor mengenai tragedi gempa bumi dan tsunami di Jepun. Rosmah Mansor menyatakan bahawa malapetaka tsunami dan gempa bumi di Jepun itu berpunca dari kelalaian negara Jepun melaksanakan pembangunan mesra alam. ‘Kelalaian negara Jepun melaksanakan pembangunan mesra alam‘. Aku terkejut dengan penyataan kau. Bukan itu saja, aku malu, dan marah. Kalau kau nak tahu, negara Jepun sangat mengambil berat dalam hal alam sekitar terutamanya apabila melibatkan sebarang projek pembangunan dan teknologi. Kami pelajar engineering di Jepun sangat diberi penekanan terhadap kesan pembangunan terhadap alam sekitar oleh lecturer kami. Teknologi Eco sangat digalakkan oleh kerajaan. Kau tahu, kerajaan Jepun beri duit kalau kau beli barang yang menggunakan teknologi Eco dan menjimatkan penggunaan tenaga elektrik. Aku dapat 5000Yen sebab beli TV Sony yang Eco. Kerajaan kita ada? Dimana teknologi mesra alam yang Malaysia gunakan? Di sini, kami kongsi duit beli kereta Prius. Ya, kereta hybrid. Kenapa? Sebab cukai kereta hybrid lebih murah! Inilah negara Jepun yang kau cakap ‘lalai melaksanakan pembangunan mesra alam’. Aku rasa semua sudah maklum kenapa gempa bumi boleh berlaku. Ya, kerana pergerakan plet pada kerak bumi. Gempa bumi di kawasan laut boleh membawa kepada tsunami. Itu general knowledge. Takkan benda mudah itu pon kau tak tahu. Aku malu dengan kau. Budak Jepun yang masih di tadika pon boleh jawab.
2. Kartun Ultraman lari dikejar tsunami dalam Berita Minggu.

Aku marah dekat Berita Harian. Aku marah dekat kartunis Zoy. Woi, kalau nak bergurau ada limit tahu tak. Bagi kau, mungkin isu ini kelakar. Boleh dibuat gurauan. Tetapi tidak bagi kami yang berada di tanah Jepun ini. Isu gempa bumi dan tsunami tak boleh dibuat main. Orang Jepun sendiri mengambil serius pasal gempa bumi. Hatta gempa bumi berskala 1 pun, ada makluman dekat TV untuk memberitahu rakyat Jepun tentang gempa bumi yang bakal berlaku atau yang sedang berlaku. Ini soal nyawa. Di mana budi bicara orang Melayu? Di mana kesopanan dan kesusilaan yang diucap dalam Rukun Negara? Atau kau buat-buat lupa? Berita ini sudah masuk CNN. Satu dunia boleh tahu. Kau tidak berada di sini, bolehlah mengambil ringan pasal gempa bumi, tsunami dan hujan asid. Tetapi tidak bagi kami di Jepun. Tolong, tolong, tolonglah sensitif sikit sebab di Jepun ini pun ada rakyat Malaysia
3. Berita mengenai status keselamatan Maria Ozawa dalam Kosmo!

Kau bimbang pasal Maria Ozawa? Wadahel? Dalam berjuta orang di Jepun ini, Maria Ozawa jugak kau nak laporkan. Kenapa? Maria Ozawa memainkan peranan penting dalam hidup editor Kosmo? Maria Ozawa membantu untuk menaikkan industri hiburan di Malaysia? Apa kau nak jawab bila ada budak kecil yang peka dengan isu gempa bumi di Jepun membaca laporan tersebut dan bertanya: “Ayah, Maria Ozawa tu siapa?” “Mak, porno tu apa?” Apa kau nak jawab? Aku tanya kau. Kesimpulan Aku kecewa dengan Rosmah. Aku marah dengan Berita Harian. Aku geram dengan Kosmo! Insiden kali ini menunjukan di mana Malaysia berdiri dalam membantu negara Jepun menghadapi dugaan kali ini. Satu sahaja yang aku cukup risau. Bagaimana Jepun akan melihat Malaysia selepas ini? Aku takut rakyat Jepun akan memandang serong terhadap Malaysia. Sebab pihak pertama yang akan terkena tempias ini ialah rakyat Malaysia di Jepun. Ya, termasuk aku. Aku takut. Apa nak jawab kalau member aku tanya? Apa aku nak jawab kalau sensei aku tanya? Aku masih belum ada jawapan. Notakaki: Maaf sekiranya perkataan dan kosa kata dalam entri ini kasar. Notakakilagi: Aku tidak salahkan kerajaan Malaysia. Cuma aku harap kerajaan lebih telus dalam menangani isu ini sebelum terlambat. Lagilaginotakaki: Aku risau sebenarnya. Risau dengan gempa bumi. Risau dengan isu yang melibatkan Malasysia ini. Semoga semuanya berakhir dengan cepat.
sumber : pinjam jap eh awakkkk, tq!
**ya Allah, jauhkan lah keluargaku, saudaraku, sahabatku dan Malaysia dari di timpa bencana seperti itu..amin.

Mar 4, 2011
panas! panas!
panas! panas!
owh, ini bukan cerita panas mahupon cerita skandal artis artis. hati panas nihhhhh, panassssss.
hari ni bekeje malam maka tadi isyak kat surau opis la kan. masa sedang solat tetibe henpon kakak sebelah ni bunyi. dia dh abes solat maka dia pon angkat la. ok fine, takpe. tapiiiii kenapa nak borak kt situ jugak????!! hello, tak nampak ke ramai yg sedang solat? semua sedang solat tapi dia dgn selamba beborak mcm takde orang dalam surau. aku yg kat sebelah ni dh tersasul sasul baca Fatihah. ok fine nak borak tapi pegi la kt belakang tu ha. borak la sampai lebam. ni tak, elok je dia borak kt sebelah orang2 yg sedang solat ni ha. serius aku mcm hangen lalu aku pon buat2 batuk. eh eh tak faham jugak. maseh lagi dia beria borak. sampai selesai aku solat baru la dia stop! ya Allah! masa tu memang hati panasssss. rasa macam nak nasehat pon ada. tengah solat hati siap cakap lagi, "kenapa la takde org tegur kakak niiii". lepas ni jgn harap nak solat sebelah kakak itu lagi. TIDAK! TIDAK AKAN!

susu ILHAM

dengar je pasal susu ni hati terus macam nak cuba susu ni. macam sedap pulak. tapi susu ni utk baby 1 tahun hingga 3 tahun dan 4 hingga 7 tahun sahaja. kalau baby korang 6 bulan ke atas, dah boleh minum susu ni. Miqael dah nak masuk 7 bulan kan. memang tersangat la nak cuba susu ni. ada kawan dah beli susu ni. dia try kasi anak dia minum. dan dia cakap alhamdulillah anak dia suka plus! anak dia tidur dengan nyenyak di malam hari sampai subuh. tak bangun malam dah sebab lapar nak susu :).
Miqael maseh lagi menyusu badan tapi kalau hari bekerja kene jugak la campur susu formula. dalam sehari tu ada la sekali, dua kali dia minum susu formula sebab stok tak cukopppp. kalau ummy dia cuti, susu formula u hiasan je la hihi. ummmy dia 'bijak' sangat tak buat stok masa pantang haha! takpe, takpe, next baby takkan dah terjadi seperti ini. pasti buat stok punya hihi. susu formula tu pon lambat pulak nak abes sebab dia jarang minum kan. lepas abes kang, nak try kasi Miqael susu ilham :).
kalau korang nak tau pasal susu ilham ni, sila kilk sini >> ILHAM
Mar 1, 2011
hari pertama
ok sekarang sudah bermula lah. hari ini adalah hari pertama ma maaa. ada lagi 29 hari lagi. banyaknyaaaaa.
hari ni adalah hari pertama mengganti puasa hihi. memang niat nak ganti puasa bila Miqael dah start makan. jadi dia tak bergantung sgt dengan susu ummy ni. dah makan senang sket. takde la dia lapar nanti :).
makanya, bermula 1 Mac 2011, saya, hameezah haminah rasit bermula mengganti puasa. semoga tabah menghadapi ujian haha macam tak pernah puasa pulak. ok, selamat maju jaya kepada diri sendiri!
dua puluh sembilan hari lagi!

Feb 23, 2011
anak bijak!
ok dengar sini, cikgu nak cerita. ini serius. jangan main main. tengok, muka cikgu serius je kan :p
tadi mengoogle pasal flashcard for baby. Miqael sudah 6 bulan jadi ingatnya mau membuat flashcard sendiri. tetibe terjumpa website yang superb best! ok, aku baru tau newborn baby pon kita boleh tunjuk flashcard kat diorg. ia dipanggil infant stimulation card. rugiiiiiii kenapa la tak mengoogle dari awal huhu. kalau tak, best je boleh main tunjuk2 kad dgn miqael masa baby dulu. eh ke korang memang dah tau? ok fine, fineeeeee.
kepada bakal mommies and mommies, sila lah ke website brillkids! korang register je as a member. free je pon. then korang boleh download for free flashcard tu semua. berbaloi baloi!
jom jom ajar anak kita kenal ABC 123 hihi
*sedang bersemangat membuat flashcard utk Miqael*

Subscribe to:
Posts (Atom)