Feb 25, 2011

hujung minggu itu

ok memang dah lama tapi nak cerita jugak. last weekend eh tak jugak, kira weekend yang 12/2 tu. weekend itu sedikit kesibukan. sabtu adik ipar bertunang dan ahad ada kenduri kawen kat pulau indah. hari sabtu tu jugak fati berkawen tapiiii tak dpt pegi sebab adik ipar bertunang. sorry eh fatiii huhu.. nak bercerita adalah panjang dan kebetulan pula adalah sedang kemalasan menaip tapi hati mahu menulis maka kita tengok gamba je ok hihi

shima @ SIL mentunang :)

sebelum ditunangkan hihi. itu cincin risik sik sik :)






mari menshow off cincin hihi




shima dan suami eh bakal suami heheh ;p

miqael anak ummy takde rambut :p






ina sandingan
tahniah inaaaaa :)


beria ok Miqael tengok ina haha! fine, ummy tau aunty ina cantek hari itu :)



abah & miqael :)


ok, sekian :)


Feb 23, 2011

anak bijak!

ok dengar sini, cikgu nak cerita. ini serius. jangan main main. tengok, muka cikgu serius je kan :p

tadi mengoogle pasal flashcard for baby. Miqael sudah 6 bulan jadi ingatnya mau membuat flashcard sendiri. tetibe terjumpa website yang superb best! ok, aku baru tau newborn baby pon kita boleh tunjuk flashcard kat diorg. ia dipanggil infant stimulation card. rugiiiiiii kenapa la tak mengoogle dari awal huhu. kalau tak, best je boleh main tunjuk2 kad dgn miqael masa baby dulu. eh ke korang memang dah tau? ok fine, fineeeeee.

kepada bakal mommies and mommies, sila lah ke website brillkids! korang register je as a member. free je pon. then korang boleh download for free flashcard tu semua. berbaloi baloi!

jom jom ajar anak kita kenal ABC 123 hihi

*sedang bersemangat membuat flashcard utk Miqael*



yay! henpon baru hihi

mendedikasikan post ini kepada hanisah haminah rasit @ angah :)

v
v
v
v


thank you angah for belanja me a handphone hihi. macam tau tau aje along memang nak tukar henfonnnn. semoga rezeki angah bertambah murahhhhh, amin :)


thank you angah sayangggg! muah, muah!

*speechless*




Feb 22, 2011

melawat che'de

miqael suka berkawan wan wannnnn! hari isnin tu bawak miqael pegi taska che'de kat putrajaya. saja nak tengok taska yang baru angah beli tu. tetibe jeles dengan beliau sebab umur 23 dah buat bisnes. takpe la rezeki angah :).

ok bersambung. memula je masok muka miqael macam konpius sebab ramai budak2. mungkin dia berkata "apesal ramai sgt ni? apa kecoh kecoh ni?". selama ni kan kat rumah tu dia sorang je la baby :). tapi bila dah lelama kat situuuu, wah! excited lompat lompat. budak budak kat situ pulak suka melayan. siap nyanyi2. lagu enjit2 semut pon keluar haha! budak budak tu keliling miqael, main main dgn dia. suka la diaaaaa org kasi perhatiannnnnn.

ada satu budak ni umur dia dlm 4 tahun la kot ke 3? lebih kurang la. nama dia wijdad. muka dia ala ala korean, comelll! masa kasi miqael mkn bubur tetibe dia dtg ckp dia lapa. pastu bitau la angah yang wijdad ni lapa. rupanya! baru je 10 min lepas dia mkn haha! pastu wijdad ni boleh ckp "nak makan mcm ni" sambil tgn tunjuk kat bubur miqael haha! kesian pulak tgk, suapkan la jugak kat dia. ty dia sedap tak? dia ckp sedap tapi sekali tu je la dia mkn. tak dtg minta nak mkn lg haha! nampak sgt tak suka kot bubur tu hihihi..

miqael sekarang dah 6 bulan :). sudah pandai duduk sendiri. beria nak duduk hihi. sekarang dah start nak panjat panjat. nak berdiri la kot. dia dh pegang dinding nak cuba berdiri. kalau dlm playpen dia tu, beria cuba nak berdiri hihi. gigi yang 2 batang tu dah jelassss kelihatan hihi. comel :). hari tu checkup, doktor tanya miqael dah boleh buat ape. bitau la doktor sekian sekian sekian. doktor cakap miqael advance baby haha!

alhamdulillah miqael tak kuat menanges. senang nak jaga si kecil ummy ni :). dia nanges kalau kepala terhantuk ke, itu memang kuat dia nanges. sedih ok tengok dia nanges. tak penah penah menanges tetibe menanges beria. sedihhhhh! kalau nak susu dia macam merengek rengek sket je.

selama 6 bulan ni, ni la kali pertama miqael demam huhu.. demam kene cucok kot? ke berjangkit dgn ummy? sebelum ni kalau kene cucok tak penah pulak dia demam. agaknya sebab kali ni cucok 2 kali kot? tapiiiii tak serupa org demam. melompat lompat, ketawa ketawa. eh ummy dgn abah pulak risau. saket ke tak ntah. alhamdulillah lepas dua hari demam miqael pon baik :). senang hati ummy! yay! :D







ini dia Wijdad! :)

menshow off gigi hihi

byebyeeeee nak balik dahhhhhh


eh chop! meh tengok video saya meh. saya ramai kawan tauuuuu haha!



*budak baju cokelat tu beria suruh miqael tarik rambut dia "tarik rambut abang, tarik rambut abang" hihi
*kesian tokma penat pegang miqael beria lompat lompat




Feb 10, 2011

pemboros

sila tolonggggg long long! amek komputer ni bawak jejauhhhh. shuh shuh shuhhhh! tak boleh berenti sopin online. terok kannnn! tetiap hari kot ada je benda nak beli. siap ajak opismate beli skali haha. shopaholic ke kalau mcm ni? eh tak lah kan? kan? biasa2 je pon sopin2. tak banyak ponnnn :p

hari tu incik suami berkata "apa kata sayang stop kejap beli beli online ni" hahah! alaaaa alaaaaaaa tak bolehhhh. dah cuba dah tapiiii TERRRRbeli :p


tak boleh tahan tengok barang barang diorg jual. kalau tak beli kang tangan gatal abes garu garu sampai bekudis haha! kalau nk tangan cantek maka kene teruskan la bersopin online :p

ada je barang nak beli walopon dah pikir 135 kali sekalipon, last last musti terbeli punye. bajet mcm byk duit kan padahallllll haha! macamane la nak kaya raya kan kalau tetiap hari sopin! tapi ada satu cara je la kot utk menstopkan saya dari bersopin iaitu jangan juallll, jangan tau korang. takyah dah jual jual online ni k. confirm tak beli punye. tapi selagi ada online shop ni, memang la org ini tak kan berenti renti perabes duit sendiri dan suaminya. eh ke ada pil berenti sopin? ala mcm pil berenti merokok tu heheh :p



Feb 9, 2011

enam bulan

yayyy! anak ummy dah 6 bulan :D

alhamdulillah :)

sekarang sedang belajar dudok anak ummy ni kan. dudok dengan sebelah tangan tahan supaya tak jatuh haha! bajet comel tau anak ummy nih hihi. pastu belajar panjat2 badan orang. nak belajar berdiri la kot. dah pandai bebel bebel dahhhh. suka jalan jalan naik kereta. naik kereta je mulut terus bising. siap jerit2 haha! kalau Miqael jerit beria, abah musti ckp "miqael terlebih gula ehhhhh". ntah bila dia pandai mkn gegula ni abahhhhh. suka dengar dia bebel bebel. ntah ape dia cakap, seronok dengar :). paling best bila dia nanges sambil mulut bebel bebel haha! macam mengadu dah bunyi nya. ada anak ni seronok kannnnnnn, heeee *tunjuk gigi :D*


beria tengok mickey mouse. sila jangan kacau beliau heheh


tengah tengah syok snap tetibe si kecil ni perasan pulakkkkk ummy amek gamba dia, hish


penat tengok kartun




**mau upload video Miqael sedang membebel bel bel tapiiiiiii asyik error ajeeeee huhu**

Feb 8, 2011

penunjuk arah

ok ini adalah mengenai signboard tunjuk arah org kawen tu. alaa yang signboard tulis macam 'meeza & ejal | 6/11/2009' pastu ada arrow ke kiri kanan tu. paham kan? owh tak paham eh. ok yg mcm gamba kat bawah tu. ok bagus, korang dah faham hihi.

gambar dari pakcik google


kan benda ini tujuannya adalah memudahkan jemputan mencari lokasi org kawen tu kan tapiiiii silalah buat bebetol penunjuk arah itu. macam macam sekarang penunjuk arah. ada tu susah tahap nak baca. bajet kita nak pi umah dia jalan kaki. ya Allah! tulisan punye la kecik. agaknya dia guna font Arial size 12 kot? kalau naik kereta memang kene berhenti kejap sebab nak baca punya pasal. yg lagi hangen bila signboard tu dia letak rendah je kat tanah. rendah betol. beberapa inci je dari tanah tu. eh, macam la kami kami ni naik ferari buat signboard rendah mcm tu haha! alangkah baiknya dia letak bebetol paras eye level. senang nak baca. takde la kami kami ni nak carik signboard sampai ke tanah. tulisan tu pon kalau boleh besarrrrr. biar dari jauh boleh baca. orang rabun pon boleh baca, tu lagi baik hihi. bukan ape, ni hangen sebab hari tu g umah org kawen tapi tersesat haha! sebab signboard kecik tahap sampai jejak tanah. masa tu pulak perot dah berdangdut lagu amelina asyik ah ah ah. ok kalian, ingat ya, buat signboard kasi besarrrrr supaya saya tidak tersesat lagi hihi. tapi kan ada jugak yg langsung tak buat, tu lagi la tak tau nak cakap. eh eh boleh tersambung cerita. ok sudah, sekarang bebetol habis. daaaaa~~


Feb 5, 2011

GOOD!

tadi membaca KOSMO, tetibe ternampak news pasal baby dlm perot tunjuk isyarat bagus. dan tetibe teringat Miqael haha! sebab Miqael pon buat macam tu masa scan duluuuuuu. tersenyum sorang2 bila baca news itu dlm paper tadi. masa tu memang doktor dgn abah sedang borak borak pasal kekalahan MU. beria ok doktor dengan abah borak pasal MU. saba je la. tetibe tengah2 doktor scan sambil beborak dgn abah, dan dan pulak jari sikecil itu tunjuk GOODDDDD! hahaha perli la kot sebab MU kalahhhhhh haha ;p. apa lagi kitorang semua gelak. macam paham pulak dia ni. serius macam dia dengar doktor dgn abah borak. ke memang dengar? eh ntah hihi.

tetibe rasa rugi pulak tak suroh doktor print gamba Miqael tunjuk good itu. kalau tak boleh masuk KOSMO haha! glamor la kejap aku :p. pastu nanti mastika pulak datang interbiu, pastu masok metro, pastu masok tv3. wahhhhh memang glamorrrrr. rugi rugi haha!


Feb 3, 2011

saya suka tengok kartun!

Miqael suka tengok kartun sangat dan sangat! paling suka adalah Special Agent OSO dgn Meeska Mooska Mickey Mouseeee! melompat lompat atas walker tengok mickey mouse haha! tak boleh tukar channel tv kalau dia tgk kartun OSO dgn mickey mouse tu. marah betolllll! che'de dia tukar channel kejap pon pandang keras kt che'de dia pastu marah. terpaksa la bukak balik OSO dia tu. nak tido pon kalau dengar lagu OSO tu, tak jadik tidooooo. bulat biji mata tengok OSO. tapi memang best OSO tu, ummy dia pon layan :p. lagu OSO pon layan! tp lagu OSO yang 'three special steps' tu lagi la layannnn haha! kalau dia merengek rengek sket, terus bukak kartun. kompem dia diam punya. senang je pakai kan pampers ke baju ke kalau bukak kartun. kalau takkkkkkkk! mengulat ngulat badan dia, heh! tapi hanya bukak channel 613 sahaja. channel kartun yang lain memang tak bukak, nak pulak spongebob! memang la taknak kasi dia tgk sebab spongebob bahasa dia mcm kasar sket. tak sesuai utk baby cenggitu. tapi abah dia memang suka spongebob, pantang! tom n jerry pon abah dia lagi la layannnnnn. eh eh apa cerita pasal abah dia pulak ni :p

Miqael jugak suka naik walker. abes satu rumah dia pusing sampai dapur. laju je dia jalan. kalau tengah masak, dia ikot jugak masuk dapur, main sorang2 tapiiiii bile pusing je nak tgk dia tgh buat ape, rupanya abes plastik2 bertabur kat lantai Miqael sepahkan haha! elok je dia tarik satu2 plastik tu. patut la senyap jeeee. plastik meja pon dia nak tarik tapi takpe plastik meja tu takkan jatuh sebab dh ada pensepit tu hihi.


special alert! special alert!


meeska mooska mickey mouseeee!