Showing posts with label theknot. Show all posts
Showing posts with label theknot. Show all posts

Dec 16, 2009

puan zuraida

CONGRATULATION zuraida & ariff!! :D

sudah bergelar puan dh zuraida ahmad danial. best, best, dh ramai dh kawan aku kawen hihi
lepas ni boleh share share cerita. cerita yg dibolehkan sahaja, ...bukan cerita yg bukan bukan la korang. saya bukan seperti itu haha :p

btw, the wedding was held @ Dewan Sri Seroja, Putrajaya. Putrajaya adalah sangat cantek! majlis berjalan dgn lancar, pelamin sgt indah, the dress....owh, i love her dress!! so damn gorgeous! memikat kalbu. pandai kau design! dan semestinya pengantin sgt lawa ;)


si cantik manis :)

kedebaran la tu kan hihi :p

kami dpt ini!! byk barang dlm beg itu, best, best!




selamat berbulan madu korang! honeymun di bali kan? best tahap!!!! enjoy urself & have fun \(^_^)/
congratulation dear ;), and to mr ariff: take a good care of her and i know you will :)


Dec 3, 2009

belanja kawen

terasa macam nak sharing sharing pasal belanja kawen. bukan niat nak menunjuk nunjuk ok, saje je supaya kawan kawan yg belom kawen dpt anggaran bajet kawen. jadi senang la korang mengumpul kan kan kan hihi.. sharing is caring! aku kan caring :p
here are the list!


Kad Kahwin (500pcs)
Jurufoto
Videografi
Mak Andam
Pelamin Fresh Flowers
Khemah (7 khemah)
Jamuan
Baju Nikah(tailor)
Baju Sanding(tailor)+kasut+veil
Baju Bertandang+aksesori(sewa)
Bunga pahar (100pcs)
Cenderahati tetamu
Hiasan bilik tidur
Deco meja pengantin
Kompang
Sistem PA & MC

TOTAL

350
1,900
duit tidak mengizinkan. alaaaaa :(. terus sdn bhd
750 (makeup nikah,sanding & bertandang)
700
1,960 (include kerusi beriben, meja, scallop)
7000 (terima kaseh mak! muakh, muakh!)
200
500
450
290
900 for 1200++guest
100
250
250
550 (for 2 days-nikah & reception)

15,900

well, jumlah ni aku rasa not too much for the wedding. macam orang lain jugak. ada tu yg sampai 30K!! tu yg grand la kan. ini yg sederhana saja. kalau korang boleh decrease lg total tu, gile hebat! aku rasa aku dh amek pakej yg murah2. aku rasa la hihi.

kepada mereka mereka yg bakal melangsungkan perkahwinan, all the best! jangan berhutang hutang sebab nak kawen. nanti nak bayar lepas kawen lg pening. saving duit untuk lepas kawen jugak. itu sgt PENTING!!! owh, lg satu, simpan duit utk honeymunnnnnnnnnn \(^_^)/

Dec 2, 2009

setelah sekian lama hihi

lama tahap tak hapdet blog ni! tak faham kenapa sangat berat tangan nak menaip. haish, dasar pemalas kau nih! ok, sekarang terasa rajen nak menaip sambil mendengar lagu girls just wanna have fun by cyndi lauper dannnn sambil menikmati chocolate van houten nyum nyum. bersemangat!

cerita pertama:

i have been married for 3 weeks and 5 days. almost a month! i'm a wife to my beloved husband,
the other half of me, mohd sharizal bin shaarani.i love you sayang! i love you more and more!

perasaan bila dh kawen? pasti la seronok+best+suka+semua yang positif hihi.. bila dh HALAL, kalau keluar tengok wayang ke, jalan jalan ke, makan makan ke, rasa bebas gile! xde la mcm dulu dulu. tipu la kalau aku ckp aku tak pegang tangan bila keluar berdua. mcm couples yg lain jugak pe. ok,ok aku tau berdosa tp tu la kan. nama pun manusia, pasti ada yg salah punya. aku tau mmg ada couples yg keluar berdua maseh lg jaga tatasusila dan adab. bagus bagus, teruskan dgn sahsiah diri korang itu. tabik spring toink, toink! jgn jadik mcm aku hihi..

serius sangat lega lepas kawen. bila dah SAH je, rasa semua yg berat berat kat kepala jatuh berguling guling. ringan gile kepala, satu badan! tak payah pikir macam macam dh. hati gumbira tak terkata hihi.. maka saranan kepada kawan kawan yg belom berkawen: cepat cepat kawen korangggg! jgn tangguh tangguh. buat je apa yg termampu. jangan grand grand tp berhutang, haish (geleng kepala). pada mereka yg belom ketemu jodoh, dun worry, pasti ada punya jodoh utk korang. apa yg boleh korang buat adalah berdoa, berusaha dan bertawakal. plus errrr..jgn memilih sgt kot huhu.. pasti la tiada yg perfect. kite pon tak perfect bukan ;)

sila menikmati gamba kawen walopon telah basi 3 minggu hihi

nikah:



sanding:



bertandang:



cerita kedua:

honeymoon oh honeymoon! org melayu ckp bulan madu. sgt la ramai bertanya "meeza, honeymoon mana?". erk, belom kesempatan lg utk berbulan madu huhu.. kesibukan kerja haha! kunun. tak, bukan sbb itu. pasti la sebab bajet kawan kawan. tak kesah pun nk honeymun mana asalkan BERDUA! errr.. tp kesah sebenarnya :p.

dlm kepala sangat la banyak tempat nak pegi tp tu la kan, D.U.I.T., seblom kawen tak nak kumpul duit banyak banyak, sekarang gigit jari la kau huhu.. tak pe, tak pe, bulan 1 kan kite honeymun kan sayang? (anggap je jawapan suami: YES. hihi). sempat lg mengumpul duit. eh chop, tahun ni ada bonus kan kan? tolong lah ada! harapan tinggi menggunung. dh berangan habis ni...

semoga impian menjadi kenyataan! cepat la bulan 1! kad nikah tak dapat lg, jadi sila berhenti berangan (T_T)

Sep 17, 2009

kad sudah siap!

ini adalah surat kebenaran kawen (ngada nk tunjuk jugak)

---

kad kawen sudah siap! kelegaan.
tugasan seterusnya: fill in the blank! nama para jemputan harus di isi di dalam kad ciptaan sendiri itu.



tunggu kad aku sampai kawan kawan! save the date pleaseeee

Sep 14, 2009

sudah boleh kawen!

hal borang nikah sudah selesai. ringan kepala. beria buat kad tetiba kang tarikh tu tok kadi x free, siap kau! kene buat kad baru. takpe, tak perlu gusar dah. imam ckp "berehhhh"

borang nikah settle hari khames baru ni. pegi masjid sg buloh jumpa imam then baru pegi pejabat agama shah alam amek surat kebenaran kahwin. disebabkan kami adalah satu kawasan, lagi la senang. bawak wali + 2 saksi. aku pinjam saksi incik tunang. wali adalah adik kesayangan.

memula, lelaki masuk dulu jumpe imam. ok, serius ini menakutkan. dan dan imam soal bykkkkk kt bakal pengantin lelaki. aku dengar je kt luar incik tunang kene dgn imam hihi


imam: cuba mengucap 2 kalimah syahadah
incik tunang: (mengucap)

imam: baca al-fatihah

incik tunang: (baca al-fatihah)
imam: baca doa iftitah
incik tunang: (baca iftitah)

imam: baca tahiyat awal
incik tunang: (baca tahiyat)
imam: doa qunut

incik tunang: (baca qunut)

imam: nasib baik awak tak tanya saya qunut pendek ke qunut panjang (padahal sebelum tu memang incik tunang nak tanya. kunun nk bergurau dgn imam. seb baik dia tak buat! heh)
soalan seterus dari imam adalah niat solat 5 waktu dan niat mandi wajib. pastu soklan yg aku pun blur x leh nak jawab. seb baik dia tanya kt incik tunang bukan kt aku haha!
imam: macamane nak tau jika seorang isteri itu datang haid. (maksud soalan: mcmane nk tau kalau darah tu adalah betul darah haid) serius, aku pun x tau nk jawab. buta agama rupanya aku ni. kene byk belajar! korang taukah? owh, tau eh? huhu
jawapan imam: (selepas kene ceramah) caranya adalah darah itu keluar sehari semalam, maka itu adalah darah haid.
senang je jawapan rupanya!

then imam kasi ceramah sikit pasal tanggungjawab suami. dan part yang aku paling suka adalah...


imam: nant kalau dah kawen, isteri tak masak, tak gosok baju, tak kemas rumah, jangan marah. awak tak boleh marah. jangan sesekali marah. sebab semua itu bukan tanggungjawab isteri, itu tanggungjawab suami. jika isteri melakukan itu semua, itu di kira pahala. atas dasar sayang, cinta. tanggungjawab suami untuk buat semua itu. jadi, suami kene cari pembantu untuk menolong isteri buat kerja2 tu semua. (cik hameezah tersenyum lebar hihi)


ok, lelaki sudah selesai. kelihatan muka incik tunang lega tahap. perempuan pula! perempuan tak perlu risau. takde pape pon. imam bitau tanggungjawab isteri sahaja. plus dia tanya aku adakah aku kahwin ni sbb terpaksa? aku jawab: tak imam, atas dasar cinta dan sayang dan kasihku padanya. hahaha! giler hebat kalau aku ckp cenggitu hihi :p


oleh itu, good luck pada mereka mereka yang akan berjumpa tok imam. tak perlu kerisauan ;)


p/s: tp kawan incik tunang cakap, dia buat kt pejabat agama shah alam, tak kene semua soalan ni. datang, terus sign je. naseb memasing kot.

Sep 6, 2009

berserah je

1 month = 30.4368499 days till my BIG day! (glup)

banyak nk kene buat nih!

1. bunga pahar (DIY) - barang belum beli
2. langsir bilik
3. cat bilik (baru half. sambung lepas raya. cat bulan puasa byk dugaan, nk minum la nk makan la -alasan!)
4. tudung nikah (tudung ariani bukan pilihan saya. mahal x kene tempat huhu)

akibat bunga pahar adalah mahal, jadi terpaksa la buat sendiri. kalau jadi la eksperimen ni kan haha! kalau x jadi, kena la jugak beli. Barang-barang yang harus dibeli utk pembikinan bunga pahar:

1. ferrero rocher
2. doily paper
3. stem (yg plastik tu)
4. balloon holder
5. telur burung puyuh (instead of telur ayam, telur burung adalah menarik dan sedap!)
6. net
7. flower tape

sila lah berdoa bersama supaya eksperimen ini menjadi hihi

Sep 5, 2009

tudung kawen

here are some tudung which i think well-suited for the solemnization ceremony or maybe for the reception:

adakah aku sesuai?




pics taken from here. (DIY tudung)

---



---

oh no! these will not happen to me. assuredly! (berdoa)

i wont wear the tudung with that tiara. sangat besar bukan?


dan ini! tudung dimasukkan ke dalam baju. muka aku adalah bulat jadi kalau buat begini pasti seperti BELON. eh, tak nakkkkk! nant nak bitau mak andam supaya tidak berbuat demikian.
---

ok, tata!

Aug 12, 2009

HIV test, done!

a few updates. hiv test, wed card n canopy: checked! :D

kisah HIV test

lokasi: klinik kesihatan sg buloh. buat pertama kalinya aku dan incik tunang beria pakai mask sebab sgt takot dgn si virus H1N1 itu. R.I.M.A.S! tp demi keselamatan yg abadi, maka terpaksa la pakai kan. seperti biasa nama pun klinik kerajaan kan, musti la sgt ramai orang. tp naseb baik hiv test tu x perlu tunggu lama2. pendaftaran je la kene tunggu beria, sampai dh ngantok2 kitorg. xpe, kami kan penyabarrrr haha! ok, cukup.

masa masok bilik tuan doktor, ingatkan ade la kaunseling ke hape kan. xde langsung. aku dh siap duduk sebelah doktor okay. ingatkan dia nk cakap ape2 la kan. lepas dia sign hiv form then dia pon berkata "kamu berdua negatif ye" tanpa memandang ke arah kami yg sedang blur yg amat. dedua terdiam (sebab menganggap negatif itu adalah 'positif'). x paham kenapa dedua boleh berpikiran demikian. cuak sekejap. tp blur kami tidak lama dan akhirnya "owhhh..terima kasih doktor". senang giler buat hiv! mcm tu je? ingatkan ada kaunseling bagai. tp rasanya kene ada kan? ntah la, x paham. yg penting kitorg dh boleh kawen! yeay!! haha. tp kan byk jugak kemusykilan, mana pejabat agama nk tau kitorg negatif pasal dlm form tu xde tulis pon. just ada signature doktor tu je. aku siap ty doktor "lepas ni, buat ape pulak doc?" doktor tu cakap "xde pape, buleh terus berurusan dgn pejabat agama". tu je la dia cakap. kitorg pon mengiakan je la. xkan nk beria2 pulak. ok, hiv test sudah selesai akhirnya! bahagia!
topeng muka kembali di buka. LEGA!

checklist :
  1. pelamin (kak nururl arbee)
  2. baju nikah (dzull)
  3. baju sanding (dzull)
  4. baju bertandang
  5. kain bridemaid
  6. makeup (kak wawa-Cleo Studio)
  7. kad kawen
  8. khemah+meja+kerusi
  9. jamuan
  10. photographer (the Photolicious)
  11. videographer
  12. hand bouquet (FOC by kak nurul arbee :))
  13. room deco (kak nurul arbee)
  14. main table deco + guest table deco (kak nurul arbee)
  15. PA system
  16. bunga pahar-DIY
  17. gift for tetamu
  18. borang nikah
  19. HIV test
  20. kompang

Jul 27, 2009

baju nikah+sanding

masih ingat entri yg ini (im getting married this year)? ok, ini adalah sambungan kpd entri itu. last saturday dh settlekan baju nikah dan sanding. yeay! setelah berhempas pulas, bersengkang mata mencari tailor2 yg baik tetapi harga tidak mahal (harus okay, agar bajet tidak lari), dzull de classique menjadi pilihan hati saya. aku rasa harga beliau adalah menepati bajet plus sgt okay aku rasa. baju nikah (chiffon beaded)+baju sanding (french lace beaded)+veil+kasut = rm600. ok kan korang? errr..ke x? kalau x worth sekali pun, silalah ckp worth pasal aku dah tempah. kasut kawen x payah pikir dah. dzull buatkan sekali guna lebihan french lace tu. otak menjadi sedikit ringan! baju nikah+sanding+kasut S.E.T.T.L.E! alhamdulillah, syukur :D

---
adalah menyesal pergi hari sabtu kerana ramai plak yg dtg situ tempah baju. kalau tau aku pegi je weekdays. plus ada sorang pompuan ni x reti reti nk saba. time aku tgh diskas2 tu la dia bebel "adik, xde orang lain ke boleh ukur? saya dtg dulu dr dia ni (jari sambil tunjuk aku)". masalahnya dtg dulu pon kalau dr td x abes2 tgk baju, mesti la org tu layan aku yg memang dh bersedia ni kan. serius, dr td memang dia ke hulu hilir tgk baju. dr incik tunang ukur baju dgn dzul sampai la turn aku ukur pulak dgn akak tu. byk kali dia kacau time aku tgh ukur baju. tension tau! pastu buat2 tgk jam tgn dia tu, kunun mcm dh lambat benar la kan. aku mcm hilang mood sikit. terus hilang idea! aku saba je la. naseb baik akak ukur tu x layan dia. hahaha padan muka. dan sorang pompuan ni pulak mana aku pegi ade je sebelah aku. nyebok2 tepi aku pastu buat muka. rimas! rupanya dtg nk amek baju. len kali ckp terus kt tokey kedai nk amek baju. ok, dh abes mengamuk dh.

next week, baju belah pihak incik tunang harus diselesaikan. yg itu sewa, xde duit dh nk beli hihii. owh ya! kad kawen juga perlu diselesaikan. tidak saba nk lihat hasil ciptaan sendiri itu haha!

p/s: berharap baju kawen tu nant sedap dipakai dan CANTEK (itu wajib). abaikan gamba busana pengantin itu, sekadar hiasan penyejuk mata heee :D

checklist :
  1. pelamin (kak nururl arbee)
  2. baju nikah (dzull)
  3. baju sanding (dzull)
  4. baju bertandang
  5. kain bridemaid
  6. makeup (kak wawa-Cleo Studio)
  7. kad kawen
  8. khemah+meja+kerusi
  9. jamuan
  10. photographer (the Photolicious)
  11. videographer
  12. hand bouquet (FOC by kak nururl arbee :))
  13. room deco (kak nururl arbee)
  14. main table deco + guest table deco (kak nururl arbee)
  15. PA system
  16. bunga pahar
  17. gift for tetamu
  18. borang nikah
  19. HIV test
  20. kompang
ok, cukup! panjang plak entri ni kan. cukup cukup, sila berhenti.

selesai.

Jul 11, 2009

kasut kawen

cant take my eyes off of you
.
.
.

i love diamonds!



ini adalah sesuai utk nikah bukan?


.
.
.

beli ke sewa? sewa ke beli? kalau nk sewa mcm "ada ke diorg kasut yg memenuhi citarasa aku ni?"
xpe, akan difikirkan
sambung berangan semula!

wo wo woooo!

bagus, bagus, 3 bulan lagi!

simptom nervous itu sudah ada sekarang. wo wo woooo!

baju nikah - not ready even tempah pon belom
baju sanding - lagi la kan!
kad kawen - juga belom
bunga pahar - serabut ah (mahal okay bunga pahar, sedang survey2 lg)

tolong la hameezah haminah rasit! jangan la malas!! sila bertindak segera!

bila memikirkan benda2 yg seharusnya aku buat itu, aku jadi pusing (o_O)

harapan: semoga before puasa perkara di atas akan selesai

Jun 29, 2009

selesai sudah :)

yeay!! pre-wed sudah selesai. lega lega lega :D

photoshoot for prewed adalah sebyk 2 kali. best best! lokasi pertama: white studio, lokasi kedua: Taman Tasik Cyberjaya. kay sangat baik hati pasal kasi kitorg 2 kali prewed. free okay ;). thanks kay!!

pre-wed part I; white studio
photog: kay photolicious
(shoot kt studio putih mmg susah giler! bajet aku reti pose kan. rasa nk shoot semula, x puas hati dgn pose sendiri plus muka aku sgt bulat! hahaha!)













pre-wed part II coming soon! daaaaa~~~

Jun 15, 2009

idea idea

okay, aku sudah pening! dimanakah? dimanakah? dan dimanakah?

persoalan: mana tempat best utk photoshoot pre wedding? anda ada jawapan? sila, tolonglah bitau saya yg sedang kepeningan ini. tempat pon jadik masalah aku ni. Photog sudah tanya byk kali bile mau buat ini photoshoot. jap, jap, sedang fikirkan tempat yg cantek.

tempat tempat yg agak best utk outdoor or pre-wed photoshoot:

1. Bukit Bintang di waktu malam
2. UPM (Padang mereka sgt cantek) - ni adalah pilihan di hati, tp yg lain pun cantek!
3. White Studio - mereka yg suka beraksi/berposing sakan adalah sgt digalakkan memilih white studio.
4. Putrajaya - memang cantek dan sgt urban
5. Dataran Merdeka - sape suka bangunan yg antik2 seperti aku, dataran merdeka adalah cantek
6. Air terjun - telah terberangan nk buat outdoor kt hutan yg ada air terjun tp.. adakah sg buloh itu mempunyai tempat sebegini rupa? owh, batalkan saja niat itu :(
7. Bercanda di pasiran Pantai
8. FRIM
9. Colmar Tropicale -French themed
10. Taman Permainan belakang umah korang - jangan ingat x cantek pulak. hasil sgt memuaskan, yg penting photographer tersebut, terer ke x.
11. Zoo Negara
12. Taman Metropolitan Kepong - tempat main layang layang tu
13. yang lain sila tambahkan k hihi

Jun 12, 2009

DIY kad kawen

adalah sgt lama telah berangan utk design kad kawen sendiri. jadi, aku boleh tunjuk dgn anak2 kad kawen yg aku buat sendiri ni hahah! (sgt gatal okay, dh berangan pasal anak kau ni!). oleh itu aku dgn nekadnya akan mereka sendiri kad kawen ;). seperti biasa incik tunang menjadi mangsa. aku dah soh dia lukis katun pengantin dh. siap sudah. katun pertama cantek tp more to fun fun, jadi aku soh lukis lain yg nampak lebih pengantin hihi. maka, telah siap apa yg diingini. katun settle! design pulak.

saya suka photoshop! adalah sgt bahagia jika aku bekeje bahagian design2 ni (walopon x handal kan :p). ehem, ehem, design sudah siap. cobaan pertama sudah selesai. dh tunjuk kt mak dan ib (adik lelaki tunggal saya yg sgt suka menyakat. x kuasa nk layan). mereka telah bersetuju memilih design two folded card tu. padahal memula aku nk kad sekeping je, dan dan plak terdesign kad two folded. dan ini adalah hasil tangan keras Hameezah Haminah Rasit (sila jangan termuntah darah melihat design ini. kalau termuntah gak, jgn claim duit obat kt haku)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


walopon design aku x sehebat jentayu, LH creative, dan seangkatan dgnnya, tp aku sgt lah puas. serius, korang akan rasa puas bila korang buat sendiri. rasa mcm x sabar nk kawen. betol, mcm tu la aku rasa hihi

okeh, nk siapkan untuk incik tunang pula dan design utk envelope kad tersebut. incik tunang sgt bersemangat nk kad sendiri juga. sabar ye si jantung hati :)

p/s: mak aku juga design kad kawen sendiri. makanya aku teruskan tradisi, cewah :p

Jun 9, 2009

kecut perut

MASA! sila berhenti! freeze!

kenapa lg 4 bulan? bukan lg 6 bulan eh?

sgt cepat!
ada benda yg tidak berjalan dgn lancar :(
maka aku harus pantas utk menyelesaikan masalah itu!

Apr 21, 2009

pelamin anganku

dh 2 kali jumpe kak nurul discuss pasal pelamin. 1st dgn incik tunang + ibuabah nye. sebelom jumpe bukan main lg, aku dh siap tau dh nk design pelamin mcmane, siap sketch sendiri. pastu dh jumpe, tengok magz kak nurul bawak, trus hilang dh idea2ku. byk tahap pelamin yg cantek2! lg pon aku segan la plak nk bitau pelamin anganku itu kerana ibu dan abah incik tunang ade sekali. kang musti diorg kata "wah, beria nye budak ni, x saba nk kawen la tu". hah, aku gak yg malu. tp memang pon x saba nk kawen hahah! aku biarkan je ibu tunangku itu berdiskusi dgn kak nurul. aku hanya memerhati dan mendengar sahaja. serius, memang lama okay diorg berdiskusi. aku cam "eh, bile turn aku nih?". xpe, xpe, aku kan penyabar ;p. lepas beberapa jam diorg diskusi, turn aku plak. dan dan la plak rupanye kak nurul ade appointment dgn client lain dlm masa 15 min je lg. haru aku nk diskusi. apa yg termampu aku bitau kt kak nurul adalah pasal wedding theme + contoh pelamin anganku yg ada dlm notebook dia tu. serius, aku blur time tu. x tau nk pilih yg mane, byk sgt yg lawa! then i decide to meet her again, pasal aku nk tambah sket kt pelamin anganku tu.

kebetulan pulak sepupu aku nk jumpa kak nurul the next weekend, nk discuss pasal hantaran. jadi, aku pon ikot skali. kali ni mmg puas hati berdiskusi :D

makanya, tunggu aje pd hari yg bersejarah tu nant. lawa weyh pelamin haku! hahah!

cuci cuci mata: