Showing posts with label miCasa. Show all posts
Showing posts with label miCasa. Show all posts

Jun 22, 2011

selamat sudah



alhamdulillah selamat dah pindah rumah baru :). lega dah rumah siap kemas semua eh tak semua sangat ada lagi 2 kotak barang yang tak tau nak letak mana barang barang tu. maklum la kan rumah baru maka byk benda lagi takde hihi. rasanya kene letak dlm store dulu la kot. pening tahap nak kemas barang padahallll bukan banyak mana pon, selori je pon kan. ke selori tu banyak?? eh tak banyak sebab katil dengan almari miqael pon ada jadi space barang sikit je la dlm lori tu. nak mengemas tu kemalasan habisssss. tapi kalau tak cepat kemas serabut tengok. sekarang dah cantek maneeesss dah rumah walaupon boleh kira kot barang apa je ada dalam rumah tu haha. kalau orang datang musti tau la orang ini baru pindah rumah. nak beli semua terus nan ado duit kan. jadi pelahan pelahan la.



ok, lepas ni semua rancangan yang macam deko deko eric tu kene masuk. harapan besar niiiii. mengharap barang free je kau ni kannnn. tapi tipu la kalau korang taknak barang free kan kan kannn. ep ep jangan tipu. berdosa sangat, Allah tak suka. kan musti suka punya dpt barang free. makan free apatah lagi haha. ok tetibe lapar. puasa sebulan pun tak habis ganti lagi camne? meh sini korang tolong ganti sket :p

ok la, gamba dalam rumah nak tunjuk pun segan sebab memang kosong la. takpe, tunggu i dah dapat masuk deko deko eric nanti, i show off ok u ollssssssss haha. ok dah nak berangan kejap.

Jun 14, 2011

berpindah


esok nak pindah rumah dah. berdebar nak duduk sendiri niii. tak tau apa perasaan sebenarnya. nak kata suka tak jugak nak kata tak suka pon tak jugak. tapi semalam mak ada tanya "best kan nak pindah rumah kan? mesti excited kan?". nak tau aku jawab apaaaa? aku jawab mcm ni "tak lah, tak best kot (sambil buat muka sedih). best ke duduk sendiri mak?". entah kan kenapa hati rasa macam tak suka tapi kadang kadang rasa tak sabar. camne? ke sedih sebab nak pisah dgn mak dan adik adik? kannnnn rasanya yang itu la kot. sedihhhhh T___T. tak dapat nak borak borak tetiap hari dah. nak share cerita tetiap hari T___T. mak cakap dulu lepas nikah je mak pindah rumah sendiri. mak cakap mak seronok tinggal sendiri tapi kenapa aku tak rasa eh?? mak dgn tokne cakap aku dah manja sangat dah ni. angah pon cakap macam tuuuu. cis. tapi ye la kot. macam tak best la duduk jauh jauh ni. macam susah nak mengadu haha. padahal kau dah ada suami nak mengadu ngadu kan. ah ngengada la kau. agaknya takot rindu mak kotttt huhu.. takpe, weekend boleh balik rumah mak heeeeee :D

naseb baik rumah mak adalah 20min je. kalau berbatu batu utara selatannnn??? nanges hentak kaki la kot haha over! ok, sekarang kene duduk sendiri dah. semua kene buat sendiri dah. harap harap semua berjalan lancar, amin :)


**haha klaka masa tulis ni pon boleh tak airmata nak titis titis jugak? haha**


ok,
here are some tips yang aku tercuri kat web mana ntah lupa. tips pindah rumah:

1.
Get organized - Moving your house involves a lot of details. From packing to shipping, each step requires thinking, attention and implementation. Get organized by packing things from each room. This also makes unpacking easier as you know where to place things. A checklist is necessary to be systematic.

2. Set family members to motion - Do not embrace all the tasks by yourself. Get the help of family members in packing and labeling. If no family or friend is available to help, get hired help.

3. Pack expensive and breakable items with more care - PCs, antique collections and pieces of art need to be expertly wrapped and transferred.

4. Do not try to move everything - In most house moving experiences, we get to see a lot of useless junk that we no longer use or need. Dispose such items and do not bring them along.

5. Inform important people of your move - Inform bankers, relatives, schools, and your office about your change of address. Cancel local gym and association memberships.

6. Get valuable things insured for the move - Make sure that you have insurance for the most valuable items of your home.

7. Hire movers and shippers - Do not attempt to do the actual moving by yourself. Professional movers are needed and you can actually get very affordable deals without exposing yourself to too much stress.

selamat berpindah rumah meezameez!~

Jul 7, 2010

kecacatan

hari isnin baru ni telah pergi melihat rumah untuk memeriksa kecacatan yang telah dibaiki oleh pihak pemaju. kalau semua beres, kunci boleh amek dah, dah boleh pasang grille, dah boleh cuci rumah, dah boleh pasang lampu kipas, dah boleh survey2 kitchen cabinet, dah boleh memacam la hihi. tapi itu semua boleh dibuat setelah kecacatan rumah sudah dibaiki. malangnya! ada beberapa yang belom settle lagi. tapi takpe, naseb baik minor defect. yang major semua sudah dibaiki. nampak macam ok je yang sudah dibaiki itu. minor defect tu macam:


ada 2 jubin pecah/sumbing: satu kat dining, lagi satu kat family hall atas.
kitorang mintak tukar.

cat pecah pecah kat tepi tingkap master bedroom.
sila cat semula.

tempat kunci pintu master bedroom tersumbing. cacat tak lawa.
sila tukar juga.

ada crack sedikit di tepi tangga. tak nampak sgt pun sebenarnya tapi tak boleh dibiarkan nanti bertambah tambah crack tu.

simen kat belakang dapur tak rata. cacat menggerutu.
sila ratakan.

cat tak rata. berbelak belak. tak suka.
sila cat semula.

simen tak rata. tiada kemasan
sila cantikkan balik jubin tu.

---

sekarang tunggu lagi sehingga kecacatan itu dibaiki dengan jayanya. berharap lepas ni tak de lagi cacat2 dah. tak sabar nak amek kunciiiiiiiii hihi


Jul 2, 2010

hati sedikit gumbira

Developer telah call suami sebentar tadi. yayyyy!!! rumah telah siap. siap dah repair defect yang di komplen bulan lepas. tak sabar nak amek kunci, tak sabar nak tengok hasil pembaikan itu. adakah benar benar memuaskan hati kami? baik! ahad ni harus pegi! esok tak sempat la kot rasanya sebab ada appointment dgn puan doktor :)

Apr 30, 2010

home sweet home :)

tanggal 26 April 2010, secara rasmi kunci rumah sudah dapat! yayyyy! alhamdulillah syukurrrrr :)

ini dia home sweet home. no 24 jalan pulau lumut ape ntah eh dh lupa. panjang sgt la pulak huhu

tapi belum check defect lagi. 15/5 baru boleh check sebab kene tunggu giliran. orang yang in-charge pon 2 orang je, maka tak boleh la nak cepat. takpe, lagi 3 minggu je pon kan. sekarang ni adalah masa untuk survey2 harga grill tapi! sebenarnya telah berangan nak buat plaster ceiling hihi. kalau nak buat plaster ceiling, grill kene pasang kemudian. nak ke tak buat plaster ceiling tu? dilema! tapi kan alang alang rumah nak kotor, apa kata buat aje? :p

checklist masuk rumah baru (yang penting2 je dulu):
  1. grill (nak wrought iron satu rumah, malas nak cat cat setiap tahun- tapi kene tgk brape harga, kalau mahal tak mampu, depan je la yang wrought iron :p)
  2. plaster ceiling (tgk bajet hihi)
  3. kitchen cabinet (nak yang macam KC kt show house Budiman. berkenannnn!)
  4. washing machine
  5. fridge
  6. katil master bedroom
  7. built-in wardrobe master bedroom
  8. sofa for living room
  9. TV
  10. dining set
  11. kipas
  12. lampu lampu
  13. mini bar (buat between living and dining. kalau ada bajet lebih hihi)
tu je kot dulu. nak beli semua memang la kan tak kemampuan. maka sikit2 dulu. untuk bedroom yang lain bebile ada duit la baru beli katil, almari semua. sekarang nanti dulu. baby pun nak barang juga, jadi kene bajet bajet skg ni.

setiap hari berangan macam macam haha! sangat la excited nak deko deko rumah walopon tak sehebat eric leong + rizalman hihi plus! walopon $$$ tak de la beria haha! berangan je lebih ni :p

p/s: takde dah eh rancangan free home makeovers (yg macam deko eric ke deko deko celcom ke)? ini la masanya diorg buat lagi~~



ni adalah rumah contoh (alangkah bahagia kalau free je semua2 yg dalam rumah ni haha):





Apr 15, 2010

adakah?


tadi dengan tetibe tergerak hati nak bukak alam budiman online community. tujuan utama adalah nak tengok tengok design rumah phase baru tu, budiman. nak tengok design bumbung budiman, hari tu tgk macam cantek hihi. saje je nak sebok sebok sebab ederq mau book budiman esok!! yayyyy!!! lihat, aku sudah ada jiran! best best boleh tukar tukar lauk haha!

tapi malangnya tak de gamba pula. hampa rasanya. dan tergatal pulak klik klik link impiana. dannnnn terbaca "baru p SHL kat ampang park tu...ingat nak p bayar interest..pastu die ckp dah blh ambik kunci..so die suh p bayar kat sales office alam budiman...ambik surat2 handover sekali"

maksudnya? kunci dah boleh amek? baru je encik suami call SHL 2 weeks before tapi dia kata awal bulan 5 tapi sekarang dah boleh amek kunci? ok, tetibe macam takot+excited. takot sbb dengar kene bayar interest! owh, $$$$$$. lepas baca forum sampai abes, SHL suruh tunggu je surat. ramai rupanya pagi sales office tanya kunci, org SHL bising bising sebab mana la mereka ni tau dah boleh dpt kunci? terus org SHL cakap suruh tunggu surat. surat dah ada kat posmen katanya haha! marah betol tu hihi

oleh itu, sila jangan bergopoh puan hameezah. bajet kau ada duit tengah tengah bulan ni nak bayar interest? tunggu je surat rasmi SHL tu.

p/s: kenapa la road tax mati tengah tengah bulan. boleh tak kalau tak yah bayar? haha

Apr 27, 2009

yay!!

aku dan incik tunang telah lama merancang utk membeli rumah, before engaged lg sudah terberangan. memikirkan harga rumah sesuka hati naik every year, maka we decide to buy one this year. nk tunggu lelama, harga makin naik, maaf ye, kami tidak mampu kalo dh harga 300++K. kitorang bercadang utk mecari rumah selepas tunang. house hunting! memang harus mencari rumah di kawasan dekat dgn sg buloh pasal... I CANT STAY AWAY FROM MY MOM! hihi. incik tunang juga bersetuju. memang la setuju pasal rumah parent dia pon kt sg buloh juga. 

waktu dating kitorg time tu byk dihabiskan dgn mencari rumah. xpe, masa itu sgt berbaloi, x rasa mcm wasting time pon pasal kitorg memang eager nk cari rumah. dipendekkan cerita, kitorg telah terjatuh chenta dgn rumah ala2 the chocolate factory mr willy wonka!! ape lg, masok rumah contoh la dan terus terpikat lg. aku suka giler design rumah ni, dining n living diorg dh siap seperate kan dh. nk g dining area, naik beberapa anak tangga. aku suka! plus bilik air pon x share utk setiap bilik dan yg penting master bedroom sgt memuaskan hihi :p. trus aku ckp dgn incik tunang, "chop! nk rumah yg ini!". incik tunang pon membalas "sabaaa.. jgn excited sgt cik meeza, kang jadik mcm hari tu, awak jugak yg frust". baiklah..., aku cuba untuk tidak begitu excited. tp! aku x buleh, nk excited jugak! aku memang suka excited lebih2, pastu x dpt frust menonggeng sorg2. kitorg trus masok sales office. tinggal 20 unit lg, lega, lega. a week after, kitorg dtg semula booking rumah. dan yay! kitorg berjaya memiliki sebuah rumah :D

ehem, ehem, rumah kami (berangan sudah) di Alam Budiman(Impiana 1), Shah Alam. Date of completion: end of this year/early next year. kitorg bajet dpt kunci bulan mac kot. masalah rumah settled! next, mengumpul duit untuk membeli perabot rumah. 

rumah contoh alam budiman:

living area

family hall

dining area

master bedroom

kitchen

main entrance