Showing posts with label cuticuti. Show all posts
Showing posts with label cuticuti. Show all posts

Jul 5, 2011

sangat la nakkkkk

yes, i need a vacation!




** brape kali plan ntah, tak pernah nya nak jadiiiii T___T **



Apr 14, 2010

Langkawi

pegi langkawi pon sebab kebetulan soraya a.k.a sepupu berkawen kat kedah. merasa la pegi langkawi. dulu pegi langkawi masa kecik kecik, tak beria sgt. ini adalah percutian keluarga bukan honeymun hihi.. 3 hari di langkawi serius best! walaupon macam tak semua tempat pegi tapi tetap best. best sbb ada island hopping kot? eh ke sebab shopping? haha! island hopping adalah sgt seronok! tapi tu la tak dapat nak snorkeling kerana keadaan tidak mengizinkan (boleh ke wanita mengandung snorkeling? sila la jawab). kalau boleh memang dah teruskan je. takpe, takpe, siap la tahun depan!

tempat berteduh, aseania resort

nak naik bot dah


tasik dayang bunting cantik. banyak sang monyet. comelssss! anak dia sgt comel. nk cubit pipi! tapi bapak bapak dia sgt garang. seekor sang monyet sudah patah jari. kesian tahap! rasa mcm nak tolong balut luka dia. sang monyet tu buat muka simpati ok. kenapa la kau buat muka mcm tu? dia pegang je kaki dia yg kepatahan jari itu sambil ada suara2 kesakitan huhu.. dua monyet lagi tu wah! bukan main lagi buat projek besarrrr depan depan orang ramai nih. hahaha! monyet besar tu macam taknak pastu monyet lagi satu dok la kejar monyet besar tu hahaha! tak padan dengan badan yg kecik tu. hish!

10 minit naik tangga nak g tasik dayang bunting, dannnnnn akhirnya tiba di tasik! cantik!! boleh berenang renang. orang2 dulu kata kalau sape2 yang tak de anak lagi, datang sini minum air tasik dayang bunting. insyaAllah nant dapat baby :). tak tau la betol ke tak, aku dgr je pon org cerita hihi. tasik sgt dalam! dalam dia setinggi 3 tingkat bangunan! encik suami dah berenang renang. aku berendam je sambil tangan pegang tangga haha! tetibe mcm takot pulak masa tu. selalu aku terer je berenang haha perasan betol! fish spa pon ada kat situ. beria la encik suami hulur2 kaki kan, ikan tu tak gigit2 pon. ikan tu kenyang mkn roti orang kasi. cis!


tetibe macam cantik kan? haha!



encik suami berenang renang dengan bestnya

kan, aku pegang tangga kan. seb baik ada geng, chik pon skali takot pegi tengah hihi


emak saya! :)

next island adalah ape ntah nama dia tapi tempat tengok helang la. kasi makan kt helang. ingatkan kite kite la yang kasik helang tu makan rupanya! org bot tu yang kasik, cehhhhh... dia kasi mkn kulit ayam. campak je kulit ayam tu terus berduyun duyun helang datang makan. memula sebelum kasi makan, tenang je tampat tu macam takde helang pon pastuuuuu campak je kulit ayam, hah! amek kau!

si helang sedang menyambar kulit ayam, nyum nyum!

last skali pegi pulau beras basah. air memang cantik tapi maybe sebab panas sgt kot maka tak berenang pon. abes la kulit i terbakar nant hahaha! mengada nak lempang!. kitorang melawat kawasan sahaja.







sebanarnya naik bot tu la yang best! tahap la laju bot tu. takot pon ada sbb bot tu melantun lantun. tetibe risau kat baby. encik suami memang dh risau beria. berdoa je sepanjang dalam bot huhu..


ok, yang best skali adalah makan dan shopping!!!!! ep, bukan sopin pinggan mangkuk itu. tidak gemarrrr. sopin baju la baru best! hihi. owh ya! nant kalau korang pegi langkawi sila pergi naik cable car. aku tak sempat naik tapi sdara mara ckp cable car kt situ best! banyak je tempat lagi yg best kat langkawi tu tapi keadaan tak mengizinkan, tetibe dapat call nenek meninggal maka terus je pulang ke melaka 3rd day tu. oleh itu kawan kawan, pegi la bercuti ke langkawi. best jugak rupanya, dulu aku ingat tak best hihi.




Feb 18, 2010

rome oh rome!

semalam tiket ke Rome sudah di batalkan. tidakkkkkkkkkk! tipu la kalau cakap tak sedih, tak terkilan. tapi apakan daya, percutian yang sangat sangat dinantikan ni kene jugak cancel. wajibul ghunnah! 2, 3 hari jugak la aku dan encik suami pikirkan keputusan batal membatal ni. last decision adalah batalkan percutian ke rome dan venice itu huhu.

kebetulan 2 hari sebelum nak amek tiket tu, kawan encik suami telah bertanya : "jal, kau jadi g rome?"
suami: "jadi, bulan 3 ni kitorg g"
kawan: "oooo.. isteri kau pegnen brape bulan dah?"
suami: "3 bulan dah"
kawan: "aku cancel g london"
suami: "hah? kenapa kau cancel?"
kawan: "isteri aku pegnen, aku tak berani amek risiko. 3 kes dah jadi depan mata aku. kakak ipar aku pegnen 5 bulan, naik flight, pastu gugur. siap dh ty doktor, doktor ckp boleh. pastu last last lain plak jadi. kawan aku pun kes yg sama. sepupu aku pun kes sama. aku tak berani"
suami: "ye ke weyh? adehhhh"
kawan: "tak, aku tak soh kau cancel. aku bitau je. terpulang la kat kau"
(terus je suami call si isteri. ok, masa tu terus dh tak best nak g bercuti)

satu hari la jugak aku pikir nak main redah je ke atau pon cancel. nak pertaruhkan nyawa baby? serius sangat tak berani. masa tu pulak baru lepas checkup. dh nampak tangan, mulut, hidung, kaki baby semua bagai. lagi la tak sanggup nak amek risiko. tapi hati macam nak g rome. DILEMA! kebetulan pulak sejak dari tu macam macam cerita lagi kitorg dengar.

pastu jalan terbaik adalah bertanya kpd mak. cerita la kat mak pasal benda ni. mak nasihat suruh hold dulu g rome. mak cakap kita pun tak tau nasib kite mcmane. sekarang dah dengar cerita macam tu. macam macam boleh jadi. memang kite taknak benda ni jadi. tapi kalau g jugak pastu katakan, katakanlah benda ni jadi. rasa rasa menyesal tak? padahal kite dah tau dah kemungkinan ni akan terjadi. mak cakap, jangan sampai rasa menyesal, tak guna dah masa tu. tiket tu next year pun ade lagi. tak lari rome tu. baby? awak pikir la mana satu lebih penting.

fuh! masa tu macam terus je hati cakap JANGAN PEGI!. terus malam tu bitau suami keputusan. kitorang sebulat suara batalkan percutian itu. maka tak dapat la ke rome tahun nihhhhhhhhhhh :(

takpe, next year kalau panjang umur (insyaAllah), pegi sana. oleh itu itinerary ni tak boleh buang lagi. bersemangat 2 hari buat itinerary tu. simpan utk next year :)

cuti cuti malaysia je la kan,kan. best jugak ape. sedapkan hati. haha

Dec 2, 2009

setelah sekian lama hihi

lama tahap tak hapdet blog ni! tak faham kenapa sangat berat tangan nak menaip. haish, dasar pemalas kau nih! ok, sekarang terasa rajen nak menaip sambil mendengar lagu girls just wanna have fun by cyndi lauper dannnn sambil menikmati chocolate van houten nyum nyum. bersemangat!

cerita pertama:

i have been married for 3 weeks and 5 days. almost a month! i'm a wife to my beloved husband,
the other half of me, mohd sharizal bin shaarani.i love you sayang! i love you more and more!

perasaan bila dh kawen? pasti la seronok+best+suka+semua yang positif hihi.. bila dh HALAL, kalau keluar tengok wayang ke, jalan jalan ke, makan makan ke, rasa bebas gile! xde la mcm dulu dulu. tipu la kalau aku ckp aku tak pegang tangan bila keluar berdua. mcm couples yg lain jugak pe. ok,ok aku tau berdosa tp tu la kan. nama pun manusia, pasti ada yg salah punya. aku tau mmg ada couples yg keluar berdua maseh lg jaga tatasusila dan adab. bagus bagus, teruskan dgn sahsiah diri korang itu. tabik spring toink, toink! jgn jadik mcm aku hihi..

serius sangat lega lepas kawen. bila dah SAH je, rasa semua yg berat berat kat kepala jatuh berguling guling. ringan gile kepala, satu badan! tak payah pikir macam macam dh. hati gumbira tak terkata hihi.. maka saranan kepada kawan kawan yg belom berkawen: cepat cepat kawen korangggg! jgn tangguh tangguh. buat je apa yg termampu. jangan grand grand tp berhutang, haish (geleng kepala). pada mereka yg belom ketemu jodoh, dun worry, pasti ada punya jodoh utk korang. apa yg boleh korang buat adalah berdoa, berusaha dan bertawakal. plus errrr..jgn memilih sgt kot huhu.. pasti la tiada yg perfect. kite pon tak perfect bukan ;)

sila menikmati gamba kawen walopon telah basi 3 minggu hihi

nikah:



sanding:



bertandang:



cerita kedua:

honeymoon oh honeymoon! org melayu ckp bulan madu. sgt la ramai bertanya "meeza, honeymoon mana?". erk, belom kesempatan lg utk berbulan madu huhu.. kesibukan kerja haha! kunun. tak, bukan sbb itu. pasti la sebab bajet kawan kawan. tak kesah pun nk honeymun mana asalkan BERDUA! errr.. tp kesah sebenarnya :p.

dlm kepala sangat la banyak tempat nak pegi tp tu la kan, D.U.I.T., seblom kawen tak nak kumpul duit banyak banyak, sekarang gigit jari la kau huhu.. tak pe, tak pe, bulan 1 kan kite honeymun kan sayang? (anggap je jawapan suami: YES. hihi). sempat lg mengumpul duit. eh chop, tahun ni ada bonus kan kan? tolong lah ada! harapan tinggi menggunung. dh berangan habis ni...

semoga impian menjadi kenyataan! cepat la bulan 1! kad nikah tak dapat lg, jadi sila berhenti berangan (T_T)

Jun 27, 2009

b.a.n BAN, d.u.n.g DUNG, BANDUNG!

vacation was on 18th june till 22nd june 2009
gamba x dapat upload semua, internet sgt slow! menci! more picas @ www.facebook.com/meezameez
enjoice!!

the tour :)


ketibaan - 8pm (waktu bandung)


Tangkuban Parahu
sini adalah best. tp! sgt ramai yg menjual brg datang soh beli2. itu x best, aku rimas.
psstt.. gita gutawa sedang shooting di situ


bertopi itu adalah Gugun, tour guide kt tangkuban



gerai jualan. aku malas nk berenti tgk sbb kompem terbeli. jadi butakan mata.
teruskan perjalanan ke kawah.


saje bergambar. si gugun sgt suka suroh kitorg pose


ayu bukan? HARUS la!! hahah!


si adik mau juga. jeles dgn keayuan kakaknya bergambar disitu


kawah gunung berapi, Tangkuban Parahu
sila kesini dan pastikan korang turun ke kawah, best!



main main dgn lumpur volcano adalah wajib.
owh ya, sape ade acne problem, sila berlumpur. mujarab okay
Gugun cakap siti nurhaliza selalu dtg sini beli mud volcano ni


pokok yg hy terdapat di tangkuban parahu. pokok ape ntah eh, lupa nama.
cantek pasal design dalam mcm batik.


Bandung Exclusive Textile, Pasar Baru
sian mereka ini, sgt rajen melayan kerenah bakal puan ini. bagus, bagus, ujung tahun dpt bonus!
owh ya, ini bukan kain utk di hari persandinganku


minum dulu! keletihan memilih kain


alleyhostel a.k.a homestay
2 malam stay sini dan sgt best! x perlu aircond2 sumer, kipas x payah pon xpe,sejuk. selesa :)


ib dan pak setia a.k.a supir kami


Heritage FO


Gasibu a.k.a pasar minggu


Gasibu lagi


rehat sebentar lepas perabih duit di Rumah Mode. shopping sini best! seb baik pikir bajet kawen, x jadi borong semua :p


Pizza hut Bandung
menu pizza memang lelain eh setiap negara? apsal diorg punya menu lg best?


sale pisang keju dgn kerepek tempe sini sedap! sila beli


Cihampelas Walk
konsert Vote Komodo national park for new 7 wonders. sedang melihat Tompi menyanyi nyanyi.


very young kan? isnt she? hahah!


le petit Paris


si peminta sedekah
eh, bukan kami, yg tengah itu.


Cihampelas hotel 2
2 malam lg stay di sini, rm80 semalam


selamat tinggal Bandung! saya rindu MALAYSIA!
psstt..rindu incik tunang sebenarnye hihi. 5 hari terputus hubungan okay, maka tidaklah sebegitu gatal kan? kan korang?


penutup dan rumusan:
SILA KE BANDUNG! best! kaum hawa pasti suka ;)