Mar 17, 2012

berlari dan jatuh


suatu petang encik Miqael main kejar kejar. orang dah cakap dah, Miqael jangan kejar kejar sangat nanti jatuhhhhh. dan memang ye pon. jatuh la si hero satu ni. jatuh kali pertama dia lek je. siap sambung main lagi. jatuh kali keduaaaa?? menanges terus haha. sebab calar balar dah lutut dia. lepas pujuk dia ok dan lepas tu boleh tak sambung main balik? "-____-"


agaknya luka ni gatal ke eh? sebab selalu sangat garu garu luka dia tu. haih. sekarang ni pakai seluar panjang je la sebab taknak dia garu garu. tak pe la luka sikit je. kata HERO kan heheh. dulu ummy kecik kecik siap jatuh eskelator. kau ade? kene tolak ok. malu tak terkata. kecik kecik pon tau malu dah masa tu. memang tak tegor dah orang yang tolak aku tu. tapi dah besar ni ok je dengan orang itu. kamceng gitew hihi.

eh semalam kan abah Miqael nak pegi surau maghrib tu, Miqael macam biasa dia orang pertama dah standby depan gril. bukak je gril tu dia pon keluar sambillll mengazankan diri haha. "awaaaaaahhhh... abar". kuat ok. masa tu kan maghrib maka senyap sunyi je luar rumah tu. memang suara dia saje. sampai abah dia pegi surau dok azan haha. Miqael, miqael...



ni pun feveret ni. pantang nampak kasut bersusun kemas.


ok, ni hasilnya. dia nak kasut dia je kat atas tu "-____-"





Mar 16, 2012

gantung gambar bolehkah?



tetibe hari ni macam nak share banyak benda dengan uolsss.

sebabnya rasa PERLU untuk dikongsikan bersama.

macamni, aku kan baru pindah rumah kan. eh takde la baru sangat. nak dekat 2 tahun jugak. biasa la kalau dah duduk rumah sendiri harus nak deco deco eric leong. berbulan bertahun sktech pasal deco deco ni tapi adonye sampai skang. tak de ape pon yang deconya haha :p

hajat di hati kununnya nak la kat wall naik tangga tu letak gambar family. siap tunjuk kat suami nak letak, susun macam mana. dannnnn pada suatu hariiiii, terbaca pasal gantung gantung gambar kat rumah malaikat rahmat tak masuk rumah! tetibe terkoma 3 jam. Ya Allah! naseb baik tak gantung lagiiii.

gambar yang dimaksudkan adalah gambar yang bernyawa macam gambar manusia, haiwan dan sewaktu dengannya. kalau gambar kereta, pakcik menang motor tp bukan pakcik tu, gambar motor ke, pohon beringin tegaknya tinggi ke, takpe. itu boleh je. gantung ayat ayat ke kata kata hikmah, haaaaa itu boleh.

jadinya disini, kalau korang ada gantung gambar bernyawa kat rumah adalah lebih baik diturunkan, simpan je dalam album gambar. beli je photobook kat groupon. murah pon murah. tengok beratus kali pon takpe.

klik SINI boleh baca dengan jelas lagi terang kenapa tidak boleh menggantung gambar bernyawa di rumah :)
ada beberapa link lagi yang aku baca, ustaz azhar idrus pon ada cakap pasal ni. oleh itu toksah lagi gantung gantung gambar bernyawa di rumah ok.

*mak pernah pesan dulu tapi kenapa degil kau ni eh?*



Jangan Jangan dan Jangan


Happy Friday uolssss! saja nak share share ini dengan uolsss :)

JANGAN dalam Islam;

  1. JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.
  2. JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
  3. JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna
  4. JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
  5. JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.
  6. JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
  7. JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
  8. JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.
  9. JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan. Kita hilang bahagia.
  10. JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
  11. JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.
  12. JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
  13. JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.
  14. JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
  15. JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
  16. JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.

*tapi yang JANGAN tu kekadang kite buat*






Mar 15, 2012

Jungle Gym!


tadi blogwalking tetibe ada satu post kat satu blogger ni pasal jungle gym! memang dah lamaaaa teringin nak bawak miqael tapi tak pegi pegi kan. biasala ummy miqael ni merancang bukan main tapiiiiiiiiii :p

ok mommiesss! jungle gym dah ada kat The Curve!! eh ke semua dah tau? hahah ok ketinggalan keretapi aku ni. tak pe, musti ada yang tak tau tapi buat buat cakap dah tau. Miqaellllll, next week kite pegi okkkkk!!! this week tak boleh sebab gaji tak masok lagi hihi. ok details pasal Jungle Gym:Yukids Island ;

Entry prices for unlimited play: RM20 Weekdays | RM30 Weekends

Location: 2nd floor at The Curve in Mutiara Damansara

Opening Hours: 10am-9:30pm 7 days a week

Conditions:
Children must be accompanied by one parent
Open to children up to age 9







JOM PEGI JOMMMM!


*gambar ihsan dari google. i edit edit je heheh*


ehhhhh chop!

groupon tgh offer Mega Kidz yang dekat Mid Valley tu. yayyy! 36% diskaun.

klik SINI kalau korang nak tengok offer ke nak beli ke
eh kejap, MegaKidz utk anak anak umur 2-12 thn sahaja tau.



bubur ayam labu


miqael sejak 3 hari ni suka makan bubur la pulak. kalau kasi nasi biasa tu dia taknak sangat. kalau buat buburrrr, laju je. tapi confirm esok lusa nak nasik pulak taknak bubur dah. pandai jemu dah sekarangggg. tapi ROTI tetap dihati. kat rumah tak boleh takde roti. jadi dah 3 hari ummy masak bubur untuk miqa. hari ni bubur ayam labu je hihi.

bahan bahan:

bawang merah (hiris)
bawang putih (cincang)
halia (tumbuk)
labu (tak kisah potong camne pon)
isi ayam (cincang)
celery stick
beras

caranya:

tumis bawang merah, bawang putih dan halia sampai naik bau.
masukkan air,beras yang telah dicuci dan ayam.
lepas beras dah bertukar jadi nasi, masukkan labu dan celery stick.
masak sampai jadi bubur dan labu lembut.
siap! boleh dimakan begitu saja!