Jan 27, 2012

1st time miqa mandi sungai

miqael pentakot air sungai yg sejuk itu. kat rumah pantang mandi, taknak keluar bilik air, kat sungai taknak la pulak huhu.. adoiyai miqa. taknak rendam badan ok. cikngah dia simbah simbah air dia suka. tapiiii bawak masuk dalam air, siap angkat2 kaki haha. badan gigil gigil hihi. takpe, duduk je la kt batu tu miqa oiiii... ummy dgn abah nak selam selam.



excited!


sejuk ummyyyyy


suka cikngah simbah simbah air





terlebih excited


tumpang pose eh miqa hihi


tak kasi abah turunkan dia. pelok kuat kuat



sampai hati miqa tolak ummyyyyyy


hah! masuk jugak tp miqa pandang x puas hati haha


tetap taknak turun haha




cerita seram hospital putrajaya!


tidak ketahuan nak kategori cerita seram ke tak. ke cerita jijik?

gini, pekerja adik aku pingsan kat taska. then adik aku pon bergegas la kan pegi taska nak tgk pekerja dia. sampai sana call ambulance ne no ne no. ok fine, ambulance sampai cepat. masa tu gadis tu dah separuh sedar dah tapi still jugak la kene hanta hospital. then nurse lelaki ni, LELAKI ok, angkat dia masuk itu ambulance. lepas tu harus la kene teman kan dlm ambulance kan. sbb memang syarat naik ambulance, seorang waris atau rakan ke kene ikut sekali. nak pulak nurse itu adalah LELAKI!! berdua tidak baik nak pulak lelaki dan perempuan. lelaki tu boleh cakap "tak dibenarkan sesiapa teman. ni procedure baru hospital". semua kat situ dah pelik dah. jiran sebelah yg tolong tadi pun marah tanya apsal pulak tak boleh ikut masuk? semua dah stresssss! lepas penat argue sana sini, tak pe la, diorang pon macam ikut je la nurse lelaki tu cakap. agaknya memang procedure baru la kot. adik aku pon ikut je la belakang ambulance.


sampai sana, lepas habis check tahap pertama tu, pekerja adik aku nanges nanges cakap dia kene RABAAAAAA!! atas dan dalam seluar!!! LELAKI bongok tu masukkan tangan dalam baju dan dlm seluar budak tu. kau rasa nak bunuh tak lelaki tu? gile seks! adik aku apa lagi, report la kat hospital tu kan. siap tanya kat hospial, memang tak boleh teman ke sorang naik ambulance? hospital siap cakap "boleh teman, memag procedure kalau naik ambulance memang kene ada orang teman". haaaa nampak sangat lelaki buduh tu dah pasang niat jahat kan. adik aku pon cerita pasal kejadia tak bermoral tu kt hospital. nak tau tak hospital cakap ape? "owh ye ke? takpe, nant kami siasat" eh macam tu je? adik aku pon nak mintak nama pekerja lelaki tu sebab nak report polis. pihak hospital cakap "eh takpe tak payah buat report". korang rasaaa?? kalau la i yang ada kat situ kannnnn. hish geram!

tapi nasib baik sorang lagi pekerja tu hafal no ambulance dan muka lelaki buduh itu. terus la report pulis! tp kan tu belum habis lagi. masa doktor tgh check budak tu kan, lelaki buduh tu ada skali sbb dia yg handle budak tu kan. wah, masa doktor ty budak tu, lelaki buduh tu siap bulatkan mata macam bg amaran. budak perempuan tu takot la kan. doktor kasi gas kat budak perempuan tu n lelaki buduh tu yg pegangkan gas tu. n guess wat?! bile doktor cakap "cukup la gas tu, boleh bukak dah". lelaki buduh tu taknak tanggalkan ok. siap tekan lg topeng gas tu kat muka budak tu. doktor siap ckp kuat2 "eh dah la, bukak". kawan budak perempuan tu siap jerit "woi! dah la!!". baru la dia bukak. eh geram gile!!

sekarang, report pulis dah buat. tak tau la macamna kesudahannya, tp uollss kene ingat kalau ada family ke kawan ke sesape la yg kene naik ambulance, harusla berteman. jgn biarkan org sakit sorang sorang dlm ambulance. bahaya! malang tidak berbau~

*nak sangat lempang kuat kuat sampai berdarah mulut hidung lelaki buduh itu*



Jan 22, 2012

raji eh awak ni miqa

anak bujang i yang rajin hihi.
penyapu, vacuum, mop adalah benda feveret dia. wah pantang nampak org nak sapu ke vacuum ke mop ke, mestiiiiiii nak sebok jugak buat. terpaksa la jugak kasi sbb nanti dia menjerit sampai rumah ujung tu dengar. ummy redha je miqa..


camni nak sapu, amek penyapu


sapu bersih bersih


ha,faham tak saya ajar niiiii



oh lupa pulak, miqa suka tumbuk tumbuk jugak. sebelum dia nak tumbuk, dia biarkan ummy dia tumbuk kejap dulu sbb dia nak menari. dia ingat muzik la kot bunyi batu lesung tu haha. lepas tuuuu, "nak ni, nak ni'. zzzzzzz

tempoyak ikan patin slurp slurp!

ni dah kali kedua masak tempoyak ikan patin. saja cuba cuba sbb gile suka ikan patin. siap hirup hirup kuah tempoyak tu ha. ceh, ingatkn susah masak tempoyak ikan patin ni, rupanya pejam mata je ok haha belagak tak.

senang je, meh sini tgk resipi dia

bahan:
cili padi
kunyit hidup
daun kunyit
asam keping -sekeping je
tempoyak
timun cina
ikan patin

cara:
blend cili padi dan kunyit hidup.
masukkan dlm periuk yg berisi air.
masukkan daun kunyit (ramas2 sket daun tu), asam keping, tempoyak dan ikan.
lepas mendidih, masukkan timun cina tu. kalau nk letak garam, silakan.
dah siap!

kannnnn senang kan? ok sekarang pegi cuba!



Jan 21, 2012

pembuka selera tahun 2012

fuh fuh fuh (meniup habuk habuk yg banyak lg degil)

hello duniaaaaa! gile lama x menulis sini. selalu i tulis for magazine je haha. hari ni tetibe dgn semangatnya telah tergerak hati utk kembali menulis. dulu ada sbb kenapa tidak menulis sini. biasa la, i busy... sana sini show. kau ada? eh tp kan macam kekok kekek eh nak conteng conteng sini balik. tak pe, kite mulakan dgn bismillah (tadah tgn mata kebawah)

kite start dgn cerita sedih lg pilu. mak memang tak tahan kalau bab bab baby ni. baru je td baca paper pasal baby 3 bulan n 7 bulan meninggal kt taska akibat tersedak susu. tp rupanya KKM cakap meninggal akibat disyaki jangkitan kuman. 2 baby meninggal kt taska yg sama? confirm owner taska tu gigil kaki kecut perut.
bila tgk gamba ni lg sebak. korang tgk mak dia, tgk ayah dia. ish sebak.
tak boleh la nk bayangkan.

biasa la kalau kat FB tu ada je la org komen kat gamba tu kan. ada satu komen tu mcm x releven langsung! motif kau???


e'eh kau ni. semua tau bf is the best. masalahnya apa kene mengena pon. kalau mak baby tu bf pon confirm la dia kasi dlm botol jugak kan. dah nak kene hanta ke taska. nama pon bekeje, kau ingat t*t*k dia boleh tinggal kt taska keeeeee?? sila la faham perasaan ibu itu.. tetibe i yg geram. motif tak de langsung. kau tak pe la..., tak keje boleh sendiri susukan anak... naseb baik u bukan kawan i. kalau tak i cili cili tgn u. sesuka hati nak komen yg tak bermotif.

ok, cukup la utk coretan sikit ini. semoga esok lusa i rajin uollsss. ok daaa~~

lama tak publish gamba anak eh. little miqa is 1y5m! "kiqa, kiqa..." suka sebut nama sendiri kiqa. haih...