Mar 1, 2011

hari pertama

ok sekarang sudah bermula lah. hari ini adalah hari pertama ma maaa. ada lagi 29 hari lagi. banyaknyaaaaa.

hari ni adalah hari pertama mengganti puasa hihi. memang niat nak ganti puasa bila Miqael dah start makan. jadi dia tak bergantung sgt dengan susu ummy ni. dah makan senang sket. takde la dia lapar nanti :).

makanya, bermula 1 Mac 2011, saya, hameezah haminah rasit bermula mengganti puasa. semoga tabah menghadapi ujian haha macam tak pernah puasa pulak. ok, selamat maju jaya kepada diri sendiri!

dua puluh sembilan hari lagi!

Feb 25, 2011

hujung minggu itu

ok memang dah lama tapi nak cerita jugak. last weekend eh tak jugak, kira weekend yang 12/2 tu. weekend itu sedikit kesibukan. sabtu adik ipar bertunang dan ahad ada kenduri kawen kat pulau indah. hari sabtu tu jugak fati berkawen tapiiii tak dpt pegi sebab adik ipar bertunang. sorry eh fatiii huhu.. nak bercerita adalah panjang dan kebetulan pula adalah sedang kemalasan menaip tapi hati mahu menulis maka kita tengok gamba je ok hihi

shima @ SIL mentunang :)

sebelum ditunangkan hihi. itu cincin risik sik sik :)






mari menshow off cincin hihi




shima dan suami eh bakal suami heheh ;p

miqael anak ummy takde rambut :p






ina sandingan
tahniah inaaaaa :)


beria ok Miqael tengok ina haha! fine, ummy tau aunty ina cantek hari itu :)



abah & miqael :)


ok, sekian :)


Feb 23, 2011

anak bijak!

ok dengar sini, cikgu nak cerita. ini serius. jangan main main. tengok, muka cikgu serius je kan :p

tadi mengoogle pasal flashcard for baby. Miqael sudah 6 bulan jadi ingatnya mau membuat flashcard sendiri. tetibe terjumpa website yang superb best! ok, aku baru tau newborn baby pon kita boleh tunjuk flashcard kat diorg. ia dipanggil infant stimulation card. rugiiiiiii kenapa la tak mengoogle dari awal huhu. kalau tak, best je boleh main tunjuk2 kad dgn miqael masa baby dulu. eh ke korang memang dah tau? ok fine, fineeeeee.

kepada bakal mommies and mommies, sila lah ke website brillkids! korang register je as a member. free je pon. then korang boleh download for free flashcard tu semua. berbaloi baloi!

jom jom ajar anak kita kenal ABC 123 hihi

*sedang bersemangat membuat flashcard utk Miqael*



yay! henpon baru hihi

mendedikasikan post ini kepada hanisah haminah rasit @ angah :)

v
v
v
v


thank you angah for belanja me a handphone hihi. macam tau tau aje along memang nak tukar henfonnnn. semoga rezeki angah bertambah murahhhhh, amin :)


thank you angah sayangggg! muah, muah!

*speechless*




Feb 22, 2011

melawat che'de

miqael suka berkawan wan wannnnn! hari isnin tu bawak miqael pegi taska che'de kat putrajaya. saja nak tengok taska yang baru angah beli tu. tetibe jeles dengan beliau sebab umur 23 dah buat bisnes. takpe la rezeki angah :).

ok bersambung. memula je masok muka miqael macam konpius sebab ramai budak2. mungkin dia berkata "apesal ramai sgt ni? apa kecoh kecoh ni?". selama ni kan kat rumah tu dia sorang je la baby :). tapi bila dah lelama kat situuuu, wah! excited lompat lompat. budak budak kat situ pulak suka melayan. siap nyanyi2. lagu enjit2 semut pon keluar haha! budak budak tu keliling miqael, main main dgn dia. suka la diaaaaa org kasi perhatiannnnnn.

ada satu budak ni umur dia dlm 4 tahun la kot ke 3? lebih kurang la. nama dia wijdad. muka dia ala ala korean, comelll! masa kasi miqael mkn bubur tetibe dia dtg ckp dia lapa. pastu bitau la angah yang wijdad ni lapa. rupanya! baru je 10 min lepas dia mkn haha! pastu wijdad ni boleh ckp "nak makan mcm ni" sambil tgn tunjuk kat bubur miqael haha! kesian pulak tgk, suapkan la jugak kat dia. ty dia sedap tak? dia ckp sedap tapi sekali tu je la dia mkn. tak dtg minta nak mkn lg haha! nampak sgt tak suka kot bubur tu hihihi..

miqael sekarang dah 6 bulan :). sudah pandai duduk sendiri. beria nak duduk hihi. sekarang dah start nak panjat panjat. nak berdiri la kot. dia dh pegang dinding nak cuba berdiri. kalau dlm playpen dia tu, beria cuba nak berdiri hihi. gigi yang 2 batang tu dah jelassss kelihatan hihi. comel :). hari tu checkup, doktor tanya miqael dah boleh buat ape. bitau la doktor sekian sekian sekian. doktor cakap miqael advance baby haha!

alhamdulillah miqael tak kuat menanges. senang nak jaga si kecil ummy ni :). dia nanges kalau kepala terhantuk ke, itu memang kuat dia nanges. sedih ok tengok dia nanges. tak penah penah menanges tetibe menanges beria. sedihhhhh! kalau nak susu dia macam merengek rengek sket je.

selama 6 bulan ni, ni la kali pertama miqael demam huhu.. demam kene cucok kot? ke berjangkit dgn ummy? sebelum ni kalau kene cucok tak penah pulak dia demam. agaknya sebab kali ni cucok 2 kali kot? tapiiiii tak serupa org demam. melompat lompat, ketawa ketawa. eh ummy dgn abah pulak risau. saket ke tak ntah. alhamdulillah lepas dua hari demam miqael pon baik :). senang hati ummy! yay! :D







ini dia Wijdad! :)

menshow off gigi hihi

byebyeeeee nak balik dahhhhhh


eh chop! meh tengok video saya meh. saya ramai kawan tauuuuu haha!



*budak baju cokelat tu beria suruh miqael tarik rambut dia "tarik rambut abang, tarik rambut abang" hihi
*kesian tokma penat pegang miqael beria lompat lompat