Apr 19, 2012

MIQA's Collections


Assalamualaikum semua :)

ni nak ajak kawan kawan shopping kat kedai online baru kami (me n my sister) hihi.. JOM LA KORANGGGGG. kami ada jual pelbagai jenis tudung dan kain. nak raya dah kannnn, apa kata beli tudung dengan kain kat sini ;). murah murah je. kalau ada kawan kawan, tolong promosikan sekali ye.

kami baru je nak berjinak jinak dengan bisnes ni. harap dapat beri sokongan kepada kami. kepada sesiapa di sini nak beli, kita kasi diskaun. cakap je tau iklan ni dari blog ini. insyaAllah kami akan berikan diskaun ;)

meh la LIKE page ni: MIQA's Collections


ni antara tudung dan kain yang kami jual:

tudung bawal 3 tone (grade A) 

tudung chiffon lining (chiffon grade A) gamba yang tudung chiffon diamond tak upload pulak pic. tgk kat page eh :p 

bawal corak bidang 48' dan 45' 

inner ninja bersilang dan biasa 

kain cotton sulam 

kain sutera vietnam 2 tone. kain dia lembut dan sejuk! suka :) 



jadi mari beramai ramai LIKE page kami eh hihi.. kalau shopping sini lagi la besttttt haha. 

happy shopping korang!
terima kasih kerana sudi menjenguk dan LIKE page MIQA's Collections :)

*kisskiss&bighug*


Apr 10, 2012

Mendidik Anak-Anak


Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak


1. Kesilapan pertama: Kurang BerdoaKurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)


Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.


2. Kesilapan kedua: Banyak membaeri belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.


3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.


4. Kesilapan keempat: Menegur mereka secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.


5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.


6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
* Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)


7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.


8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas
* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.


9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah
* Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.


10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak
* Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.


11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
* Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.


12. Kesilapan keduabelas: Berrtengkar di depan anak-anak
* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.


13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah
* Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.


14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton
* Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.


15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak
* Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)



Apr 9, 2012

1y8mo



anak ummy dah setahun lapanbulan, alhamdulillah :)


kejap je kan. nak masuk 2 tahun dahhhh. pantas masa. alhamdulillah miqael sehat, aktif, selera makan. miqael suka buat ummy ketawa. dia adalah seorang yang kelakar. macam macam ah miqael ni. ada je la dia buat suruh kita ketawa.


kalau tak layan dia main ke, tak tengok dia main ke, nanti tengah dia main main tu dia datang kat kita lepas tu cakap "muah, muah". maknanya dia nak kiss kite haha. kang tetibe je dia datang kiss kita.  kalau kita tengah berdiri ke duduk atas kerusi ke, dia tak sampai nak kiss, dia paksa ok kita tunduk ke hape ke sampai dia boleh kiss haha. lepas tu baru sambung main balik. macam macam. 


dah boleh kire 1-10 dah. ok la tu kan. pelat pelat pun ummy faham hihi.. ni ipad dia dah sehat maka dia dah tak bosan sangat. sesekali boleh layan ipad. hari tu ipad masuk wad, skrin rusak T___T. seb baik ipad tu cikde dia yang beli :p. kalau ummyyyy?? ummy dera miqa tau haha. sekarang miqael ada mainan baru tokma dia belikan. untung la budak budak zaman sekarang eh. memacam ada. tokma belikan miqa kereta kecil warna merah ponnnn ponnnn. memula miqa macam terkejut sebab eh tetibe kereta tu jalan bile dia naik haha. chu ib dia la, terus remote kasi jalan. miqael ni kene cari mood dia dulu. kasi dia warm-up dulu dengan benda baru. sekarang niiii??? setiap hari kene naik test drive. kaki tak sampai lagi nak bawak sendiri kereta tu maka kita la kene control guna remote tu. dia suka je la kan. thank you tokma :)


 kaki taknak turun ok

 yang ni memang suka kan miqa

 semut mati miqael buatttt

-----

gambar yang bawah ni masa photoshoot free yang bulan brapa ntah lupa hihi. kene bangun pagi, anak bujang i memang gagal bangun pagi haha. terus mood ke lauttttt. plussss padang lapang je dia kebusanan. lepas photoshoot jumpa playground?? terus taknak balik  -____-






dah setahun lapan bulan pun rambut tetap maintainnnn. takpe, esok kalau besar pun rambut macam ni, kita pergi YUNAM hair care ye nak... :p



Apr 6, 2012

budak rajin :)

vakum rumah suka, sapu sapu suka, mop pun suka. senang keje ummy macam ni. harap sampai besar tau Miqa hihi. senang nanti dah besar boleh tolong buat keje keje tu.






memang tak la jirus pokok kan miqa kan -____-

"kill the spartannnnnn"


sayang Miqael banyak banyakkkkk~


Apr 5, 2012

homemade fishball soup




semalam  masak ini untuk Miqael. makan sampai licinnnnn. nasi masak untuk dia pun habis dia makan. Miqa kalau makanan bersup sup memang feveret. jadi ummy senang jugak nak kasi dia makan hihi. tapi tetap jugak kalau nampak kite makan nak jugak makan. padahal dah makannnn. dia makan macam kununnya dia tak makan lagi haha. takpe, asal selera makan ada, alhamdulillah :)

ok, ni nak share resipi homemade fishball soup.


bahan bahan:
  • bawang merah *tumbuk
  • halia *tumbuk
  • kayu manis
  • bunga lawang
  • labu (nak letak carrot pun ok. ni pakai labu sebab dah banyak hari Miqa makan carrot hihi)
  • tomato
  • brokoli
  • homemade fishball

cara penyediaan:

homemade fishball:
  1. ambil isi ikan tenggiri dan gaul gaulkan dengan black pepper.
  2. bulat bulatkan macam fishball tu.

sup:
  1. tumis bawang merah, halia, kayu manis dan bunga lawang sampai naik bau.
  2. masukkan air (ikut suka hati nak banyak mana).
  3. masukkan labu dan tomato.
  4. kemudian masukkan homemade fishball.
  5. biarkan mendidih kemudian masukkan brokoli.
  6. siap dah :)