nyum nyum! lazatttt!! harus cuba uolsssss
senang je buat ayam ungkep ni. rasa dia macam lebih kurang rendang. rasanya kalau raya pon boleh jugak kot ni ganti rendang :p
bahan pun tak sebanyak rendang kot. meh tengok bahan nak buat ayam ungkep ni:
2 atau 3 orang makan;
- 6 ketul ayam
- 4 biji bawang merah *
- 3 biji bawang putih *
- 1/2 inci halia *
- 1/2 inci kunyit *
- 10 biji cili padi merah *
- 1 camca besar ketumbar *
- 1/2 camca teh jintan kasar *
- 1/2 camca teh jintan halus *
- 1 batang serai (titik)
- 1 keping asam keping
- garam
- gula
- air
- bahan yang bertanda * dikisar
caranya:
- Ayam dicuci bersih dan toskan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar, serai hingga harum, masukkan asam keping dan masukkan ayam. Gaul rata dan biar ayam kecut sedikit.
- masukkan air sebanyak yang kite nak. jangan macam sup sudah hihi. Biar mendidih. Masukkan gula serta garam. Masak dengan api sederhana hingga kering. Rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam. Masak sekejap, dan jika ok boleh matikan api.
- ok boleh makan dah! serius sedap tak tipu!!
kan. ni mmg setap ni. peberet mak
ReplyDeletekannnn feveret mak jugak hihi
ReplyDelete