yes, memang tak setuju gaji maid rm700 satu kerja. makan tanggung, tempat tinggal tanggung, air, api letrik semua kita tanggung. gaji bersih rm700? huiyoh! O___O
eh chop. lagi satu, kenapa mesti kalau orang tu ada maid, kita mesti nak cakap hidup dia mewah la kaya la. maid hanya untuk orang orang kaya. menyampah dengar!
kita semua ada pilihan untuk amek maid atau tidak. itu adalah pilihan. contohnya macam kalau suami isteri bekerja, anak anak sape nak jaga? ok fine, hantar nursery, hanta babysitter. salah satu pilihan adalah amek maid. upah hantar nursery rm300 untuk seorang anak. kalau kau ada 3 anak?? rm900, ok maybe less than that sebab dapat diskaun ke ape ke tapi kompem atas rm700. amek maid rm500 sebulan. kalau kau ada 3 anak pon still gaji dia rm500. jadi perlu ke kau kata orang yang amek maid ni adalah untuk orang orang yang mewah? tidak sama sekali... bezanya cuma masa nak amek maid kau perlu keluar sedikit duit untuk buat premit la passport la. jadi bukannya sesiapa yang amek maid tu semestinya dia orang yang kayaaaa. oh sedih...
yes, memang aku amek maid pun. tapi hidup kami memang tak la serba mewah beria. cukup makan, cukup pakai, alhamdulillah. cuma rasa tersentap sikit bila ada yang cakap "Orang gaji hanya layak digaji oleh orang yang money is no objection." tersentap mak. aku pon kalau nak pegi servis kereta memang kalau gaji tak cukup bulan tu, memang hold dulu. dah brape bulan dah ni tak servis kereta. ada la 6 bulan kot. nak beli baju baru setiap bulan pun terpikir pikir. jadi logik ke maid untuk orang yang mewah, kaya raya? kenapa aku amek maid? kalau la aku suri rumah tak pon kerja macam orang lain, office hour mungkin lain ceritanya. masalahnya kitorg keje memang balik malam, nursery malam malam tak amek budak. takkan kau nak excuse kat bos kau setiap hari? jadi penyelesaiannya: amek maid. lepas kire kire memang rasanya kalau amek maid (utk kes macam aku) lagi jimat berbanding hantar nursery. mungkin la sesetengah orang tak percaya dengan maid indon ni tapi bagi aku mana mana pon sama. hantar nursery ada risiko, amek maid pon ada risiko. senang macam ni je lah, kalau kau rasa apa yang kau buat tu terbaik untuk anak kau maka kau berserah kepada Allah. kite tawakal kepada Allah. macam aku, aku lagi yakin kalau aku amek maid sebab setakat ni alhamdulillah semuanya ok. kalau nak perfect memang tak la kan. dan.. alhamdulillah Miqael pun jarang dah dapat jangkitan sakit sakit macam selsema, batuk, demam, cirit birit. kalau dulu masa kat nursery, dalam seminggu tu mesti ada yang dia berjangkit. biasa la nursery kan ramai baby, budak budak maka tak boleh nak salahkan sesiapa pun. kalau sorang tu selsema ke batuk ke demam ke, kompem ada yang berjangkit. jadi kau tak boleh nak salahkan nursery kenapa anak kau selalu sakit la, ada luka luka kt kaki la, pipi la. jangan komplen banyak sangat. sebab itu dah memang pilihan yang kau buat. plus pengasuh tu ramai budak dia nak jaga. maka bersederhana lah. jangan nak perfect 100%.
jadi, please ye, kata kata maid untuk orang kaya semestinya tidak tepat 100%. maid untuk orang kaya?? BIG NO!