Apr 19, 2012

MIQA's Collections


Assalamualaikum semua :)

ni nak ajak kawan kawan shopping kat kedai online baru kami (me n my sister) hihi.. JOM LA KORANGGGGG. kami ada jual pelbagai jenis tudung dan kain. nak raya dah kannnn, apa kata beli tudung dengan kain kat sini ;). murah murah je. kalau ada kawan kawan, tolong promosikan sekali ye.

kami baru je nak berjinak jinak dengan bisnes ni. harap dapat beri sokongan kepada kami. kepada sesiapa di sini nak beli, kita kasi diskaun. cakap je tau iklan ni dari blog ini. insyaAllah kami akan berikan diskaun ;)

meh la LIKE page ni: MIQA's Collections


ni antara tudung dan kain yang kami jual:

tudung bawal 3 tone (grade A) 

tudung chiffon lining (chiffon grade A) gamba yang tudung chiffon diamond tak upload pulak pic. tgk kat page eh :p 

bawal corak bidang 48' dan 45' 

inner ninja bersilang dan biasa 

kain cotton sulam 

kain sutera vietnam 2 tone. kain dia lembut dan sejuk! suka :) 



jadi mari beramai ramai LIKE page kami eh hihi.. kalau shopping sini lagi la besttttt haha. 

happy shopping korang!
terima kasih kerana sudi menjenguk dan LIKE page MIQA's Collections :)

*kisskiss&bighug*


Apr 10, 2012

Mendidik Anak-Anak


Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak


1. Kesilapan pertama: Kurang BerdoaKurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)


Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.


2. Kesilapan kedua: Banyak membaeri belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.


3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.


4. Kesilapan keempat: Menegur mereka secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.


5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.


6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
* Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)


7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.


8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas
* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.


9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah
* Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.


10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak
* Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.


11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
* Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.


12. Kesilapan keduabelas: Berrtengkar di depan anak-anak
* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.


13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah
* Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.


14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton
* Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.


15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak
* Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)



Apr 9, 2012

1y8mo



anak ummy dah setahun lapanbulan, alhamdulillah :)


kejap je kan. nak masuk 2 tahun dahhhh. pantas masa. alhamdulillah miqael sehat, aktif, selera makan. miqael suka buat ummy ketawa. dia adalah seorang yang kelakar. macam macam ah miqael ni. ada je la dia buat suruh kita ketawa.


kalau tak layan dia main ke, tak tengok dia main ke, nanti tengah dia main main tu dia datang kat kita lepas tu cakap "muah, muah". maknanya dia nak kiss kite haha. kang tetibe je dia datang kiss kita.  kalau kita tengah berdiri ke duduk atas kerusi ke, dia tak sampai nak kiss, dia paksa ok kita tunduk ke hape ke sampai dia boleh kiss haha. lepas tu baru sambung main balik. macam macam. 


dah boleh kire 1-10 dah. ok la tu kan. pelat pelat pun ummy faham hihi.. ni ipad dia dah sehat maka dia dah tak bosan sangat. sesekali boleh layan ipad. hari tu ipad masuk wad, skrin rusak T___T. seb baik ipad tu cikde dia yang beli :p. kalau ummyyyy?? ummy dera miqa tau haha. sekarang miqael ada mainan baru tokma dia belikan. untung la budak budak zaman sekarang eh. memacam ada. tokma belikan miqa kereta kecil warna merah ponnnn ponnnn. memula miqa macam terkejut sebab eh tetibe kereta tu jalan bile dia naik haha. chu ib dia la, terus remote kasi jalan. miqael ni kene cari mood dia dulu. kasi dia warm-up dulu dengan benda baru. sekarang niiii??? setiap hari kene naik test drive. kaki tak sampai lagi nak bawak sendiri kereta tu maka kita la kene control guna remote tu. dia suka je la kan. thank you tokma :)


 kaki taknak turun ok

 yang ni memang suka kan miqa

 semut mati miqael buatttt

-----

gambar yang bawah ni masa photoshoot free yang bulan brapa ntah lupa hihi. kene bangun pagi, anak bujang i memang gagal bangun pagi haha. terus mood ke lauttttt. plussss padang lapang je dia kebusanan. lepas photoshoot jumpa playground?? terus taknak balik  -____-






dah setahun lapan bulan pun rambut tetap maintainnnn. takpe, esok kalau besar pun rambut macam ni, kita pergi YUNAM hair care ye nak... :p



Apr 6, 2012

budak rajin :)

vakum rumah suka, sapu sapu suka, mop pun suka. senang keje ummy macam ni. harap sampai besar tau Miqa hihi. senang nanti dah besar boleh tolong buat keje keje tu.






memang tak la jirus pokok kan miqa kan -____-

"kill the spartannnnnn"


sayang Miqael banyak banyakkkkk~


Apr 5, 2012

homemade fishball soup




semalam  masak ini untuk Miqael. makan sampai licinnnnn. nasi masak untuk dia pun habis dia makan. Miqa kalau makanan bersup sup memang feveret. jadi ummy senang jugak nak kasi dia makan hihi. tapi tetap jugak kalau nampak kite makan nak jugak makan. padahal dah makannnn. dia makan macam kununnya dia tak makan lagi haha. takpe, asal selera makan ada, alhamdulillah :)

ok, ni nak share resipi homemade fishball soup.


bahan bahan:
  • bawang merah *tumbuk
  • halia *tumbuk
  • kayu manis
  • bunga lawang
  • labu (nak letak carrot pun ok. ni pakai labu sebab dah banyak hari Miqa makan carrot hihi)
  • tomato
  • brokoli
  • homemade fishball

cara penyediaan:

homemade fishball:
  1. ambil isi ikan tenggiri dan gaul gaulkan dengan black pepper.
  2. bulat bulatkan macam fishball tu.

sup:
  1. tumis bawang merah, halia, kayu manis dan bunga lawang sampai naik bau.
  2. masukkan air (ikut suka hati nak banyak mana).
  3. masukkan labu dan tomato.
  4. kemudian masukkan homemade fishball.
  5. biarkan mendidih kemudian masukkan brokoli.
  6. siap dah :)

Mar 30, 2012

dagu dah cacat


dagu dah cacatttttttt oh nooooo

harap harap tak tinggalkan kesan parut yang degil.

takpe, anak lelaki harus ada tanda ni. baru la gagah haha.

jalan jangan nak laju je miqa oiiiiii... kalau main nak eksaited je kan. haih.




pagi tadi gembira dia dapat naik motor abah. siap buat bunyi motor haha. petang esok kite ajak abah ronda ronda naik motor okkkkkk :)



Mar 29, 2012

miqa tidur bilik sendiri aci?


rasanya macam dah boleh la kot miqael tidur dalam bilik sendiri kan? sebab macam ok je tengok dia tidur sorang sorang dalam bilik ummy tu ha. pagi pagi selalunya memang miqa tidur sorang sorang sebab abah pegi keje awal, ummy turun dapur nak masak untuk miqa. miqael pun kalau dia bangun takde orang kat bilik tu bukan nanges pon kan miqa. dia toleh toleh takde orang, dia jerit je panggil "OMMMYYYYYY" banyak kali. bergegar rumah haha. dari bawah ummy kene sahut dulu cakap "yeeeeee". baru dia berenti panggil hihi. ummy naik atas tengok miqa tengah baring baring sambil termenung tak pon duduk je atas katil tunggu ummy naik atas. kang nampak je ummy masuk bilik terus "tutu, tutu" (susu).

cumanya kalau 3 ke 4 pagi mesti dia nak susu. yang tu ummy kene pikir macamana nak buat. tapi tak pe la kot sebab miqa nak susu mesti cakap pun. kalau ummy ke abah tak dengar, dia jerit je haha. kadang kadang terkejut ok. saba je la. nak turun tangga pun mesti nak tunggu ummy ke abah ke. kalau tak dia takde nak turun. dari atas jerit ummy la abah la haha. tengok tengok berdiri depan tangga tunggu kite jugak. tapiiii kalau kite kat atas, dia kat bawahhh?? memang laju je la dia naik tangga. turun ke naik tangga taknak orang pegang tangan ok. bajet dah dewasa sangat. siap kalau kite nak pegang tangan dia, dia cakap "ah, ah". kite takot dia jatuh gedebuk kan. saba je la aku nak oiiiiiii.

jadi rasanya boleh ni anak ummy tidur dalam bilik sendiri kannnn. bilik ada, tilam dah ada, katil je takde. tapi ummy rasa takyah katil katil la. takot tidur lasak jatuh gedebuk ummy abah tak perasan pulak. ummy rasa buat platform je. tetibe rasa macam perlu je beli baby monitor tu kan. kalau dia nak susu, ummy dengar. tapi kan miqael pun tau tu bilik dia la kot sebab mainan dia semua situ. kalau naik atas mesti nak masuk bilik tu punye. ajak main dalam bilik tu. lepas tu paksa abah masuk dalam tent miqael tu ha. kalau tak masuk kene marah haha. abah pun dengan relanya duduk je la dlm tent tu sampai miqal abes main haha. jangan kata abah je kene paksa, tokma, cikngah, atok dia semua dia paksa masuk. cikngah dia masuk lepas tu kain cikngah dia terkeluar sikit dari tent tu, dia siap tolak tolak kain cikngah supaya masuk dalam tent tu. wah satu badan ok kene berada dalam tent tu. haha ape da miqa. macam macam awak ni.

ok la miqa, ummy rasa miqa dah bersedia tidur sendiri. maka ummy dgn abah siapkan cantek cantek bilik untuk miqa ok! langsir cikde dah kasi, tinggal nak jahit je. beli platform bed, letak tilam dah boleh tidur dah kan. ala ala jepun gitewww heheh.

belakon nanges ummy nak pi keje. siap ada bunyi ok haha. 

pantang ummy tangkap gamba dia, nak tengok jugak....haih 

ni macam biasa, ummy mesti nak suruh senyum. baru seronok nak pegi keje :p
mata sepet sepet nak g mana?


potato cheesy pancake


lama dah tak buat ini untuk miqael. ingat ingat lupa pun ada ni. tapi serius sedapppp. ummy dgn abah dia pun curik sikit.

macam ni je buat potato pancake,
bahan bahan:

  • sebiji kentang (sagat)
  • sebiji telur
  • cheddar cheese (sagat)
  • bawang holland (sagat)
  • bawang putih (cincang)
  • pepper *1 year dan keatas
  • unsalted butter

cara:

  1. satukan kentang, bawang, cheese dan telur dalam satu bekas dan kacau rata.
  2. masukkan sedikit pepper. *kalau taknak letak pon takpe
  3. goreng guna unsalted butter/olive oil
  4. siap!


buat makan pagi ke minum petang pun sedappppp!

esok harussss buat. ummy miqael teringin :p


feveret miqael. kerepek ngarku/arrowhead
susah nak carik kalau bukan chinese new year.. haih. 
paling senang buat. beli buah ke ubi ngarku ni, sagat sagat dan goreng.
gile sedappp!! abah miqael punye tarok garam sket, black pepper, goncang goncang dan ngap!
 

Mar 27, 2012

Ayam Ungkep




nyum nyum! lazatttt!! harus cuba uolsssss

senang je buat ayam ungkep ni. rasa dia macam lebih kurang rendang. rasanya kalau raya pon boleh jugak kot ni ganti rendang :p

bahan pun tak sebanyak rendang kot. meh tengok bahan nak buat ayam ungkep ni:

2 atau 3 orang makan;

  • 6 ketul ayam
  • 4 biji bawang merah *
  • 3 biji bawang putih *
  • 1/2 inci halia *
  • 1/2 inci kunyit *
  • 10 biji cili padi merah *
  • 1 camca besar ketumbar *
  • 1/2 camca teh jintan kasar *
  • 1/2 camca teh jintan halus *
  • 1 batang serai (titik)
  • 1 keping asam keping
  • garam
  • gula
  • air
  • bahan yang bertanda * dikisar


caranya:

  1. Ayam dicuci bersih dan toskan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar, serai hingga harum, masukkan asam keping dan masukkan ayam. Gaul rata dan biar ayam kecut sedikit.
  2. masukkan air sebanyak yang kite nak. jangan macam sup sudah hihi. Biar mendidih. Masukkan gula serta garam. Masak dengan api sederhana hingga kering. Rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam. Masak sekejap, dan jika ok boleh matikan api.
  3. ok boleh makan dah! serius sedap tak tipu!!



perlu ke?


perlu ke update status:


tunggu suami pulang
makan dengan suami
goodluck suami
sayang suami
suami saya kacak
.
.
.

perlu ke ada perkataan SUAMI itu sedangkan menikah pun belum.

mungkin la kot trend sekarang... baca pun rimas. rasa kalau boleh hide status tu, nak hide. tapi masalahnya enggak buleh maka mak pasrah je.

seperti suami i cakap "KECOHHHH JE"

sekian~





Mar 20, 2012

tersentappp


yes, memang tak setuju gaji maid rm700 satu kerja. makan tanggung, tempat tinggal tanggung, air, api letrik semua kita tanggung. gaji bersih rm700? huiyoh! O___O

eh chop. lagi satu, kenapa mesti kalau orang tu ada maid, kita mesti nak cakap hidup dia mewah la kaya la. maid hanya untuk orang orang kaya. menyampah dengar!

kita semua ada pilihan untuk amek maid atau tidak. itu adalah pilihan. contohnya macam kalau suami isteri bekerja, anak anak sape nak jaga? ok fine, hantar nursery, hanta babysitter. salah satu pilihan adalah amek maid. upah hantar nursery rm300 untuk seorang anak. kalau kau ada 3 anak?? rm900, ok maybe less than that sebab dapat diskaun ke ape ke tapi kompem atas rm700. amek maid rm500 sebulan. kalau kau ada 3 anak pon still gaji dia rm500. jadi perlu ke kau kata orang yang amek maid ni adalah untuk orang orang yang mewah? tidak sama sekali... bezanya cuma masa nak amek maid kau perlu keluar sedikit duit untuk buat premit la passport la. jadi bukannya sesiapa yang amek maid tu semestinya dia orang yang kayaaaa. oh sedih...

yes, memang aku amek maid pun. tapi hidup kami memang tak la serba mewah beria. cukup makan, cukup pakai, alhamdulillah. cuma rasa tersentap sikit bila ada yang cakap "Orang gaji hanya layak digaji oleh orang yang money is no objection." tersentap mak. aku pon kalau nak pegi servis kereta memang kalau gaji tak cukup bulan tu, memang hold dulu. dah brape bulan dah ni tak servis kereta. ada la 6 bulan kot. nak beli baju baru setiap bulan pun terpikir pikir. jadi logik ke maid untuk orang yang mewah, kaya raya? kenapa aku amek maid? kalau la aku suri rumah tak pon kerja macam orang lain, office hour mungkin lain ceritanya. masalahnya kitorg keje memang balik malam, nursery malam malam tak amek budak. takkan kau nak excuse kat bos kau setiap hari? jadi penyelesaiannya: amek maid. lepas kire kire memang rasanya kalau amek maid (utk kes macam aku) lagi jimat berbanding hantar nursery. mungkin la sesetengah orang tak percaya dengan maid indon ni tapi bagi aku mana mana pon sama. hantar nursery ada risiko, amek maid pon ada risiko. senang macam ni je lah, kalau kau rasa apa yang kau buat tu terbaik untuk anak kau maka kau berserah kepada Allah. kite tawakal kepada Allah. macam aku, aku lagi yakin kalau aku amek maid sebab setakat ni alhamdulillah semuanya ok. kalau nak perfect memang tak la kan. dan.. alhamdulillah Miqael pun jarang dah dapat jangkitan sakit sakit macam selsema, batuk, demam, cirit birit. kalau dulu masa kat nursery, dalam seminggu tu mesti ada yang dia berjangkit. biasa la nursery kan ramai baby, budak budak maka tak boleh nak salahkan sesiapa pun. kalau sorang tu selsema ke batuk ke demam ke, kompem ada yang berjangkit. jadi kau tak boleh nak salahkan nursery kenapa anak kau selalu sakit la, ada luka luka kt kaki la, pipi la. jangan komplen banyak sangat. sebab itu dah memang pilihan yang kau buat. plus pengasuh tu ramai budak dia nak jaga. maka bersederhana lah. jangan nak perfect 100%.

jadi, please ye, kata kata maid untuk orang kaya semestinya tidak tepat 100%. maid untuk orang kaya?? BIG NO!


Mar 17, 2012

berlari dan jatuh


suatu petang encik Miqael main kejar kejar. orang dah cakap dah, Miqael jangan kejar kejar sangat nanti jatuhhhhh. dan memang ye pon. jatuh la si hero satu ni. jatuh kali pertama dia lek je. siap sambung main lagi. jatuh kali keduaaaa?? menanges terus haha. sebab calar balar dah lutut dia. lepas pujuk dia ok dan lepas tu boleh tak sambung main balik? "-____-"


agaknya luka ni gatal ke eh? sebab selalu sangat garu garu luka dia tu. haih. sekarang ni pakai seluar panjang je la sebab taknak dia garu garu. tak pe la luka sikit je. kata HERO kan heheh. dulu ummy kecik kecik siap jatuh eskelator. kau ade? kene tolak ok. malu tak terkata. kecik kecik pon tau malu dah masa tu. memang tak tegor dah orang yang tolak aku tu. tapi dah besar ni ok je dengan orang itu. kamceng gitew hihi.

eh semalam kan abah Miqael nak pegi surau maghrib tu, Miqael macam biasa dia orang pertama dah standby depan gril. bukak je gril tu dia pon keluar sambillll mengazankan diri haha. "awaaaaaahhhh... abar". kuat ok. masa tu kan maghrib maka senyap sunyi je luar rumah tu. memang suara dia saje. sampai abah dia pegi surau dok azan haha. Miqael, miqael...



ni pun feveret ni. pantang nampak kasut bersusun kemas.


ok, ni hasilnya. dia nak kasut dia je kat atas tu "-____-"





Mar 16, 2012

gantung gambar bolehkah?



tetibe hari ni macam nak share banyak benda dengan uolsss.

sebabnya rasa PERLU untuk dikongsikan bersama.

macamni, aku kan baru pindah rumah kan. eh takde la baru sangat. nak dekat 2 tahun jugak. biasa la kalau dah duduk rumah sendiri harus nak deco deco eric leong. berbulan bertahun sktech pasal deco deco ni tapi adonye sampai skang. tak de ape pon yang deconya haha :p

hajat di hati kununnya nak la kat wall naik tangga tu letak gambar family. siap tunjuk kat suami nak letak, susun macam mana. dannnnn pada suatu hariiiii, terbaca pasal gantung gantung gambar kat rumah malaikat rahmat tak masuk rumah! tetibe terkoma 3 jam. Ya Allah! naseb baik tak gantung lagiiii.

gambar yang dimaksudkan adalah gambar yang bernyawa macam gambar manusia, haiwan dan sewaktu dengannya. kalau gambar kereta, pakcik menang motor tp bukan pakcik tu, gambar motor ke, pohon beringin tegaknya tinggi ke, takpe. itu boleh je. gantung ayat ayat ke kata kata hikmah, haaaaa itu boleh.

jadinya disini, kalau korang ada gantung gambar bernyawa kat rumah adalah lebih baik diturunkan, simpan je dalam album gambar. beli je photobook kat groupon. murah pon murah. tengok beratus kali pon takpe.

klik SINI boleh baca dengan jelas lagi terang kenapa tidak boleh menggantung gambar bernyawa di rumah :)
ada beberapa link lagi yang aku baca, ustaz azhar idrus pon ada cakap pasal ni. oleh itu toksah lagi gantung gantung gambar bernyawa di rumah ok.

*mak pernah pesan dulu tapi kenapa degil kau ni eh?*



Jangan Jangan dan Jangan


Happy Friday uolssss! saja nak share share ini dengan uolsss :)

JANGAN dalam Islam;

  1. JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.
  2. JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
  3. JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna
  4. JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
  5. JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.
  6. JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
  7. JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
  8. JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.
  9. JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan. Kita hilang bahagia.
  10. JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
  11. JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.
  12. JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
  13. JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.
  14. JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
  15. JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
  16. JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.

*tapi yang JANGAN tu kekadang kite buat*






Mar 15, 2012

Jungle Gym!


tadi blogwalking tetibe ada satu post kat satu blogger ni pasal jungle gym! memang dah lamaaaa teringin nak bawak miqael tapi tak pegi pegi kan. biasala ummy miqael ni merancang bukan main tapiiiiiiiiii :p

ok mommiesss! jungle gym dah ada kat The Curve!! eh ke semua dah tau? hahah ok ketinggalan keretapi aku ni. tak pe, musti ada yang tak tau tapi buat buat cakap dah tau. Miqaellllll, next week kite pegi okkkkk!!! this week tak boleh sebab gaji tak masok lagi hihi. ok details pasal Jungle Gym:Yukids Island ;

Entry prices for unlimited play: RM20 Weekdays | RM30 Weekends

Location: 2nd floor at The Curve in Mutiara Damansara

Opening Hours: 10am-9:30pm 7 days a week

Conditions:
Children must be accompanied by one parent
Open to children up to age 9







JOM PEGI JOMMMM!


*gambar ihsan dari google. i edit edit je heheh*


ehhhhh chop!

groupon tgh offer Mega Kidz yang dekat Mid Valley tu. yayyy! 36% diskaun.

klik SINI kalau korang nak tengok offer ke nak beli ke
eh kejap, MegaKidz utk anak anak umur 2-12 thn sahaja tau.



bubur ayam labu


miqael sejak 3 hari ni suka makan bubur la pulak. kalau kasi nasi biasa tu dia taknak sangat. kalau buat buburrrr, laju je. tapi confirm esok lusa nak nasik pulak taknak bubur dah. pandai jemu dah sekarangggg. tapi ROTI tetap dihati. kat rumah tak boleh takde roti. jadi dah 3 hari ummy masak bubur untuk miqa. hari ni bubur ayam labu je hihi.

bahan bahan:

bawang merah (hiris)
bawang putih (cincang)
halia (tumbuk)
labu (tak kisah potong camne pon)
isi ayam (cincang)
celery stick
beras

caranya:

tumis bawang merah, bawang putih dan halia sampai naik bau.
masukkan air,beras yang telah dicuci dan ayam.
lepas beras dah bertukar jadi nasi, masukkan labu dan celery stick.
masak sampai jadi bubur dan labu lembut.
siap! boleh dimakan begitu saja!



Mar 14, 2012

setahun tujuh bulan


9.3.2012 dah genap setahun 7 bulan miqael. sekarang ni memang macam macam miqael ni. ni memang feveret. suka la masuk bawah kain la, bawah kaki la, tempat yang sempit sempit tu la dia suka, celah kerusi, bawah meja. ape ape je miqael.. oh pagi tadi dia bangun tido, cari abah dia. abah dah pegi keje. dia nampak ummy pegang hp dan terus nak. lepas tu terus dia letak kat telinga dan cakap "hello abah....., ok bye...." haha motifff?? asal ada je miqael eh. abah dia pulak cerita malam tadi memang aku balik malam kan sebabnya keje shif la pulakkkk. dia amek hp abah dia terus cakap "ekom ommy..., alam bye" (as'kum ummy..., wsalam bye) hahaha! geramnye!! kalau kite ada kat toilet, dia boleh pulak ketuk bagi salam, "ekommmm". ummy yg tengah berak pon gelak tau miqaellll!

alhamdulillah selera makan pon ok. tapiiiii kadang kadang suka nasi mcm kite makan tu, kadang kadang bubur. susah jugak nak tau huhu. takpe asal makan kan miqa kan. paling feveret harus la ROTI! bangun pagi cari roti. tapi roti kosong je ok. letak la ape pon inti, pisang ke, ayam ke. memang dia buang. roti kosong dan cicah susu. miqael buah buah dia kureng sikit, tapi kalau sayurrrrr memang suka. manis manis jangan kasi sebab dia buang balik. agaknya sebab tu dia tak suka buah kot sebab manis hihi.


masuk bawah kain abah tapi boleh tak abah dia tak perasan? *oh abaikan perot seksi itu*


banyak kali ok dia buat tapi abah dia tak perasan haha. siap baju dia sampai terangkat nampak perot


ok dah habis baru abah perasan setelah ummy bagi tau. gile kusyuk tgk tv. haih..


abah kacau amek rambut geli geli kat telinga miqa.
ok, miqa sangat feveret kalau buat benda ni kat dia haha.


ni tengak kusyuk ni


dannnn melagakan kepala ke abah. yayyy!






love you miqa!!


*dah nak masok 2 tahun dah diaaaaaaa. glup*