macamana la tak kata dia garang kan. sebulan lepas pegi melawat sepupu yang dapat baby. kebetulan sepupu suami dia pon datang bawak anak. miqael macam excited nak berkawan. tak reti duduk diam dah. ok fine, takpe la kan nak berkawan maka lepaskan la dia. lepas tu dia merangkak pegi kat baby girl nama Nuha pastu sampai je depan Nuha, dia jerit kat budak tu. jerit macam ni "ahhhhhhhhh". kuat ok, satu rumah dengar suara dia aje. semua dah ketawa tapi baby girl tu menangis ok, menangissss! terus je amek miqael daripada meneruskan aktiviti menjerit beliau. tapi dia taknak. dia nak jugak berkawan kawan. lagi Nuha menangis, lagi la Miqael jerit kuat kuat. apekah motiffff??? terus nuha taknak kawan dengan Miqael huhu.. anak ummy ni tak reti berkawan dengan girl eh sayang? nanti ah ummy ajar eh. Nuha nampak je Miqael mesti nanges. fobia terus dengan Miqael huhu.. tapi ada je baby boy jugak kat situ tapi Miqael macam terlebih excited dgn Nuha. memana je Nuha pegi mesti Miqael nak jugak kacau Nuha. hish, Miqael ni tau. terus la suruh dia kawan dengan baby boy tu. seb baik dia nak kawan dengan baby boy tu. yang tak tahan tu dengan baby boy tu Miqael kan Miqael kannnn, Miqael KISS mulut baby boy tuuuuuu!! siap pegang tangan baby boy tu ok pastu kiss baby boy tu haha! terus la abah dia cakap "ok, balik ni kite tgk Kardashians" haha! tetibe abah dia takot Miqael berlawanan arus haha! dan dan kasi tgk Kardashians padahalllll sebelum ni diharamkan ok anak dia tgk cerita cerita mcm tu haha!
ada lagi kejadian tapi ni kat klinik. bawak Miqael pegi klinik sebab dia selsema ke demam hari tu. kelupaan. macam biasa lepas jumpa doktor, haruslah tunggu luar amek ubat kan. masa sesi menunggu tu Miqael elok je duduk dgn ummy. diam je dia lentok lentok kat ummy. tiba tiba! ada budak ni menages tak tau la sebab apa. menagis kuat jugak. tiba tiba jugakkkk, Miqael beria ke depan kan badan dia pastu dia jerit "ahhhhhhhhh". ya Allah! anak aku ke tuuuuuuu??? dua tiga kali dia jerit sambil pandang kat budak tu. lagi la budak tu nangesssss. aku takot nak pandang muka bapak budak tu. kot kot bapak dia buat muka ke kan. dah la klinik tu senyap je kan. kompem la suara dia dengar kuatttt. nurse tu ketawa beria HAHAHAHA! orang sekeliling semua ketawa tapi abah dan ummy macam errrrrrr nak mintak maaf ke tak ni? ummy memang tunduk je pandang Miqael tak pandang dah kiri kanan. segan ok segannnnn (T_T)
lagi satu Miqael ni kalau orang peluk dia kuat kuat taknak lepaskan, dia rimas tapi tak kuat la kan nak lepaskan diri. senang je cara dia nak lepaskan diri. dia tarik rambut no mercy punya. pastu suka sembur sembur. abes la kene air liur dia. tangan suka lepuk lepuk muka orang. kuat jugak dia lepuk. ni mentang mentang dah ada 6 gigi, suka gigit orang. kalau dia geram suka hati nak gigit. ummy dah biasa dah kene gigit. kat pipi la, peha la, bahu la, dagu pon dia nak gigitttt!
Miqael adalah tak heran kalau kene marah ok. ada dia kesah? bulatkan la mata pon, tinggi kan la suara pon, ada dia kesah???? dia marah kita balik ada. buat buat babab dia, boleh tak dia bantai kite balik! kalau cakap "hep,hep" nanti dia pandang muka kite pastu ketapkan bibir sambil buat suara "hmmm,hmmm". tak jadi nak marahhhh.
macam macam la anak ummy ni, haish~
rambut cacak si garang. sikat macamane pun tetap la gitu. dari tepi macam ok la jugak. dari depan tengokkkkk pingsan!
baby lissa pulak kan kak, terlebih peramah. kalau pergi playground, dia suka tegur budak2 kat situ.. tpi jangan tegur dia time dia baru bangun tidur.. mengamuk2 sambil keluar ayat alien.. hehehe
ReplyDeletehihi comel lissa. pandai berkawan hihi.. nak dengar ayat alien tuuuuuuu haha!
ReplyDelete