May 23, 2011

kisah duka

lama sangat tak ke sini. Miqael tak sehat jadi tak dapat nak ke sini. alhamdulillah Miqael dah sehat sekarang, jadi boleh singgah sini. Teruk jugak Miqael sakit tapi tak la teruk yg amat, tapi masih jugak dlm kategori itu huhu..


jumaat, 6 Mei 2011

on the way balik kerja, my hubby call bitau Miqael muntah muntah non-stop. apa lagi, fast and furious la bawak kereta kan. tak pernah pon dia muntah2 mcm tu. sampai je terus g klinik. doktor cakap asma sbb miqael sesak nafas masa tu. kesian tahap tgk dia bernafas :'(. doktor suruh amek gas. ok fine, amek gas. pastu balik rumah tak kurang apa pon. langsung! incik suami nak bawak g hospital terus sbb dah taknak buang masa g klinik. sampai je hospital, pembantu doktor kot check miqael pastu terus cakap dgn kawan dia "ni confirm la ni". aku dah macam confirm ape niiii? pastu tanya beliau, "confirm ape ye ni??". dia pon jawab "tak pe puan, meh ikut saya". tetibe takot ok. dia terus je bawak kitorg g wad separa kritikal. KRITIKAL?? eh kenapa niiii. masa tu tak sedap hati sangat sangat walopon separa krikital kan. doktor pon datang check then doktor cakap ada virus infection so kene amek darah then x-ray. doktor nak check kalau kalau sampai lung virus tu. masa tu rasa macam nak pitammmm. masa amek darah tak boleh tgk. dgr je la suara Miqael nanges :'(. tak dapat tahan dah airmataaaaa. encik sharizal dan puan hameezah menanges nanges. sedih dgr suara diaaaaa. lepas settle amek darah n x-ray, doktor ckp masuk wad. maka bermalam la kat wad. amek gas brape kali ntah. sian Miqael... esoknya doktor cakap boleh keluar. gembira! tapiiii.....








ahad, 8 mei 2011

Miqael dikejarkan ke hospital semula. sakit yang sama, sesak nafas. malam tak boleh tido, nanges je sebab tak boleh bernafas dgn baik. macam hari tu jugak, masuk wad. semalam je lepas tu keluar balik. balik tu macam biasa je, nampak ok sket tapi bile tengok bebetul memang tak macam selalu dia bernafas.



sangat suka tidur cenggini. semua nurse lalu tanya "memang dia tidur macamni ke?" haha


rabu, 11 mei 2011

bangun je pagi Miqael rengek rengek. tak pernah pon dia macam ni. selalu bangun pagi mesti terus duduk pastu senyum. kali ni takkkk. dia rengek rengek tak selesa pastu dengar nafas dia wheezing. hati tak sedap. terus ajak suami g hospital. macam sebelum ni masuk wad krikital lepas tu masuk wad pemerhatian. dan terus kene tahan wad. doktor semua macam hairan. ye la kan, brape kali keluar masuk dah. kesian anak ummyyyy! kali ni lain sikit. petang dalam pukul 4, Miqael merengek tanpa henti. taknak minum susu, taknak makan langsung dari pagi! memang pelik. lepas tu mak datang melawat. mak cakap muka Miqael pucat semacam. aku memang dari tadi tak sedap hati. terus panggil nurse bitau Miqael satu hari ni tak makan, tak minum. tetibe semua doktor datang. ntah ape diorg cakap terus tolak katil Miqael ke wad kritikal. ya Allah! jantung aku memang berenti kejap. doktor pakar datang check Miqael. terus suruh nurse kasi Miqael bantuan oksigen. masa tu memang Miqael macam ikan atas darat. tak sanggup nak ingat :'(. satu badan berwayar bagai. nurse sedut kahak dia. kesian tahap! tapi masa tu memang tetibe ada kekuatan. tenangkan Miqael kejap. masa tu tak nanges dah. memang rasa nak tolong dia. doktor cakap "kite tengok macamne lepas ni ye. saluran pernafasan dia dah sempit. oksigen pun bawah 80. so kite kene pantau lagi". tu ok lagi doktor sorang ni explain. doktor pakar yang sorang ni lagi sedap dia jawab bile aku tanya macamane keadaan Miqael. dia boleh cakap "kite tengok kalau ada magik ke". pastu muka serius je. kau rasa nak pukul tak doktor tu? tak membantu langsung jawapan dia! naseb baik la aku tgh bersedih kalau tak memang dengan mesin oksigen tu aku hampok kepala doktor tu. terus aku tanya doktor melayu lagi hensem itu. doktor hensem tu cakap "keadaan dia ok, better than tadi. cuma saluran pernafasan dia maseh ada bunyik sikit. insyaAllah dia akan ok". haaaa kan sedap macam tu. sedap je dengar.. lama jugak Miqael kat wad krikital. dua malam kat situ. lepas tu doktor cakap keadaan dia dah ok sikit jadi dipindahkan ke wad lain sebab ada pesakit lain nak guna bilik tu. semua doktor kenal Miqael huhu. ni semua pasal kejadian kelam kabut itu. ada doktor tu siap jumpa Miqael pastu cakap "hai Miqael, dah senyum dah dia.. semalam satu wad kecoh pasal dia tau" huhu..

kesian anak ummyyyy :'(


alhamdulillah lepas 3 hari, Miqael sehat dah. kalau dah sehat memang tak boleh tengok la lasak dia macamane, peramah dia macamane huhu.. doktor doktor sangat rajen melayan keperamahan miqael. kalau doktor datang nak check pastu dia tido time tu memang la doktor hampa haha. Miqael sangat suka senyum sesuka hati kat orang. tak paham motif senyum dia. senyum dia siap dgn lidah lidah keluar haha. pastu bila nurse ke doktor datang check, diam je dia sebab kepoh nak tau doktor ke nurse nak buat ape kat dia. abah dia cakap Miqael kepoh macam ummy. ok fine abah!

sekarang baru faham perasaan ibu bapa yang ada anak anak kecil yang sedang sakit. ni baru sakit macamni aku dah tak boleh tahan. apatah lagi yang teruk dari ni. ya Allah, jauhkanlah! masa Miqael sakit tu memang rasa macam nak tukar badan. biar la aku yang sakit. sedih, sebak, pilu, sayu, semua semua lah perasaan ada. di sebalik kejadian ni jugak, ada hikmah besarrrr. alhamdulillah di atas perubahan itu, terima kasih Allah :)



lepas keluar wad, miqael masih ada lagi selsema sikit dan kahak dia pon belum abes lg. tanya doktor macamane nk buat dgn kahak dia ni. doktor cakap nanti kahak tu baik sendiri. kesian tengok miqael, kalau bernafas dgr bunyi kahak tu :(. mak cadang g ubat homeopathy. dulu dulu masa kekecik, tiap kali demam panas, aku rajen kene sawan tarik haha. ada satu hari tu masa kekecik, kat majlis kawen tetibe aku sawan tarik pastu ada doktor homeopathy letak ubat bawah lidah aku dannnn terus lepas tu alhamdulillah tak kene sawan tarik dah. jadi aku macam peraya dengan perubatan homeopathy ni. ok, tanpa buang masa aku bawak miqael g berubat homeopathy kat Damansara uptown. then doktor kasi ubat utk selsema, kahak dan asma. guess what?! dalam masa dua hari selsema dan kahak Miqael hilang! alhamdulilah :). harap harap asma yang doktor cakap tu takde dah. next checkup nanti akan tau result asma tu. nak tau apa itu homeopathy? baca ni kejap :

Rawatan homeopati lebih terkenal dengan rawatan secara semulajadi ' tanpa menggunakan sebarang dadah atau drugs, racun atau kesan sampingan'

Setiap ubat homeopati adalah bebas dari kesan sampingan kerana kesemua 100 % ubat-ubat homeopati telah ditapis atau disaring dengan membuang semua toksid yang yang tinggal hanyalah kuasa ubat sahaja.

Homeopathy terkenal merawat pesakit untuk penyembuhan. Mencari akar umbi penyakit dan memberi ubat-ubat yang betul-betul serasi atau tepat dengan gejala penyakit.



alhamdulillah Miqael kembali sihat. aktif seperti dulu. garang bukan main!


** ummy, abah sangat sayanggggg Miqael! kiss kiss! **



6 comments:

  1. meeza,aku plak mcm nk tercabot jantung bace ni ha..bergenang air mate tgk miqael.serius!xsggop kan tgk anak cmtu.apetah lg dgr die nangis sakit mse amik drh.awisy dulu pn ari2 amik drh sbb kuning tggi.tiap kali tu jgk aku nanges.huhu..Ya Allah,sembuhkanlah sakit miqael yg comel ni.Arap2 pasni xde dah sakit cmni dtg.aminn.moge anak kita sihat2 n aktif sokmo =)b strong miqael cayunk!

    ReplyDelete
  2. shiannya dia... meeza, jaga diri, jaga miqael, jaga family leklok ;)

    ReplyDelete
  3. speechless aku. ya allah syukur semua dah selamat. miqael strong boy! muachsss

    ReplyDelete
  4. ila: memang sedih kan ila bile tgk anak sakit. tak sanggup dah. harap tak jadi lg macam ni. insyaAllah anak anak kite sihat sokmo :D. thank u so much ila :*

    fati: insyaAllah fati. thank youuuuu ;)

    ederq: alhamdulillah Miqael dah sehat. nanti boleh pegi melawat eisya yg dah nak 4 buan dah tp miqael tak dtg2 melawat hihi. thanks aunt ederq! :*

    ReplyDelete
  5. *hmmmm* teringat masa baby lissa masud wad dulu.. Kesian sangat tgk dia. Bila baca blog kak meeza ni lagi rasa sedih. tak boleh bayangkan kalau jadi kat fini... semoga miqael dah tak sakit2 dah lepas ni.... Amin...

    ReplyDelete
  6. terima kasih fini :). berdoa supaya Miqael tak saket saket lagi. tak sanggup dahhhhhh. sedihhhh T_T

    ReplyDelete