May 29, 2011

Pencarian Blog Kemas, Cantik dan Berinfomasi BY QISZANA

lalu lalu blog fini tetibe terbaca satu entry pasal pencarian blog kemas,cantik dan berinformasi. macam menarik!!! di hari minggu yang aman damai tapi sedang bekerja, elok sangat la mencuba naseb masuk pertandingan ni hihi. adalah pertama kali join contesttttt. jadi macam blur blur sket tak tau nk buat ape. maka ikut je arahan yang diberi seperti ini:

1. Letakkan banner Qiszana. (Wajib )

>> tadaaaaaaa :


2. Follow blog supaya senang update entri baru Qis ( tak wajib )

>> tak wajib tapi suka nak follow :)


3. Buat Entri Bertajuk ::: Pencarian Blog Kemas, Cantik dan Berinfomasi BY QISZANA

>> lihat di atas itu, berehhh


4. Pencarian Blog ada 3 kategori ::: Pertama : Blog Kemas …Kedua : Blog Cantik…Ketiga : Blog Berinfomasi. Jadi korang boleh pilih kategori apa yang korang nak masuk. Supaya senang nak qiszana pilih. ( Wajib )

>> nak masuk kategori Blog Kemas dan Blog Cantik (haha harus la perasan blog sendiri cantek :p)


5. Linkkan entri anda dekat sini beserta kategori yang dipilih.


ok, sudah selesai. harap cik qiszana sudi menjengah ke sini. ok, boleh balik rumah dahhhhh. yayy!





May 28, 2011

makanan sehat utk anak kita

selamat petang korang! ^__^

tetibe sahaja mahu berkongsi pasal makanan sehat utk anak. alhamdulillah sejak Miqael mula belajar makan umur 6 bulan, makanan dia aku masak sendiri. biar la takde masa pon tapi adalah wajib buat bubur sendiri utk miqael. letak ayam ke ikan ke daging ke asal nampak macam lazat kire ok la tu hihi..

eh tapi kan memula dulu memang dah plan kalau miqael 6 bulan ingat nak beli la Heinz ke Neslac bubur tu ke kan. senang je nak buat. tarok air panas, kacau kacau, kasi makan kat anak. semudah A B C! tapiiiiiii dan dan la pulak pakar pemakananan kanak kanak cakap tak elok bagi makan anak anak yang nak membesar ni dengan makanan seperti itu. banyak keburukan dari kebaikan. macam macam la dia cerita. terus berazam nak masak sendiri haha! tapi for breakfast maseh la lagi kasi miqael biskut heinz tu hihi.. kadang kadang kasi makan oat with prune campur sket dgn susu. cuma utk lunch and dinner aku masak je sendiri. senang je pun masak bubur. setiap hari tukar bahan, hari senin ayam+carrot, selasa ikan+broccoli pastu rabu lain pulak sampai la ahad. naseb baik la miqael ni jenis pemakan. jadi macam berbaloi la masak sendiri walaupun masuk opis terlambat.


sekarang pun macam macam resipi sehat utk anak anak kat internet. salah satu website adalah ini:
annabelkarmel. sedap sedappppp resipi dia! nyummy!

jadi, mari memasak sendiri untuk anak kita! yay!



May 27, 2011

si garang

Miqael ni garanggg. nanti ni dah besar jadi abang yg garang? (sila lihat tu aku tulis abang, ABANG ok. maksudnya next year baby girl ah. haha berangan bb girl kau ni!)

macamana la tak kata dia garang kan. sebulan lepas pegi melawat sepupu yang dapat baby. kebetulan sepupu suami dia pon datang bawak anak. miqael macam excited nak berkawan. tak reti duduk diam dah. ok fine, takpe la kan nak berkawan maka lepaskan la dia. lepas tu dia merangkak pegi kat baby girl nama Nuha pastu sampai je depan Nuha, dia jerit kat budak tu. jerit macam ni "ahhhhhhhhh". kuat ok, satu rumah dengar suara dia aje. semua dah ketawa tapi baby girl tu menangis ok, menangissss! terus je amek miqael daripada meneruskan aktiviti menjerit beliau. tapi dia taknak. dia nak jugak berkawan kawan. lagi Nuha menangis, lagi la Miqael jerit kuat kuat. apekah motiffff??? terus nuha taknak kawan dengan Miqael huhu.. anak ummy ni tak reti berkawan dengan girl eh sayang? nanti ah ummy ajar eh. Nuha nampak je Miqael mesti nanges. fobia terus dengan Miqael huhu.. tapi ada je baby boy jugak kat situ tapi Miqael macam terlebih excited dgn Nuha. memana je Nuha pegi mesti Miqael nak jugak kacau Nuha. hish, Miqael ni tau. terus la suruh dia kawan dengan baby boy tu. seb baik dia nak kawan dengan baby boy tu. yang tak tahan tu dengan baby boy tu Miqael kan Miqael kannnn, Miqael KISS mulut baby boy tuuuuuu!! siap pegang tangan baby boy tu ok pastu kiss baby boy tu haha! terus la abah dia cakap "ok, balik ni kite tgk Kardashians" haha! tetibe abah dia takot Miqael berlawanan arus haha! dan dan kasi tgk Kardashians padahalllll sebelum ni diharamkan ok anak dia tgk cerita cerita mcm tu haha!


ada lagi kejadian tapi ni kat klinik. bawak Miqael pegi klinik sebab dia selsema ke demam hari tu. kelupaan. macam biasa lepas jumpa doktor, haruslah tunggu luar amek ubat kan. masa sesi menunggu tu Miqael elok je duduk dgn ummy. diam je dia lentok lentok kat ummy. tiba tiba! ada budak ni menages tak tau la sebab apa. menagis kuat jugak. tiba tiba jugakkkk, Miqael beria ke depan kan badan dia pastu dia jerit "ahhhhhhhhh". ya Allah! anak aku ke tuuuuuuu??? dua tiga kali dia jerit sambil pandang kat budak tu. lagi la budak tu nangesssss. aku takot nak pandang muka bapak budak tu. kot kot bapak dia buat muka ke kan. dah la klinik tu senyap je kan. kompem la suara dia dengar kuatttt. nurse tu ketawa beria HAHAHAHA! orang sekeliling semua ketawa tapi abah dan ummy macam errrrrrr nak mintak maaf ke tak ni? ummy memang tunduk je pandang Miqael tak pandang dah kiri kanan. segan ok segannnnn (T_T)

lagi satu Miqael ni kalau orang peluk dia kuat kuat taknak lepaskan, dia rimas tapi tak kuat la kan nak lepaskan diri. senang je cara dia nak lepaskan diri. dia tarik rambut no mercy punya. pastu suka sembur sembur. abes la kene air liur dia. tangan suka lepuk lepuk muka orang. kuat jugak dia lepuk. ni mentang mentang dah ada 6 gigi, suka gigit orang. kalau dia geram suka hati nak gigit. ummy dah biasa dah kene gigit. kat pipi la, peha la, bahu la, dagu pon dia nak gigitttt!

Miqael adalah tak heran kalau kene marah ok. ada dia kesah? bulatkan la mata pon, tinggi kan la suara pon, ada dia kesah???? dia marah kita balik ada. buat buat babab dia, boleh tak dia bantai kite balik! kalau cakap "hep,hep" nanti dia pandang muka kite pastu ketapkan bibir sambil buat suara "hmmm,hmmm". tak jadi nak marahhhh.

macam macam la anak ummy ni, haish~


si garang nak tido


rambut cacak si garang. sikat macamane pun tetap la gitu. dari tepi macam ok la jugak. dari depan tengokkkkk pingsan!


senyum senget




May 23, 2011

kisah duka

lama sangat tak ke sini. Miqael tak sehat jadi tak dapat nak ke sini. alhamdulillah Miqael dah sehat sekarang, jadi boleh singgah sini. Teruk jugak Miqael sakit tapi tak la teruk yg amat, tapi masih jugak dlm kategori itu huhu..


jumaat, 6 Mei 2011

on the way balik kerja, my hubby call bitau Miqael muntah muntah non-stop. apa lagi, fast and furious la bawak kereta kan. tak pernah pon dia muntah2 mcm tu. sampai je terus g klinik. doktor cakap asma sbb miqael sesak nafas masa tu. kesian tahap tgk dia bernafas :'(. doktor suruh amek gas. ok fine, amek gas. pastu balik rumah tak kurang apa pon. langsung! incik suami nak bawak g hospital terus sbb dah taknak buang masa g klinik. sampai je hospital, pembantu doktor kot check miqael pastu terus cakap dgn kawan dia "ni confirm la ni". aku dah macam confirm ape niiii? pastu tanya beliau, "confirm ape ye ni??". dia pon jawab "tak pe puan, meh ikut saya". tetibe takot ok. dia terus je bawak kitorg g wad separa kritikal. KRITIKAL?? eh kenapa niiii. masa tu tak sedap hati sangat sangat walopon separa krikital kan. doktor pon datang check then doktor cakap ada virus infection so kene amek darah then x-ray. doktor nak check kalau kalau sampai lung virus tu. masa tu rasa macam nak pitammmm. masa amek darah tak boleh tgk. dgr je la suara Miqael nanges :'(. tak dapat tahan dah airmataaaaa. encik sharizal dan puan hameezah menanges nanges. sedih dgr suara diaaaaa. lepas settle amek darah n x-ray, doktor ckp masuk wad. maka bermalam la kat wad. amek gas brape kali ntah. sian Miqael... esoknya doktor cakap boleh keluar. gembira! tapiiii.....








ahad, 8 mei 2011

Miqael dikejarkan ke hospital semula. sakit yang sama, sesak nafas. malam tak boleh tido, nanges je sebab tak boleh bernafas dgn baik. macam hari tu jugak, masuk wad. semalam je lepas tu keluar balik. balik tu macam biasa je, nampak ok sket tapi bile tengok bebetul memang tak macam selalu dia bernafas.



sangat suka tidur cenggini. semua nurse lalu tanya "memang dia tidur macamni ke?" haha


rabu, 11 mei 2011

bangun je pagi Miqael rengek rengek. tak pernah pon dia macam ni. selalu bangun pagi mesti terus duduk pastu senyum. kali ni takkkk. dia rengek rengek tak selesa pastu dengar nafas dia wheezing. hati tak sedap. terus ajak suami g hospital. macam sebelum ni masuk wad krikital lepas tu masuk wad pemerhatian. dan terus kene tahan wad. doktor semua macam hairan. ye la kan, brape kali keluar masuk dah. kesian anak ummyyyy! kali ni lain sikit. petang dalam pukul 4, Miqael merengek tanpa henti. taknak minum susu, taknak makan langsung dari pagi! memang pelik. lepas tu mak datang melawat. mak cakap muka Miqael pucat semacam. aku memang dari tadi tak sedap hati. terus panggil nurse bitau Miqael satu hari ni tak makan, tak minum. tetibe semua doktor datang. ntah ape diorg cakap terus tolak katil Miqael ke wad kritikal. ya Allah! jantung aku memang berenti kejap. doktor pakar datang check Miqael. terus suruh nurse kasi Miqael bantuan oksigen. masa tu memang Miqael macam ikan atas darat. tak sanggup nak ingat :'(. satu badan berwayar bagai. nurse sedut kahak dia. kesian tahap! tapi masa tu memang tetibe ada kekuatan. tenangkan Miqael kejap. masa tu tak nanges dah. memang rasa nak tolong dia. doktor cakap "kite tengok macamne lepas ni ye. saluran pernafasan dia dah sempit. oksigen pun bawah 80. so kite kene pantau lagi". tu ok lagi doktor sorang ni explain. doktor pakar yang sorang ni lagi sedap dia jawab bile aku tanya macamane keadaan Miqael. dia boleh cakap "kite tengok kalau ada magik ke". pastu muka serius je. kau rasa nak pukul tak doktor tu? tak membantu langsung jawapan dia! naseb baik la aku tgh bersedih kalau tak memang dengan mesin oksigen tu aku hampok kepala doktor tu. terus aku tanya doktor melayu lagi hensem itu. doktor hensem tu cakap "keadaan dia ok, better than tadi. cuma saluran pernafasan dia maseh ada bunyik sikit. insyaAllah dia akan ok". haaaa kan sedap macam tu. sedap je dengar.. lama jugak Miqael kat wad krikital. dua malam kat situ. lepas tu doktor cakap keadaan dia dah ok sikit jadi dipindahkan ke wad lain sebab ada pesakit lain nak guna bilik tu. semua doktor kenal Miqael huhu. ni semua pasal kejadian kelam kabut itu. ada doktor tu siap jumpa Miqael pastu cakap "hai Miqael, dah senyum dah dia.. semalam satu wad kecoh pasal dia tau" huhu..

kesian anak ummyyyy :'(


alhamdulillah lepas 3 hari, Miqael sehat dah. kalau dah sehat memang tak boleh tengok la lasak dia macamane, peramah dia macamane huhu.. doktor doktor sangat rajen melayan keperamahan miqael. kalau doktor datang nak check pastu dia tido time tu memang la doktor hampa haha. Miqael sangat suka senyum sesuka hati kat orang. tak paham motif senyum dia. senyum dia siap dgn lidah lidah keluar haha. pastu bila nurse ke doktor datang check, diam je dia sebab kepoh nak tau doktor ke nurse nak buat ape kat dia. abah dia cakap Miqael kepoh macam ummy. ok fine abah!

sekarang baru faham perasaan ibu bapa yang ada anak anak kecil yang sedang sakit. ni baru sakit macamni aku dah tak boleh tahan. apatah lagi yang teruk dari ni. ya Allah, jauhkanlah! masa Miqael sakit tu memang rasa macam nak tukar badan. biar la aku yang sakit. sedih, sebak, pilu, sayu, semua semua lah perasaan ada. di sebalik kejadian ni jugak, ada hikmah besarrrr. alhamdulillah di atas perubahan itu, terima kasih Allah :)



lepas keluar wad, miqael masih ada lagi selsema sikit dan kahak dia pon belum abes lg. tanya doktor macamane nk buat dgn kahak dia ni. doktor cakap nanti kahak tu baik sendiri. kesian tengok miqael, kalau bernafas dgr bunyi kahak tu :(. mak cadang g ubat homeopathy. dulu dulu masa kekecik, tiap kali demam panas, aku rajen kene sawan tarik haha. ada satu hari tu masa kekecik, kat majlis kawen tetibe aku sawan tarik pastu ada doktor homeopathy letak ubat bawah lidah aku dannnn terus lepas tu alhamdulillah tak kene sawan tarik dah. jadi aku macam peraya dengan perubatan homeopathy ni. ok, tanpa buang masa aku bawak miqael g berubat homeopathy kat Damansara uptown. then doktor kasi ubat utk selsema, kahak dan asma. guess what?! dalam masa dua hari selsema dan kahak Miqael hilang! alhamdulilah :). harap harap asma yang doktor cakap tu takde dah. next checkup nanti akan tau result asma tu. nak tau apa itu homeopathy? baca ni kejap :

Rawatan homeopati lebih terkenal dengan rawatan secara semulajadi ' tanpa menggunakan sebarang dadah atau drugs, racun atau kesan sampingan'

Setiap ubat homeopati adalah bebas dari kesan sampingan kerana kesemua 100 % ubat-ubat homeopati telah ditapis atau disaring dengan membuang semua toksid yang yang tinggal hanyalah kuasa ubat sahaja.

Homeopathy terkenal merawat pesakit untuk penyembuhan. Mencari akar umbi penyakit dan memberi ubat-ubat yang betul-betul serasi atau tepat dengan gejala penyakit.



alhamdulillah Miqael kembali sihat. aktif seperti dulu. garang bukan main!


** ummy, abah sangat sayanggggg Miqael! kiss kiss! **



salam takziah

sayu hati bila tengok berita tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa. tapi bila tengok gambar kat bawah ni, sejuk je hati. anak kecil yang depan tu comel sangat sangat! semua serba putih, suci je kan :). insyaAllah mereka mereka akan ditempatkan di syurga Allah, amin..

Al-Fatihah buat anak anak yang terkorban.. kepada keluarga mangsa, saya ucapkan takziah..




p/s: Miqael dah beransur sehat dah. alhamdulillah :)

May 5, 2011

zaman muda remaja

haha! ok intro kene gelak dulu baru mula menulis. macam kelakar bila ingat balik zaman muda remaja. zaman masa form 3. masa tu kan zaman PMR maka haruslah pergi tuisyen kan. kata nak dapat 8A kan. nan ado dapat 8A! haha. bazir duit mak ayah kan aku ni. takpe tu bukan tajok sebenar.

nak cerita ni, dulu masa tuisyen ada seorang budak lelaki india telah terjatuh chenta pada gadis yang sedang menulis post ini. nak buat macamna... tak de budak melayu nak jatuh cinta kat aku, budak india pon india lah heheh. boleh tak masa tengah cekgu ajar kat depan tu dia pas satu surat. biasa la dulu takde handphone maka surat menyurat la kalau nak luahkan isi hati hihi. waktu rehat je, dengan pantas pegi toilet sbb nak baca surat tu. masa tu siap ajak geng g toilet nak baca surat ramai ramai haha. biasa la ayat dulu dulu musti cakap "saya suka kat awak" la "saya cinta awak" la apa la kan. tapi ada satu ayat ni memang macam nak lempang pon ada. dia cakap eh tak dia tulis "kalau awak sudi terima saya, saya sanggup masuk ISLAM" boleh takkkkkkk????
ehhhh korang ingat aku terima keeeee. masa tu zaman hingus hingus manade masa nak bercinta niiiiii :p. tak kan la aku nak terima kan. tak bukan sebab dia india ke apa memang tak boleh la kan. eh tak boleh la, tak bolehhhh. plus dia dah ada girlfren ok. pastu siap cakap nak putus pulak dgn gf dia haha! klaka eh zaman dulu dulu. nampak sgt kurang kematangan disitu hihi.

esok pegi sekolah, gf dia usha ketat je kat aku. ehhhh bukan aku ok yang gatal gatals dgn boyfren kau. tak kan la dengan budak melayu ni pon kau nak herannn. sirius ok dia marah. memang tak la aku nak rasa bersalah kan. what for? please ok. rupa rupanya memang betol dia clash dgn gf diaaaa haha! abes tu semua budak india kat skolah tau dia suka akuuuu haha! budak india kelas aku siap sampaikan salam. eh budak india yang aku tak kenal pon siap sampaikan salam? apa niiiii??? sampai la abes sekolah aku buat dunno je kan.

sekarang niiii? dia bekerja kat kedai yang aku selalu renew road tax tu ok. kedai pak sedara dia rasanya. aku selalu tengok dulu sebelum aku masuk. kot kot dia ada ke kan. tak moh ah jumpa. tapiiiii semalam, semalammmm adalah tak boleh nak elak. beria intai intai dulu tengok dia ada ke tak. ok selamat dia takde, fuh! eh tidak laaaa dia adaaaa! tak boleh la nak patah balik. dah masok dalam dah niiii. ok takpe, lemparkan senyuman je ah. senyum kerbau kot aku senyum tu. terus tak pandang dia sampai keluar pintu tuuu. naseb baik dia pon tak pegi kat aku nak borak borak. selamat kau. tak pon mesti dia rasa menyesal kenapa la dia boleh terjatuh cinta dgn budak niiii haha!

ok tu je nak cerita. tetibe teringat hihi.


May 4, 2011

menjelir jelir

pagi tadi macam biasa lepas masakkan bubur utk miqa, lepas mandi kan dia baru hantar dia pegi rumah babysitter. tapiiiii boleh tak ummy dia adalah terlajak nak bawak miqa pegi opisssss! naseb baik tak masok highway lagi kalau takkkkk jenuh la nak pusing jauh haha! kenapa ntah boleh terlupa nak hantar si kecil ni pulak. beria borak borak dengan dia sampai la terlupa. lain kali Miqael ingatkan ummy laaaaa. gelak gelak dua beranak dalam kereta eh tak la tipu, ummy dia je gelak, Miqael muka sirius! eleh tau la rindu kat cucu makcik raja tuuuuu. fine la ummy terlupa tadiiii.

Miqael adalah sangat suka menjelirkan lidahnya. wah sekarang lagi la sakan suka main lidah. keluar masuk lidah tu. hish ape punye mainan niiii.

abaikan rambut yang tak serupa rambut itu. bila rambut nak lebat ni Miqaellll (T_T). rambut dah la takde kan pastu rambut yang sikit tu suka la tercacak cacak. dah macam Albert Einstein dahhhh (T_T)



kalau cakap "mana mata, mata mana?" nanti dia buat macam ni :

comot comot akibat sedang makan bubur lazat yang dimasak ummy :p

----------


minum air sampai tumpah tumpah kat baju lepas tu taknak tukar baju. nak mainnnnn je.


che' de belanja lunch kat the apartment.
kan dah kata mesti kene ada duck itu. mana mana pegi kene bawak supaya dia duduk diam sikit huhu.

---

hari ini adalah kebosanan di opis (O_o)




May 1, 2011

sikit je tak banyak


hello peeps! :)

hari ni adalah hari buruh kan tapi orang ini sedang bekerja T_T. tapi takpe, dapat update blog yang sudah bersawang labah labah. pemalas bukan main nak update blog. nak mula tu adoiyaiiiiiii...


ok, hari ni terrr rajen sikit maka boleh tulis sikit sikit. sikit je tak banyak.


pertama:

miqael dah nak masuk sembilan bulan next weekkkk! hoyeahhhh!!! sekejap je dah sembilan bulan. lepas tu setahunnnn. lepas tuuuuu 18 tahunnnn.


baru baru ni hero ummy kene ruam panas. abes satu badan bintik2 merah. dah tak skin baby dah. kasar je :(. miqael adalah kuat berpeluh. satu rumah merangkak tanpa kenal erti penat. kite yang tengok ni yang penat. siap suruh dia berehat jap. tapiiiiii takmoh pulak dia ni. nak jugak merangkak sampai takde tempat nak pegi dah. haish. plus miqael tak boleh sangat dengan cuaca panas melampau. cuaca panas adalah menakotkannnn. ok, ok, lepas ni kite pindah London ok sayang haha!
tapi sekarang alhamdulillah dah ok dah sikit. sapu calamine lotion kat badan dia. naseb baik miqael tak merengek rengek pasal ruam tu. lepas ni tak boleh la kalau rumah takde kipas yang kuat nanti ruam panas jadi lagi huhu.. takponnnn harus la pasang penghawa dingin! kenapa la kulit omputih sangat anak aku nihhhhh T_T


oh ya! sekarang sudah pandai berdiri tapi stand with the support la mcam kerusi ke meja ke. belom boleh stand alone. suka berdiri pegang meja tv tu lepas tu kaki jengket jengket nak tengok ada apa atas meja. pastu kalau dia geram, dia capai la barang atas meja tu. lepas tu campak bawah haha! suka bukak laci la almari la. mengendap dalam almari nak tengok apa ada. naseb baik tak amek barang dalam almari. mengendap je ok sayang, jangan sepahkan barang dalam almari tuuuu. miqael suka tengok orang menggosok baju. beria ok dia tengok, mata tak berkelip. dan sekarang nampak je iron dia pegi kat iron tu pastu buat buat macam menggosok haha! suka hati kau je nak hihi.

itik itu kawan Miqael. ada satu itik besar teman mandi, 3 baby itik dibawa kemana sahaja. teman baik donk!


kedua:

tetibe adalah teringin makan laksa sarawak. tapi tak reti buat pes laksa sarawak. maka kene beli la kan. setelah puas mengoogle akhirnya! dah jumpa dah org sarawak yg menjual pes itu dan boleh pos ke sini. yayyy! slurp slurp! harap harap la sedapsss


kalau korang teringin jugak, sila beli di sini :)



ketiga:

road tax dah mati 18/4 hari tu. lepas tu pegi renew lepas tu adalah terkoma 3 jam sekejappppp. road tax adalah rm987! eeeeee mahallllll. tu la kau, sape suruh langgar bontot kereta lancer la sylphy laaaaa! len kali langgar la beskal ke kan T_T


ok dah sekian. nak tulis sikit je tak banyak hihi


happy labor day
u ollssss! see u soon! ;)