Jun 14, 2010

hero saya

sedang angah memasak di dapur, tiba tiba sahaja angah berlari ke ruang hadapan menjerit jerit kegelian. apakah? kenapakah? mengapakah? perasaan ingin tahu membuak buak dalam diri ini. terus sahaja aku mendapatkan angah untuk bertanyakan kenapa, mengapa dan apa. rupanya sedang angah memasak, seekor belalang kunyit sebesar tapak tangan terbang dengan riang ke arah angah. apa lagi, melompat lompat la dia. besar ok belalang tu. yang tak boleh blah, belalang tu terbangggg!!!!! bukan lompat je siap terbang! mana nak lari? belalang tu siap terbang ke arah mangsa. aku dah la penakot akan belalang besar tu, ib pon fobia dgn benda terbang. jadi, takkan tak yah masak kot kan? ok, penyelesaiannya tunggu encik suami pulang dari kerja.

encik suami masuk je rumah, terus menerpa ke arah beliau. sian dia tak sempat duduk pun. tapi ini masalah yang sangat besar! belalang tu memang nak kene. kacau org masak. terus je bitau hal ini kepada encik suami. encik suami gelakkan pula. cis.

encik suami memulakan operasi menangkap belalang tersebut. aku juga turut serta, melihat je pon (kunun macam berani masa tu). masa tu tengah potong potong kacang panjang kat dapur ambil melihat encik suami menangkap belalang. owh! belalang tu terlepas dan terbangggg!!! dengan kacang panjang kat tangan, aku gagahkan diri berlari sepantas yang mungkin menyelamatkan diri. tak boleh blah belalang tu terbang terbang dengan riang. susah tahap nak tangkap belalang tu. berapa kali cobaan dah. aku dah standby kat pintu depan kot kot belalang tu sampai ke ruang depan ke kan.

akhirnya!! belalang tersebut berjaya di tangkap! encik suami letak belalang tu jauh jauh, kat luar nunnnn tu kat lorong masuk jalan taman. lega tahap nak buat kenduri doa selamat. selepas itu, kami memasak dengan aman sekali. lauk yang dimasak pula sangat sedap haha! yang itu tipu je :p

p/s: terima kaseh kepada suami terchinta, muah muah!



6 comments:

  1. belalang ok lg..tp tolong jgn lipas terbangggg..warghhhh..ngeri giler..
    dan paling takut adalah katak!!

    ReplyDelete
  2. hhahahahhahahahhahahhahahahahhahahahahhahahahahahhahahahahahahhahah..belalang je kot kak long!!! bkn lebah!! ahahhahahahahhahahahahahahhahahahahahahhahahahahahahahahahahahh!!! esok jgk shima bwt knduri doa slamat tu.ahahhahahahahahahhahahahhaha

    ReplyDelete
  3. fiffy: lipas terbang?? tidakkk!! tu kak meeza sgt fobia! serius! lipas tak terbang skali pon memang la kak meeza lari satu padang!

    shima: hahahah! walopon hy seekor belalang tapi dia besar gile memang mcm monster dah. tak boleh tahan dia terbang2. eeeeiii tak suka la terbang2 haha! buat kenduri besar besaran, masak sedap sedap ok :p

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. hahah! lazat tak terkata! cicah sambal kicap kan, slurpppp!

    ReplyDelete