Jun 18, 2010

31 weeks

dah lama rasanya tak cerita pasal baby kan. alhamdulillah baby sehat, aktif menendang nendang. takpe, tendang je sebab tak saket pun, best tengok perut gerak gerak hihi.

baby dah 31 weeks dah. nak masuk 8 bulan :). sebulan lebih je lagi ni. berdebar debarrrrr!!!

checkup baru baru ni doktor cakap "baby kecik macam mak dia". owh, mak dia kecik ke nih? adakah doktor salah pandang ataupun aku salah dengar? pipi sudah bulat bagai di pam pam. berat baby adalah 1.4kg je. masa tu 7 bulan ++. doktor ckp sila minum susu dua kali sehari sampai berat baby 2kg. then boleh minum sehari sekali. dan jgn tinggal makan obat! yang ini memang ye, kadang kadang adalah terlupa. tangguh tangguh sampai terlupa nak makan obat. ini la akibat bertangguh. tetibe ada moral of the story, ok cukup.

scan kali ni lagi best! nampak muka babyyyyyyy!!! nampak mata dan hidung! tengah tengah scan tu tetibe muka baby mengadap kitorang. wah! nampak lubang hidung haha! pastu ada suara berkata kata "macam hidung mak dia, besar" hoh?! cis. encik suami! ada ke dia kata hidung i besar? ok, fine, memang pon hidung besar. tak pe, hidung besar comel comel haha! sedapkan hati. anak lelaki kalau ikot muka mak, sejuk mata memandang orang dulu dulu kata. mesti anak lelaki mak comel seperti mak dia haha! yang penting baby selamat dilahirkan, sihat walafiat :)

next checkup 3 julai nanti. masa tu dah 8 bulan ++!! owh, hampir tibaaaaa!!!! degupan jantung semakin laju, tahap kedebaran dah maximum. kepada kawan kawan yang disayangi, doakan saya ok. doakan saya dan baby selamat dan sehat :)


31 weeks :)




5 comments:

  1. ofkoss laaa.. mesti doa baik-baik~~~ semoga dua-dua selamat.. yeayyy!! tak sabar!

    ReplyDelete
  2. hehehe.. tak sabar juga! tapi takot pun sama juga huhu.. thanks darl!!! :D

    ReplyDelete
  3. semoga baby n mommy selamat2 aja donk! cant wait!

    ReplyDelete
  4. x sabarrr nk die main bby gym shima blikn tuuuu!! smlm pg parkson kt sg wang,ade jual additional toys utk gntung2 tmpt yg kosong tu..best2 kak longgg!!!

    ReplyDelete
  5. pasti baby akan main punye! baby tak sabar nak main dia cakap ngn kak long tadi hihi. add toys? okeh, okeh, nant kak long ajak along g sana :)

    ReplyDelete