lunch tadi pegi makan dekat restoran thai kt permaisuri. semalam dah pegi, hari ni pegi lagi. menu boleh tahan sedap. tu yang pegi lagi tu. tetibe ternampak satu budak kecik lelaki yg comel! eh hensem kot? besar nanti mesti hensem budak ni hihi. tapi bukan pasal budak kecik tu yg aku nak cerita. pasal pasangan muda kat restoran tu.
memula nampak biasa biasa je. lepas tu bunyi macam meja jatuh dum dum. ape lagi, biasa la, kepochi la pulak kan haha. mesti la nak tengok. owh! rupanya pasangan itu bergadoh. ok, fine takpe. biasa la gadoh2 kat public ni, dah biasa tengok. selepas beberapa minit kejadian bertambah panassss! kakak yang temankan adik dia dating tu segan segan dah bile ramai orang tengok adik dia gadoh2. tahap la annoying gile! rasa nak lempang pasangan tu. kenapa mesti nak gadoh dekat sini? tak reti pegi tempat lain? orang lain nak makan bukan nak tengok free show tu. boyfriend dia pujuk2, pegang2 la tangan dia kunun, pastu pompuan tu jerit2 suruh lepaskan. lama tahap kejadian tu. kakak pompuan tu nak balik sebab malu la kot, pastu pompuan tu boleh jerit2 jangan balik. hangen pulak aku tengok. kejadian pujuk memujuk pasangan romantis itu sampai ke tahap nak kiss mulut dah ok. wat the! sabar je la tengok. adegan tak sesuai untuk public aku rasa. bukan rasa, memang pon tak sesuai! eh, orang dah kawen pon tak over macam tu tau. get a room! tolonglah tetibe aku emo lunch tadi. mengada ngada ok pompuan tu. dia tau je orang tengok tapi makin menjadi jadi. kunun dia artis la? yang bertambah kemarahan adalah pasangan tak tau malu itu adalah warga indonesia. helloooo, ini malaysia ye, bukan indonesia. please la weyh, jangan buat muka tak tau malu. bajet kitorang suka la tengok free show tu? pasangan tu macam tak heran pon keadaan sekeliling. macam dunia ni diorang yang punya. wah! besar pangkat kau. kalau la aku owner restoran tu aku dah halau dah. mengganggu orang lain nak makan. sebok sebok nak gadoh depan restoran tengah2 time lunch ni.
kenapa la tidak ada rasa kesedaran diri mereka ini huhu..
dan org bkn malay tgk indon tu slalu dorang ingat malay je. sengalnya lah. saja tu nak attention. aku kalau gaduh pon slalu muncung ke apa ke. jumpa org je depan org je trus baikkkk. tapi balik tu baru sambung. hahahah!
ReplyDeletehahaha! kannn... pepandai la berlakon kalau depan orang. aku pun cenggitu, segan ok nk gadoh2 depan orang ramai. nant mereka meluat luat.
ReplyDeleteOMG. gile lah.. memang free free je korg tgk... ada ke patut gaduh depan org..
ReplyDeletetu la kan finny. sesuka nak gadoh di merata rata tempat. nak je pegi nasehat diorg tu hihi
ReplyDelete