May 23, 2010

baby checklist

ini adalah peringatan untuk diri sendiri dan untuk bakal bakal ibu ;)

Ada je beberapa barang baby yang tak perlu beli lagi dlm list tu. lepas bersalin, berpantang semua baru la membeli. sesetengah tu dah kene beli sekarang, kalau tak encik suami kene la bershopping sorang sorang beli barang baby hihi. tapi musti encik suami tak berapa arif kot :p, oleh itu kene bawak isteri terchenta shopping barang baby hihi

the list:

Bottle Feeding

  • Steriliser --->> owh, yg ni kene eh? tak payah tak pe tak?
  • Feeding Bottles & Teats --->> next week
  • Bottle Brush --->> next week
  • Pacifier & Pacifier Attacher --->> next week
  • Pacifier Holder --->> next week
  • Bottles Drying Racks --->> tak perlu kot??? pakai rack yang dah ada tu je boleh rasanya hihi
  • Formula Milk Dispenser --->> next week

Breast-feeding(next month la kot beli)

  • Breast Pump --->> breast pump mahal! pakai tangan pon buleh kan? :p
  • Breast Milk Storage Container
  • Bottle & Food Warmer
  • Breast Pad
  • Nursing Pillow
  • Nipple Cream
  • Nipple Protector

Nursery

  • Baby Cot --->> sekarang ni pakai portable bed dulu. senang boleh lipat2 jimat space. nanti baby dah 4 bulan ke baru beli baby cot + lepas pindah rumah baru beli. nak letak mana besar besar ni kan, kan.
  • Crib Set (Cot Bumpers, Fitted Sheet, Comforter) --->> next month
  • Newborn Pillow & Bolster --->> next month
  • Mattress (Latex/Foam) --->> next month
  • Waterproof Bed Pads --->> next month
  • Blanket --->> mak sudah belikan :)
  • Night Light --->> owh hari tu tertengok kt Jusco ada jual nitelight bintang bintang. macam best la pulak. macam kt space je rasa. tp sekarang promotion dh habes, mana ntah nak carik huhu
  • Lullaby Player --->> tak payah la kot. xpe, xpe, nant ummy nyanyikan utk baby k haha
  • Musical Mobile --->> errrmmmm perlukah?
  • Baby Monitor --->> tolong lah hadiahkan korang! hihi

Apparel

  • Bodysuits --->> untuk stok sampai lepas berpantang cukop rasanya yang ada ni. nant lepas pantang boleh kuar shopping lagi ;)
  • Infant Cap --->> lepas berpantang baru beli
  • Mittens and Booties
  • Receiving Blankets --->> sama je kot fungsi dia dengan swaddle ni kan?
  • Swaddle
  • Socks --->>
  • Accessories (Headbands, Wrist & Foot Rattles) --->> lepas berpantang baru beli
  • Bibs --->> lepas berpantang baru beli
  • Cloth Diapers --->> untuk kegunaan di rumah. kalau travel2 baru pakai pampers. jimat sket pakai cloth diaper kat umah hihi
Bathing & Grooming

  • Bath Tub with Hammock --->> mak sudah belikan :)
  • Bath Seat for Mom --->> kene jugak kah?
  • Water Temperature Indicator --->> errrr tak payah la kot kan?
  • Wash Cloths --->> sama je kot dengan bath towel rasanya?
  • Bath Towels --->> mak sudah belikan :)
  • Bath Toys --->> mak sudah belikan :)
  • Baby Comb and Brush --->> next week

Health Care & Hygiene

  • Grooming Set (Comb, Nail Clipper, Scissors)
  • Medicine Set (Medicine Dropper, Medicine Syringe)
  • Nasal Aspirator
  • Oral Care Kit
  • Thermometer

Travel

  • Stroller / Travel System --->> lepas berpantang baru beli
  • Infant Car Seat --->> mak mau sponsor dan sudah kasi $$$ tp tak beli beli lagi. nanti along beli k mak hihi
  • Baby Sling --->> erk, maaf aku tidak gemar baby sling huhu
  • Diapers Bag --->> sila hadiahkan kepada saya haha
  • Fold & Go Changing Mat --->> yang ini juga, pleaseeee :p
  • Infant Head Support
  • On the Go Bottle Warmer --->> lepas berpantang baru beli
  • Portable Baby Bed --->> mak sudah belikan :)
  • Plastic Bag for Soiled Diapers --->> pakai plastik biasa2 tu je boleh kannn

Toys(lepas berpantang baru beli)

  • Soft Toys
  • Educational/Development Toys
  • Rattles
  • Teethers
  • Play Gym/Activity Mat
  • Books
  • Educational Videos
  • Classical Music CDs

ok, setakat ini dulu.

nanti bila dah beli barang barang aku update lg :D

May 19, 2010

tanya ustaz

beberapa hari lalu kot. ahad kalau tak salah. menonton rancangan tanya ustaz tv 9. rancangan favourite mak :). tetiap pagi mesti mak record citer tu punye. lepas balik jogging kang dia tengok hihi. kebetulan pulak tajuk kali ni 'ANAK ANUGERAH ALLAH'. macam best untuk ditonton.

meh sini nak kongsi kongsi dengan korang. nama ustaz penceramah ni Ustaz Hanafi Abdul Malik. best je tengok muka dia, senyummmmmm memanjang :). sejok hati hihi. Ustaz tu kasi petua macam macam.

Pertama ada kene mengena dengan surah Al-Fatihah. Ada satu kes ni, seorang ibu datang jumpa ustaz ni cerita masalah anak dia. anak dia ni belajar oversea tp tak habis, kawen dgn org sana. selalu keluar masok gereja. tak penah balik sejak kawen. ibu ni sudah sedih mengenangkan naseb anak dia. ustaz hanafi cakap "puan, puan amalkan apa yang saya akan ajar ni. tiap kali puan baca surah al-fatihah dalam solat, lepas je baca ayat ke-4 (iyyakanakbuduwaiyyakanasta'in), puan tarik nafas perlahan lahan dan berdoalah 'KEMBALIKAN ANAKKU'(doa dlm hati). baca fatihah perlahan lahan, kene tau setiap makna ayat dlm surah fatihah. tarik nafas perlahan lahan setiap satu ayat tu". Tak lama kemudian ibu tadi jumpa ustaz hanafi bitau yang anak dia telah kembali kepada dia. anak dia dah balik rumah dah. Menurut Ustaz Hanafi, berdoalah apa yang kita nak doa sekalipun selepas ayat ke-4 itu, insyaAllah Allah akan tunaikan :)

Ada pemanggil call bitau dia pun amalkan apa yang ustaz ni buat. dia amalkan sepanjang dia mengandung sampai la hari ni, alhamdulillah semua anak anak dia berjaya dalam hidup, anak anak dia menyenangkan hati dia. sejuk perut ibu mengandung :)

cerita ke-2: (ini petua mendapat anak bagi mereka yang belum ada rezeki baby lagi)

Ada sorang caller ni mintak pendapat ustaz. dia pernah hamil tapi kandungan hilang (aku tak faham apa maksud dia kandungan hilang huhu tp ustaz ckp tu biasa kandungan hilang). sekarang dah lebih 10 tahun kalau tak salah aku dia ckp dia tak de rezeki baby. dia tanya pandangan ustaz kalau dia amek anak angkat yang datang dari hasil zina. ustaz pun jawab, "kalau boleh jangan dulu amek anak angkat, cuba amalkan petua ni. amalan orang arab. segenggam kurma di blend dengan segelas susu kambing, minum awal pagi. sekali tu je blend. lepas tu, hari berikutnya amalkan makan kurma dan susu kambing. amalkan setahun, kalau lepas tu tiada jugak rezeki, boleh la ambil anak angkat". tapi ustaz tak galakkan amek anak angkat hasil dari zina sebab sedikit sebanyak ada kene mengena dengan peribadi anak tu. tak banyak la tapi. kalau boleh elakkan.

cerita ke-3:

Seorang pemanggil ni cerita pasal anak dia yang kecik kecik dah suka amek barang orang, kadang kadang amek pensel la pemadam la. dia pun tak tau kenapa anak dia macam tu. Ustaz pun menjawab "tiap kali anak dah tidur, baca satu ayat kt dalam asmaulhusna tu, 'YA SHAHID' sebanyak 319 kali dan tiup kat ubun2 anak. ayat ni mengelakkan anak anak melakukan jenayah macam zina ke mencuri ke dan sewaktu dengannya". Ustaz cakap buat kat baby baru lahir, insyaAllah dia tergolong dalam orang yang baik baik, insyaAllah :)

tetibe rasa macam banyak lagi nak kongsi kongsi tapi adalah malas nak taip haha! bukan kedekut ok tp tu la, kemalasan pula.

secara ringkas, korang amalkan surah AL-INSYIRAH. surah itu adalah sangat bagus, boleh lapangkan dada, kalau ada masalah hutang piutang pun bagus amalkan surah ni pastu kalau nak kasi anak anak suka tengok muka kite pun amalkan surah ni. pssstt, cekgu cekgu pon bagus amalkan supaya anak murid suka tengok kite, sejuk je dengar cekgu cekgu mengajar. Korang pegi tengok makna surah tu k. lepas tu ustaz cakap dalam mendidik anak, amalkan 7 P tapi aku dah tak ingat semua haha. apa kata korang tangok kat tv9 online (http://www.tv9.com.my). amalan 7P tu sgt menarik pastu mak aku memang amalkan dan memang la menjadi. lihat anak dia yang baik ni :p. (alhamdulillah)

pastu bahagian ketiga aku belum tengok lagi. tak sempat nak tengok bahagian 3 hihi. jadi jangan lupa tonton tv9 online ituuuuuu~~


May 12, 2010

membeli belah

best jugak rupanya baby expo tu. dapat jugak la membeli walaupun semua barang yang dah diskaun kaw kaw sudah habes huhu.. kenapa la tak pegi 1st day tu :'(

mak pula bagi $$$ untuk dibelanjakan. kata mak "amek duit ni, mak nak blanja baby. beli la car seat ke, yang lebih tu beli je ape2 untuk baby". tetibe masa tu terharu. rasa macam susahkan mak je. tapi mak nak jugak kasi huhu.. tipu la kalau tak suka kan tapi tu la macam susahkan mak pula. thank u so much mak! i love youuuuu so much!!!! muah! muah!

takde ape yg besar besar pon dapat beli sebab semua dh habes kene borong agaknya. yang tinggal barang yg harga dia masih mahal la jugak kan. jadi pada hari baby expo tu kitorang register stemlife. dah berapa bulan dah tangguh buat banda ni. pastu kt expo tu ada la pulak stemlife tu kan. apa lagi, haruslah join. untuk masa depan baby. sekarang dah lega, hal stemcell dah selesai. dulu kan aku penah cerita pasal stemlife ni kan? haaaaa sekarang sudah termakbul. alhamdulillah, syukur :)

selesai sudah hajat nak store stem cell baby :)


barangan yang telah dibeli adalah seperti berikut walaupun sebenarnya macam awal? eh awal ke? tak lah, tak awal kan :p. beli sebab murah! tengok kat OU hari tu baby bath tub tu aje dah rm80! pastu nipis pula, ish taknak lah. sekarang dapat yg memuaskan hati, jadi harus la beli.

baby bath tub set: bath tub + baby towel + bath sling(support baby in tub) + baby potty + free soft toy = RM48 (worth kot aku rasa. bath tub nak kaler biru sebenarnya tapi tinggal hijau & pink. kenapa la tak amek pink? takpe hijau pon ok kan :p)

baju baby dan sticker (baju baby & sticker tengkorak itu adalah dibeli oleh encik suami haha! yg lion itu angah belanja)


next month memang banyak harus di beli! paling penting adalah barangan baby care/bathing dan barangan harian baby macam botol susu ke cloth diapers ke.. ok, kene check checklist! baby cot dgn stroller nanti dulu kot hihi..


May 6, 2010

annoying gile!

lunch tadi pegi makan dekat restoran thai kt permaisuri. semalam dah pegi, hari ni pegi lagi. menu boleh tahan sedap. tu yang pegi lagi tu. tetibe ternampak satu budak kecik lelaki yg comel! eh hensem kot? besar nanti mesti hensem budak ni hihi. tapi bukan pasal budak kecik tu yg aku nak cerita. pasal pasangan muda kat restoran tu.

memula nampak biasa biasa je. lepas tu bunyi macam meja jatuh dum dum. ape lagi, biasa la, kepochi la pulak kan haha. mesti la nak tengok. owh! rupanya pasangan itu bergadoh. ok, fine takpe. biasa la gadoh2 kat public ni, dah biasa tengok. selepas beberapa minit kejadian bertambah panassss! kakak yang temankan adik dia dating tu segan segan dah bile ramai orang tengok adik dia gadoh2. tahap la annoying gile! rasa nak lempang pasangan tu. kenapa mesti nak gadoh dekat sini? tak reti pegi tempat lain? orang lain nak makan bukan nak tengok free show tu. boyfriend dia pujuk2, pegang2 la tangan dia kunun, pastu pompuan tu jerit2 suruh lepaskan. lama tahap kejadian tu. kakak pompuan tu nak balik sebab malu la kot, pastu pompuan tu boleh jerit2 jangan balik. hangen pulak aku tengok. kejadian pujuk memujuk pasangan romantis itu sampai ke tahap nak kiss mulut dah ok. wat the! sabar je la tengok. adegan tak sesuai untuk public aku rasa. bukan rasa, memang pon tak sesuai! eh, orang dah kawen pon tak over macam tu tau. get a room! tolonglah tetibe aku emo lunch tadi. mengada ngada ok pompuan tu. dia tau je orang tengok tapi makin menjadi jadi. kunun dia artis la? yang bertambah kemarahan adalah pasangan tak tau malu itu adalah warga indonesia. helloooo, ini malaysia ye, bukan indonesia. please la weyh, jangan buat muka tak tau malu. bajet kitorang suka la tengok free show tu? pasangan tu macam tak heran pon keadaan sekeliling. macam dunia ni diorang yang punya. wah! besar pangkat kau. kalau la aku owner restoran tu aku dah halau dah. mengganggu orang lain nak makan. sebok sebok nak gadoh depan restoran tengah2 time lunch ni.

kenapa la tidak ada rasa kesedaran diri mereka ini huhu..


May 5, 2010

mom & baby expo

mesti pergiiiii! 7th-9th May MidValley Expo 2010

It's sooo much fun to buy for the little baby in your tummy :)

so many baby things pop into my head rite now hihi.. hope can buy something at the expo. a stroller maybe?
ok, cant wait! errr.. now i'm thinking of an EL for this friday hihi :p



May 3, 2010

hormati jiran anda

semalam terjadi lagi. serius tak suka bila benda ni jadi lagi. kenapa tak reti nak menghormati hak jiran? memasing dah ada akal Allah kasi, dah ada ilmu penuh di dada. tak tau la kalau memang tak di didik dengan baik.

tak kesah la kalau orang lain tak kesah pasal kejadian yang akan diceritakan ni. tapi yang pasti aku kesah! yang amat!

semalam si jiran sesuka hati parking kereta dia depan rumah. padahal dia tau depan rumah tu memang parking kitorang. itu kan depan rumah aku, apa hak dia nak parking sesuka hati? padahal depan rumah kakak dia kosong, depan rumah dia boleh parking lagi. nak aku ajar ke parking macamane? semalam encik suami balik kerja nak park kereta memang la tak boleh sebab parking tu dah kene amek. encik suami pun buat buat la macam tengah cari parking dengan harapan supaya si jiran yg sedang berborak depan umah dia tu paham, tapi tak paham rupanya. padahal dia nampak encik suami siap berhenti kereta tepi tu. dia pandang buat macam tak paham. ya Allah! serius nak lempang je rasa. naseb baik la tak calarkan kereta dia. memang dah terpikir dah sebenarnya nak buat camtu tapi tu la kan, tak sampai hati. tapi sampai bila?!

mak balik kerja pukul 1 pagi semalam pun ingat nak parking depan rumah tapi tengok dah ada kereta tak tau malu itu. apa lagi aku amek la kereta mak parking kat depan gate kakak dia punya rumah, puas hati! eh tak puas hati pun sebenarnya sebab dah selalu sangat jadi. penat la. kitorang sanggup kalau takde parking pegi parking jauh jauh, sampai ke luar jalan tu kitorang parking. tak pernah la nak amek tempat jiran. tapi bila diorang? kenapa mesti nak buat macam tu? otak kat mana? kat lutut ke? serius la, marah tak boleh tahan dah!

lagi sekali dia buat lagi, aku call dia suruh alihkan kereta. kalau tak angkat call, aku pegi rumah dia terus. ni bukan masalah berkira, kalau sekali jadi tak kesah pun. ni macam kunun semua tempat dia yang punya. wah, ada share ke beli rumah mak aku tu? kitorang nak parking kat tempat jiran siap minta izin ok.

sekarang dah tau perangai diorang macamane, jadi lepas ni jangan harap nak belas kasihan ke nak bersimpati ke, no way hosay! penat dah jadi jiran yang baik. lepas ni tidak lagi!