Apr 22, 2010

tak suka, tak suka

tak suka, dalam erti kata lain B.E.N.C.I. serius tak suka tahap dengan kereta yang guna lampu putih. gerammmmm! silau mata. lagi hangen kalau dia bebetol belakang kereta kita. owh, rasa nak turun kete pegi kat dia kasi lempangan siket. kenapa la musti nak bergaya tak kene tempat? tak perlu kot nak pasang lampu camtu. meningkatkan kadar kemalangan jalanraya tau tak? dah elok2 lampu tu kaler kuning, tak saket mata. beria jugak nak pasang lampu kaler putih tu. kepada mereka yang menggunakan lampu tersebut, mintak maaf ye, memang tak boleh nak tahan dah ni.

ok, ok, sila bersabar, tarik nafassss

p/s: sila la patuhi undang2 jalanraya. pandu cermat jiwa selamat :)

-----
HID High intensity Discharged (HID) Headlamp iaitu lampu yang tidak menggunakan filament tetapi menggunakan Gas Xenon.

Pemasangan lampu HID secara aksesori (Retrofit) adalah tidak dibenarkan kecuali penukaran keseluruhan sistem lampu tersebut dengan mendapat akreditasi daripada badan yang diberi kuasa seperti SIRIM

Lampu HID yang dipasang secara aksesori (retrofit) dengan kuasa melebihi satandard yang telah ditetapkan boleh menganggu penglihatan dan seterusnya memudaratkan pengguna jalan raya lain.

Pada 19 November 2007, JPJ telah mengemaskini C&U dan memasukkan peraturan kawalselia terhadap penggunaan lampu HID di dalam Kaedah 96 (2)(i) yang menyatakan "sekiranya lampu HID digunakan, pemasangan,spesifikasi dan sistem lampu tersebut hendaklah mematuhi peraturan UNECE 48, UNECE 98 dan UNECE 99"

Penguatkuasaan terhadap kenderaan yang menggunakan lampu HID yang dipasang secara aksesori (Retrofit)boleh diambil tindakan dibawah Kaedah 94 Kaedah-kaedah kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Kegunaan) 1959 iaitu 'keadaan kenderaanbermotor yang digunakan di atas jalan raya dan semua bahagian dan aksesorinya hendaklah sentiasa tidak mengakibatkan atau mungkin mengakibatkan merbahaya pada orang di dalam kenderaan atau di atas jalanraya', kesalahan ini boleh didenda sehingga RM 2000 atau penjara bagi tempoh tidak lebih 6 bulan dibawah seskyen 119(1) APJ 1987.

Pemeriksaan terhadap kenderaan yang mengubahsuai/memasang lampu HID secara aksesori (retrofit) dengan mengeluarkan notis larangan Penggunaan Kenderaan (PG1) di bawah Seksyen 59 APJ 1987 bagi kes-kes yang dikesan sehingga akhir bulan November 2008.

4 comments:

  1. alamak kak.. kereta fini dari kilang dah guna lampu putih tu :/ mintak maaf awal2 kalau one day nnt kereta fini berada di belakang kereta kak meeza :)

    fini

    ReplyDelete
  2. hahaha! owh fini pon pakai eh? xpe kalau yg dr kilang tu memang keterangan lampu dia tak melampau. ni yang memandai tambah tu ha. terang tahap boleh buat spotlite funfair haha!

    ReplyDelete
  3. a ah.. tapi insyaAllah kalau fini belakang kereta akak takde annoying sgt .. haha.. tp betul kak, kalau org yang pandai2 je nak tukar ke lamp tu, mmg lah sgt terang! sakit mata..

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete