Apr 21, 2010

5 bulan

lama tak update pasal baby. last checkup 10/4/2010. masa tu dah 5 months dah :)

nak jadikan cerita, hari nak checkup tu dan dan la dr. ratna cuti. nurse cakap ada doktor ganti, dr. nazri. hah? nazri? doktor lelaki! alamak keseganannnnnn. terus macam tak tau nak buat ape sebab tak pernah langsung checkup dgn doktor lelaki. langsung! terus cakap dengan nurse nak postpone nextweek. nak jugak tu dgn dr. ratna :p. banyak songeh kan aku nih haha! tapi memula dah tanya encik suami, dia macam nak taknak je kasi. tu yang nak postpone tu. pastu lepas keluar je dari klinik, tetibe pasangan suami isteri ini terberhenti depan pintu klinik. macam malas je nak postpone. encik suami pon dan dan la pulak merelakan. "tak pe lah, check je kan, alang2 dah datang ni" kata beliau. aku pun macam ok je lah. tapi dalam hati! segan segan segan. nanti dia pegang2 perot eeeiiii geli la i haha!

kitorang masuk la balik klinik bitau nurse nak checkup. nurse dah sengih sengih. musti dalam hati diorang cakap gelabah betol pasangan nih. dan tibalah masanya giliran berjumpa doktor. berdebar debar. masuk je tetibe doktor cakap pasal kekalahan MU dengan encik suami. apakah? kebetulan encik suami pakai tshirt MU. terus cerita bola. hishhhh. nurse tgh siap2 kan katil nak checkup. ok, sila baring, doktor mau scan. naseb baik bilik itu gelap maka takde la nampak perot yang comel ini. eh tapi tak de lah gelap sangat sebab ada cahaya dari luar. doktor tu pun tak tengok pon perot, dia just lalukan alat scan tu je. mata doktor kat skrin je. ok lega.

doktor tu scan tahap lama. adalah dlm 20 min kot ke 30 min. semua tempat dia tunjuk ni. pastu aku tanya jantung baby sehat tak? doktor terus tekan ape ntah kat machine tu terus dengar jantung baby. sukaaaaaaaaaa! best dapat dengar jantung baby. macam tak caya pon ada. pastu doktor tunjuk jari baby. wah! dan dan jari baby tunjuk tanda GOOD. encik suami boleh pulak cakap kat doktor "ni baby cakap, next year MU cuba lagi". doktor gelak beria. sambung lagi cerita bola. tak pe lah, naseb baik baby boy kan. biar dia dengar pasal bola hihi.

naseb baik doktor ni tak beria check perot, tengok2. tp korang sesetengah doktor lelaki selamber je ok tengok2 perot. kawan aku ni, doktor lelaki tu siap cakap "wahhh, bulatnye perot awak" sambil mata pandang kat perot. tak yah kot nak beria, scan aje sudah. ke memang aku yang banyak songeh? haha! tak pe la, ni semua atas diri memasing kan hihi.

next week harap harap dengan dr. ratna balik. banyak benda nak tanya nih. kalau nak tanya dokor perempuan tak segan sangat hihi. tak sabar nak scan 4D (^__^)

dari pandangan kepala baby :)

3 comments:

  1. sama doktor kite kak.. Dulu fini and hubby akan call dulu before datang.. memang tak rela kalau doktor laki yg cek..

    ReplyDelete
  2. owh, fini pon dr. ratna eh? fini bersalin kt PMC kah? camne kt sane fini? ok?

    ReplyDelete
  3. yups kak. fini dengan doktor Ratna. PMC ok kak! dont worry layanan diorg 5 bintang masa fini nak bersalin dulu.. :) make sure nnt dah dekat nak bersalin, mintak bilik sendiri.. Kalau kongsi2 bilik, rimas..

    lg satu, doktor ratna punye shift selalu nye 9 to 3 and 3 to 9... so bila buat next appointment, tanya dia dia shift bila tau.. :)

    ReplyDelete