Mar 23, 2010

yes, i menang!

weeeeee! cik fati just gave me this award. thank you laling for the award :D

baik hati sungguh kamu ni. susah susah aje u ni :p

siap ada rules ok:
  1. Thank & link the person that gave you the award.
  2. Pass this award onto bloggers you’ve recently discovered and think are fantastic.
  3. Contact said Blogs and let them know they’ve won the award.
  4. State 7 things about yourself.
---

sekarang award ini harus di beri kepada bloggers yang lain lain pula. ermmm... jap, pikir jap.

ok! sudah tau! dengan baik hatinya, award ini ditujukan khas untuk:

  1. Cik Marini
  2. Cik Marliana
  3. Puan Alyn
---

sekarang tiba masanya menunaikan perkara yang ke-4 itu pula, 7 perkara! apa saja kan? baik! mari mulakan sekarang.
  1. ini adalah perkara yang paling best!!! lagi 4 bulan bakal menjadi seorang ibu :)
  2. jerawat di sana sini sekarang. malas nak amek peduli. pegi la kau jerawatttttt!!! kasihanilah bakal ibu ini :(
  3. berangan nak buat bisnes. sangat la ingin! kenapa tak pernah terpikir sebelum start keje menjadi kuli dulu? sebok sebok jugak nak carik kerja. kalau amek kursus usahawan dulu pasti dah bergelar usahawan yang berjaya sekarang! haha berangan lagi
  4. kecik kecik dulu telah mencubit tok sedare. ayat yang dilontarkan "(sambil mencubit) eeeee..sana la siket..dah la gemokkkk". masa tu ckp pelahan je supaya mak tak dengar tp! rupanya mak dengarrrrrr! mak perasan rupanya anaknya ini telah melakukan perkara itu haha! tapi sekarang saya baik je dgn tok sedare itu. dulu kecik skg dah besar kan.
  5. kecik kecik dulu juga telah berjaya membunyikan jam loceng pada pukol 4 pagi. kejadian di rumah toktan kt spore. jam dulu dulu kan bunyi dia satu rumah dengar. pastu semua kt dalam rumah kelam kabut bangun. mereka ingat sudah subuh haha! eh, bukan saya sorang je yang buat, sepupu pon bersubahat sekali. hish, ingat lagi arwah toktan yang tutop jam tu. kejam je rasanya perbuatan itu. takpe dimaafkan sebab kan masa tu kecik lagi hihi
  6. kejadian di tempat yang sama, rumah toktan. dengan sepupu juga, kitorang letak gam UHU kt spender sepupu kitorg. sape suruh letak spender sepah sepah kt lantai kan. lepas dia kuar toilet nak pakai spender je, spender tu melekat kt lantai. dia tarik terus koyak haha!
  7. ok, akhirnya! yang terakhir. sampai sekarang masih tidak membeli kasut yg selesa utk ibu mengandung. dan tidak membeli seluar pegnen lagi. seb baik ada seluar keje yang muat lagi. macam takde masa nak kuar membeli barang barang itu. tak boleh! tak boleh! kene g beli jugak. suamiku sayang! mari kite bershopping!
owh, sudah selesai! kepada cik marini, cik marliana dan puan alyn, turn korang pulak.

babai~~



5 comments:

  1. point nombor tujuh tak boleh blah blah blah!!! :))

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. hahaha! tp serius tak beli pape lagi. kene ajak suami bershopping maka nant dia yg akan blanje haha!

    ReplyDelete
  4. Marini malas nak loginMarch 24, 2010 at 10:03 PM

    hoh kejam.... memberikan aku task yang begitu susah dilakukan. T_T.. btw, cantik ke i nih? ahahaha....

    gam uhu? sungguh kejam sekali! mana dpt idea tu? bleh tiru.. kekekek..

    ReplyDelete
  5. marini: haha! begitu malas nak login kau hi ya. pasti la cantek! oleh itu, sila lah laksanakan task ini.

    gam uhu? hahah! tu la, tetibe gam uhu depan mata masa tu, terus! tanpa berlengah lagi :p

    ReplyDelete