Mar 24, 2010

wedding booth


this is for real! \(^__^)/

me and ieda will be having a booth! yay!!
sangat lama berangan akhirnya terlaksana juga hihi

tetapi sangat dukacita kerana tidak dapat berada di sana.
rugiiiiii! musti korang bersuka ria di sana kan, kan. eeeeee jeles ok!

btw, thanks to ieda and friends. muah! sayang korang! kasi laris ok jualan kite itu hihi

to anyone out there, mari beramai ramai datang meriahkan booth kami! all are invited ;)

come and support us! yeeeha!




Mar 23, 2010

yes, i menang!

weeeeee! cik fati just gave me this award. thank you laling for the award :D

baik hati sungguh kamu ni. susah susah aje u ni :p

siap ada rules ok:
  1. Thank & link the person that gave you the award.
  2. Pass this award onto bloggers you’ve recently discovered and think are fantastic.
  3. Contact said Blogs and let them know they’ve won the award.
  4. State 7 things about yourself.
---

sekarang award ini harus di beri kepada bloggers yang lain lain pula. ermmm... jap, pikir jap.

ok! sudah tau! dengan baik hatinya, award ini ditujukan khas untuk:

  1. Cik Marini
  2. Cik Marliana
  3. Puan Alyn
---

sekarang tiba masanya menunaikan perkara yang ke-4 itu pula, 7 perkara! apa saja kan? baik! mari mulakan sekarang.
  1. ini adalah perkara yang paling best!!! lagi 4 bulan bakal menjadi seorang ibu :)
  2. jerawat di sana sini sekarang. malas nak amek peduli. pegi la kau jerawatttttt!!! kasihanilah bakal ibu ini :(
  3. berangan nak buat bisnes. sangat la ingin! kenapa tak pernah terpikir sebelum start keje menjadi kuli dulu? sebok sebok jugak nak carik kerja. kalau amek kursus usahawan dulu pasti dah bergelar usahawan yang berjaya sekarang! haha berangan lagi
  4. kecik kecik dulu telah mencubit tok sedare. ayat yang dilontarkan "(sambil mencubit) eeeee..sana la siket..dah la gemokkkk". masa tu ckp pelahan je supaya mak tak dengar tp! rupanya mak dengarrrrrr! mak perasan rupanya anaknya ini telah melakukan perkara itu haha! tapi sekarang saya baik je dgn tok sedare itu. dulu kecik skg dah besar kan.
  5. kecik kecik dulu juga telah berjaya membunyikan jam loceng pada pukol 4 pagi. kejadian di rumah toktan kt spore. jam dulu dulu kan bunyi dia satu rumah dengar. pastu semua kt dalam rumah kelam kabut bangun. mereka ingat sudah subuh haha! eh, bukan saya sorang je yang buat, sepupu pon bersubahat sekali. hish, ingat lagi arwah toktan yang tutop jam tu. kejam je rasanya perbuatan itu. takpe dimaafkan sebab kan masa tu kecik lagi hihi
  6. kejadian di tempat yang sama, rumah toktan. dengan sepupu juga, kitorang letak gam UHU kt spender sepupu kitorg. sape suruh letak spender sepah sepah kt lantai kan. lepas dia kuar toilet nak pakai spender je, spender tu melekat kt lantai. dia tarik terus koyak haha!
  7. ok, akhirnya! yang terakhir. sampai sekarang masih tidak membeli kasut yg selesa utk ibu mengandung. dan tidak membeli seluar pegnen lagi. seb baik ada seluar keje yang muat lagi. macam takde masa nak kuar membeli barang barang itu. tak boleh! tak boleh! kene g beli jugak. suamiku sayang! mari kite bershopping!
owh, sudah selesai! kepada cik marini, cik marliana dan puan alyn, turn korang pulak.

babai~~



Mar 18, 2010

saya dah nampak dah!

sekarang sudah 4 bulan 2 minggu. perot dah bulat sikit. yay!! baru la merasa seperti ibu mengandung, sudah ada perot.

seperti biasa, tiap kali checkup mesti doc check berat, tekanan darah and yang paling best adalah scan baby! tu je part yang tak sabar. macam nak beli je machine ultrasound tu. tapi tak elok pon kalau scan kerap kali sebab effect kat otak baby. sebulan skali adalah boleh.

baby sedang berposing! tangan beria kt atas, kaki gerak gerak tak nak duduk diam. tengah tengah syok tengok baby, tetibe doktor bersuara "haaaa, saya dah nampak dah"

me: "nampak apa doktor?"
doc: "saya dah tau jantina baby awak" (sambil tersenyum puas)
me: "hah?! dah nampak ke doktor?"
doc: "a'ah, saya nampak dah. nak tau tak baby ape?"
me: (tak jawab pon sebab macam beria tgk kt screen. nak tgk apa yg doktor nampak tu)
doc: "haaaa nampak tak tu? yang panjang panjang tu" (macam tak sure sebenarnye doktor tu cakap panjang ke hape ntah haha. bantai aje)
me: "mana? mana doktor..?" (tak faham macamana doktor boleh nampak sedangkan aku macam tak paham tengok skrin tu. tapi encik suami dah senyum lebarrrrrrrrr)
doc: "awak dapat baby BOY!"
me: "oh, ye ke doktor?!!!!" (sambil senyum dan melihat kearah encik suami)

Encik suami pasti la gumbira sebab nama untuk anak lelaki memang dah standby. nama baby girl tak jumpa jumpa. serius, masa cari nama baby girl memang susah. padahal nama perempuan la yang banyak sedap sedap kan.

tapi mengikut naluri hati seorang ibu ini, memang dah agak dah lelaki. eceh konfiden! tapi betol, mak pon cakap ni musti anak lelaki ni. sebab mak cakap aku kasar dan pemalas haha! kasar tu tak de la tendang tendang adik ke tetibe pegi pukul mak ke. bukan tau! pemalas tu macam betol sebab nak masak pun macam berat. mandi pagi susah ok. dulu kalau bangun pagi terus je mandi. sekarang! kalau hari cuti mesti tak terus mandi punye. siap breakfast dulu haha! terok kan. berharap supaya anak nant tidak pemalas.


pandangan atas kot kalau tak silap la. kepala dan badan je nampak.
tak best sgt sebab tak clear huhu


p/s: nama baby saya sedap tau! hahah! tetibe :p

Mar 11, 2010

the Mad Hatter

tetibe macam nak share share pasal movie Alice in the Wonderland. ok, tak tipu, suka cerita ni. sukaaaaaaa! dulu kecik kecik memang suka tengok cerita ni. sampai pernah sekali tu rasa nak jadi Alice. macam indah dan bahagia dapat jumpa mereka mereka yang comel itu! plus boleh transform jadik kecik besar. adalah rasa lagi teruja nak tangok movie ni disebabkan oleh Johnny Depp itu. lakonan beliau sangat la best! sejak cerita edward the scissorhand itu, terus terjatuh chenta. ok cukup, ini bukan pasal Johnny Depp, ni pasal Alice. oleh itu kawan kawan sekalian, tak rugi kot korang tengok movie ni. tegok la, pegi, pegi tengok! pasti tak menyesal. tetibe mempromote, bajet Tim Burton nak kasi $$$ haha! tp serius, pegi tengok. sekarang! booking online now!

the Mad Hatter pujaan hati

tweedledee & tweedledum: comel nak cubit perot + klakar!

the Cheshire Cat teringin topi Mad Hatter
sukaaaaaa dia! comel nak bela!

White Queen

Red Queen kepala besarrrr

si kacak johnny depp + Tim Burton movie best


-----
ok, sekarang pegi beli tiket.