May 7, 2009

nyum! nyum!

Teringin untuk mencuba.
sagu gula melaka ini sgt sedap! kalau wedding kt hotel, selalunya time dessert je musti ade dia ni. masa tu kalau perut aku sudah penuh pon akan kosong balik bila nampak si dia :p

oleh itu, mari kite cuba try test resipi ini!

(6 orang)
Bahan A :
  • 2 cawan sagu
  • 5 cawan air
Bahan B :
  • 3 cawan santan
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 sudu kecil garam
Bahan C :
  • 1 keping gula Melaka @ 1 cawan gula merah
  • 1 cawan air
  • 1 cawan air
  • 1 helai daun pandan
Cara-cara
  1. Adunan A : Panaskan air hingga mendidih. Bersihkan biji sagu dan masukkan ke dalam air mendidih.
  2. Masak hingga sagu menjadi jernih. Angkat dan cuci dengan air sejuk sehingga hilang kanjinya.
  3. Masukkan ke dalam acuan2 kecil dan sejukkan.
  4. Cara-cara Adunan B : Panaskan santan, garam, daun pandan dan gula hingga mendidih.
  5. Buang daun pandan dan sejukkan.
  6. Cara-cara Adunan C : Masakkan gula Melaka, daun pandan dan air hingga gula hancur.
  7. Buang daun pandan, tapiskan dan biarkan ia sejuk.
  8. Cara menghidang : Keluarkan sagu dari acuan2 kecil dan letak dalam mangkuk @ pinggan menghidang.
  9. Curahkan Adunan B, diikuti oleh Adunan C.
  10. Siap untuk dimakan!!!
p/s: makan sejuk2 lagi sedap! letak je kiub ais, slurppp!

3 comments:

  1. Mak ezreen slalu buat cik meeza...
    mmg besh...
    :-P

    ReplyDelete
  2. hah? alaaa... kalo mak kamoo buat lg, sila hantar sedikit kepada saya! :p

    ReplyDelete
  3. boleh..
    kos penghantaran akan dicaj terus kedlm akaun cik meeza....
    ;-P

    ReplyDelete