sembilan julai duaribusebelas ----> anak ummy dah 11 bulan!!!
HAPPY ELEVEN MONTHS precious MIQAEL! ummy love you and adore you more each day :D
alhamdulillah, dah nak dekat setahun dah umur diaaaa :)
sekarang dah macam macam boleh buat.
1. kalau cakap show me ur eyes atau mata mana? : nanti dia kelip kelip mata dia. comel gile dia kelip kelip mata tuuuuu
2. pastu tanya lagi, where ur teeth takpon gigi mana? : elok je dia nganga mulut sambil lidah dijelirkan haha! gigi tak tunjuk pun :p
3. kalau cakap clap ur hand atau tepuk tangan atau nyanyi tepok amai amai : beria tepuk tangan walaupun kadang kadang tak de bunyi 'pap pap pap' pun hihi
4. dah pandai lambai tangan dah. nak keluar rumah je lambai tangan. babai orang keliling. kadang kadang orang tu dah masuk rumah baru nak babai. ape da miqael ni.
5. suka panjat tanggaaaaa. penat menjaga dia woh naik turun tangga. nak beli sfety gate memang sampai sekarang tak beli la kan. halang tangga guna sofa je hihi
6. dah panjat meja tv! abah dia kat luar basuh lantai luar, ummy dia pegi dapur kejap amek barang. tetibe keadaan kat living hall macam senyap je. apa lagi, pegi la jengok kejap. rupa rupanyaaaaa dah ada atas meja tv!!!! elok je Miqael duduk atas tu, senyap je dia. rupanya senyap pasal tak boleh turun haha! tu laaaaa pandai sangat panjat tapi tak reti turun. nanti ummy ajar camne nak turun eh hihi
7. suka meniarapkan diri kat lantai. tapi meniarap bukan sebarang tiarap, dia jilat lantai daaaa. eeee pengotor la miqael niiii
8. kutip kutip benda kat lantai tu memang tak boleh nak cakap ape dah. tetiap hari la kene vakum. rambut pun nak kutip tau!
9. makan ubat sila jangan guna picagari yg doktor kasi tu ye. sampai bulan depan la memang dia tak makan ubat tu. sila gunakan sudu. kalau guna sudu, laju jeeeee.
10. sekarang tak suka makan bubur dah. nak makan apa yang kita makan. terpaksa la share makanan dengan dia sekarang. takyah masak bubur dah.
11. dah pandai dah sikat rambut sendiri hihi.. nampak je sikat dia, dia amek sikat pastu sikat rambut dia. kadang kadang tak kene rambut pun dia main sikat jugak haha.
12. berus gigi pun sendiri. takde la berus macam kite kan tapi still la dalam kategori memberus gigi hihi. gigi dah 7 batang jadi wajib setiap kali mandi berus gigi tau miqael.
13. miqael suka joget ye kawan kawan. pantang la dengar lagu, badan tu mesti nak goyang. suka dengar asmaulhusna. mesti depan tv tak gerak gerak. badan macam biasa goyang jugak. lagu m.daud kilau pon dia nak goyang jugakkkkk T__T
ummy tunggu bila la Miqael boleh jalan ni. kawan Miqael dah boleh jalan tau sayang. cepat jalan Miqaellllll.
next month Miqael adalah SETAHUN! apaaaaaaaa? SATU TAHUNNNN??? oh-tidak-sabar! semoga anak ummy sentiasa sihat walafiat :)
sembilan ogos duaribusebelas ----> anak ummy dah 11 bulan!!! mcm error je kat bulan tu.hehe..happy 11 month miqael =)Buli ummi bnyk2!!
ReplyDeleteha'ah kan hahah! tak sabar nak setahun la tu heheh. ok, harus tukarrrr. tenkiu aunty ila :D
ReplyDelete