Jul 8, 2011

HAPPY ELEVEN MONTHS

sembilan julai duaribusebelas ----> anak ummy dah 11 bulan!!!

HAPPY ELEVEN MONTHS precious MIQAEL! ummy love you and adore you more each day
:D

alhamdulillah, dah nak dekat setahun dah umur diaaaa :)

sekarang dah macam macam boleh buat.


1. kalau cakap show me ur eyes atau mata mana? : nanti dia kelip kelip mata dia. comel gile dia kelip kelip mata tuuuuu


2. pastu tanya lagi, where ur teeth takpon gigi mana? : elok je dia nganga mulut sambil lidah dijelirkan haha! gigi tak tunjuk pun :p

3. kalau cakap clap ur hand atau tepuk tangan atau nyanyi tepok amai amai : beria tepuk tangan walaupun kadang kadang tak de bunyi 'pap pap pap' pun hihi

4. dah pandai lambai tangan dah. nak keluar rumah je lambai tangan. babai orang keliling. kadang kadang orang tu dah masuk rumah baru nak babai. ape da miqael ni.


5. suka panjat tanggaaaaa. penat menjaga dia woh naik turun tangga. nak beli sfety gate memang sampai sekarang tak beli la kan. halang tangga guna sofa je hihi


6. dah panjat meja tv! abah dia kat luar basuh lantai luar, ummy dia pegi dapur kejap amek barang. tetibe keadaan kat living hall macam senyap je. apa lagi, pegi la jengok kejap. rupa rupanyaaaaa dah ada atas meja tv!!!! elok je Miqael duduk atas tu, senyap je dia. rupanya senyap pasal tak boleh turun haha! tu laaaaa pandai sangat panjat tapi tak reti turun. nanti ummy ajar camne nak turun eh hihi

7. suka meniarapkan diri kat lantai. tapi meniarap bukan sebarang tiarap, dia jilat lantai daaaa. eeee pengotor la miqael niiii

8. kutip kutip benda kat lantai tu memang tak boleh nak cakap ape dah. tetiap hari la kene vakum. rambut pun nak kutip tau!

9. makan ubat sila jangan guna picagari yg doktor kasi tu ye. sampai bulan depan la memang dia tak makan ubat tu. sila gunakan sudu. kalau guna sudu, laju jeeeee.

10. sekarang tak suka makan bubur dah. nak makan apa yang kita makan. terpaksa la share makanan dengan dia sekarang. takyah masak bubur dah.

11. dah pandai dah sikat rambut sendiri hihi.. nampak je sikat dia, dia amek sikat pastu sikat rambut dia. kadang kadang tak kene rambut pun dia main sikat jugak haha.

12. berus gigi pun sendiri. takde la berus macam kite kan tapi still la dalam kategori memberus gigi hihi. gigi dah 7 batang jadi wajib setiap kali mandi berus gigi tau miqael.

13. miqael suka joget ye kawan kawan. pantang la dengar lagu, badan tu mesti nak goyang. suka dengar asmaulhusna. mesti depan tv tak gerak gerak. badan macam biasa goyang jugak. lagu m.daud kilau pon dia nak goyang jugakkkkk T__T

ummy tunggu bila la Miqael boleh jalan ni. kawan Miqael dah boleh jalan tau sayang. cepat jalan Miqaellllll.

next month Miqael adalah SETAHUN! apaaaaaaaa? SATU TAHUNNNN??? oh-tidak-sabar! semoga anak ummy sentiasa sihat walafiat :)


a day before he turns 11mo :)


Jul 6, 2011

hari besarrrr

slurrrppppp (menyedut starbucks coffee free yang lazat dengan penuh kenikmatan). kalau free memang semuanya sodap heheh.



oh ok, dah boleh mula cerita. eh takde la cerita sangat tapi tetibe rasa macam nak conteng conteng di sini. seperti yang korang tau anak kesayangan saya yang bernama Miqael itu adalah hampir berumur satu tahunnnnn! sabtu ni beliau akan berumur 11 bulan makanya lg sebulan sudah setahun! tidak sabarrrr! tapiiiii masa umur dia genap setahun tu adalah pada bulan puasa. sorry miqael, no party for u dear hihi. kita solat terawih sesama kat surau je k. nanti ummy doa banyak banyak supaya anak ummy ni sentiasa sihat, jadi anak soleh, dengar cakap ummy abah, lembut hati, baik budi pekerti, bijak pandai, murah rezki, jadi orang kaya yang pemurah :). beruntung tau miqael sambut burfday bulan puasa tau sayang, jadi jangan sedih sedih kalau ummy tak buat party utk miqael eh. tapiiii dun worry, ummy dgn abah kompem bagi hadiah punye. walaupun hadiah tu hanyalah sebuah doa dari ummy utk anaknya :). kalau ada rezeki lebih, ummy belikan hadiah besau besau ok hihi.

eh tapi kan tak tipu, memang eksaited bile anak nak umur setahun dah. rasa macam tak sabar tunggu dia setahun. ape motif tak sabar tu tak tau. tapi macam eksaited semacam hihi. siap online tengok toys yang best best. macam semua nak beliiiii. lepas tu tengok harga, kecewa sbb mahalllll haha! takpe, takpe, semoga ummy murah rezki. dapat rezki terpijak ke :p.

lagi sebulan++ je hari besar Miqael! cepatnya masa berlaluuuuu. sila cepat jalan miqael sayang! nanti kite pegi taman burung, ummy teringin nak pegi haha! nanti miqael kalau dah jalan boleh lari lari kejar burung. jangan tetibe miqael terbang macam burung sudah. pingsan!!

ok sesape nak kasi hadiah kat Miqael boleh je, besar tapak tangan ummy dia terima heheh. korang doakan Miqael sentiasa sehat dan jadi anak yang baik pun dah kira besar dah hadiah tu :). baik! sehingga bertemu lagi di entri akan datang, papaiiii!~


eh tunggu jap! korang rasa nak pegi holiday tak?? apa? nakkkk??? meh sini nak share. matta fair is comingggggg this augusttttt!! jangan lepaskan peluangggg. jom korang!








Jul 5, 2011

sangat la nakkkkk

yes, i need a vacation!




** brape kali plan ntah, tak pernah nya nak jadiiiii T___T **



Jul 4, 2011

korang pernah rasa tak?

dah masuk july dah.

dah nak dekat bulan puasa dah.
(puasa tak habis ganti lagiiiii T__T)

dah seminggu tak g keje dah.

-----

korang pernah rasa tak nak berenti kerja? pernah? kalau pernah angguk sekarang. kalau tak, sila geleng laju laju :p

ntah kenapa hari ni tahap la asyik fikir nak berenti kerja dan cari kerja lain. sirius memang dah bosan tahap kerja sini. tak dapat dah nak tahan tahan tahap kebosanan ni. tapi tu la, nak carik kerja lain ingat senang jaman sekarang ni? payah kannnnn. 20 resume yang hantar belum tentu kene panggil pun. abes camne? kerja sini sampai ada cucu ke? taknakkkkk. adalah sangat gembira kalau dapat buat bisnes sendiri. ni pun tgh survey survey. kalau ada rezeki buat bisnes, alhamdulillah. kalau tak, memang kene cari kerja lain. oh sirius aku tak happy kerja sini dahhhhh. nak pergi kerja memang tak pernah nak suka la kan. rasa macam terpaksa huhu.. gile tak best macamni. kalau boleh nak la pergi kerja rasa happy, rasa bersemangat ke kan. kini tidak lagi. pergi keje sebab nak dapat gaji je ni ha. tak pernah rasa suka pun dengan apa yang aku buat sekarang ni. teruk bebenar la kan aku ni. ok, sape ada tau keje kosong yang menarik, angkat tangan! meh sini kasi tau eh. tolong la jangan kemut kemut. kesian orang di sini T___T


yang kebusanan,
meezameez