baru je sebentar tadi incik suami mensend emel pasal tsunami. kandungan emel adalah seperti di bawah. tetibe rasa macam betul je blogger tu tulis. adalah sedikit marah pasal kartun ultraman kene tsunami tu. ok fine, tak perlu kot nak berlawak pasal tsunami di Jepun tu. tsunami ok TSUNAMI! bukan tiramitsu! tau tak tsunami itu adalah menyeramkan. malam semalam baru je aku mimpi tsunami kot. gile seram! tapi naseb baik terselamat la kan. seb baik mimpi tauuuuu! memang bila terjaga je macam bersyukur sangat sangat! eh memang seram. seram dia tak boleh nak cakap. naseb baik mimpiiii. terus bile bangun, cancel nak gi bercuti ala ala romantik di pulau pulau. rasa nak duduk kat rumah tak keluar keluar.
ok, korang sila baca di bawah itu:
Ada tiga sebab kenapa aku marah.
1. Penyataan Rosmah Mansor mengenai tragedi gempa bumi dan tsunami di Jepun. Rosmah Mansor menyatakan bahawa malapetaka tsunami dan gempa bumi di Jepun itu berpunca dari kelalaian negara Jepun melaksanakan pembangunan mesra alam. ‘Kelalaian negara Jepun melaksanakan pembangunan mesra alam‘. Aku terkejut dengan penyataan kau. Bukan itu saja, aku malu, dan marah. Kalau kau nak tahu, negara Jepun sangat mengambil berat dalam hal alam sekitar terutamanya apabila melibatkan sebarang projek pembangunan dan teknologi. Kami pelajar engineering di Jepun sangat diberi penekanan terhadap kesan pembangunan terhadap alam sekitar oleh lecturer kami. Teknologi Eco sangat digalakkan oleh kerajaan. Kau tahu, kerajaan Jepun beri duit kalau kau beli barang yang menggunakan teknologi Eco dan menjimatkan penggunaan tenaga elektrik. Aku dapat 5000Yen sebab beli TV Sony yang Eco. Kerajaan kita ada? Dimana teknologi mesra alam yang Malaysia gunakan? Di sini, kami kongsi duit beli kereta Prius. Ya, kereta hybrid. Kenapa? Sebab cukai kereta hybrid lebih murah! Inilah negara Jepun yang kau cakap ‘lalai melaksanakan pembangunan mesra alam’. Aku rasa semua sudah maklum kenapa gempa bumi boleh berlaku. Ya, kerana pergerakan plet pada kerak bumi. Gempa bumi di kawasan laut boleh membawa kepada tsunami. Itu general knowledge. Takkan benda mudah itu pon kau tak tahu. Aku malu dengan kau. Budak Jepun yang masih di tadika pon boleh jawab.
2. Kartun Ultraman lari dikejar tsunami dalam Berita Minggu.
Aku marah dekat Berita Harian. Aku marah dekat kartunis Zoy. Woi, kalau nak bergurau ada limit tahu tak. Bagi kau, mungkin isu ini kelakar. Boleh dibuat gurauan. Tetapi tidak bagi kami yang berada di tanah Jepun ini. Isu gempa bumi dan tsunami tak boleh dibuat main. Orang Jepun sendiri mengambil serius pasal gempa bumi. Hatta gempa bumi berskala 1 pun, ada makluman dekat TV untuk memberitahu rakyat Jepun tentang gempa bumi yang bakal berlaku atau yang sedang berlaku. Ini soal nyawa. Di mana budi bicara orang Melayu? Di mana kesopanan dan kesusilaan yang diucap dalam Rukun Negara? Atau kau buat-buat lupa? Berita ini sudah masuk CNN. Satu dunia boleh tahu. Kau tidak berada di sini, bolehlah mengambil ringan pasal gempa bumi, tsunami dan hujan asid. Tetapi tidak bagi kami di Jepun. Tolong, tolong, tolonglah sensitif sikit sebab di Jepun ini pun ada rakyat Malaysia
3. Berita mengenai status keselamatan Maria Ozawa dalam Kosmo!
Kau bimbang pasal Maria Ozawa? Wadahel? Dalam berjuta orang di Jepun ini, Maria Ozawa jugak kau nak laporkan. Kenapa? Maria Ozawa memainkan peranan penting dalam hidup editor Kosmo? Maria Ozawa membantu untuk menaikkan industri hiburan di Malaysia? Apa kau nak jawab bila ada budak kecil yang peka dengan isu gempa bumi di Jepun membaca laporan tersebut dan bertanya: “Ayah, Maria Ozawa tu siapa?” “Mak, porno tu apa?” Apa kau nak jawab? Aku tanya kau. Kesimpulan Aku kecewa dengan Rosmah. Aku marah dengan Berita Harian. Aku geram dengan Kosmo! Insiden kali ini menunjukan di mana Malaysia berdiri dalam membantu negara Jepun menghadapi dugaan kali ini. Satu sahaja yang aku cukup risau. Bagaimana Jepun akan melihat Malaysia selepas ini? Aku takut rakyat Jepun akan memandang serong terhadap Malaysia. Sebab pihak pertama yang akan terkena tempias ini ialah rakyat Malaysia di Jepun. Ya, termasuk aku. Aku takut. Apa nak jawab kalau member aku tanya? Apa aku nak jawab kalau sensei aku tanya? Aku masih belum ada jawapan. Notakaki: Maaf sekiranya perkataan dan kosa kata dalam entri ini kasar. Notakakilagi: Aku tidak salahkan kerajaan Malaysia. Cuma aku harap kerajaan lebih telus dalam menangani isu ini sebelum terlambat. Lagilaginotakaki: Aku risau sebenarnya. Risau dengan gempa bumi. Risau dengan isu yang melibatkan Malasysia ini. Semoga semuanya berakhir dengan cepat.
sumber : pinjam jap eh awakkkk, tq!
**ya Allah, jauhkan lah keluargaku, saudaraku, sahabatku dan Malaysia dari di timpa bencana seperti itu..amin.
yup.... aku ngk vid die pon menyirap jerk...
ReplyDeletedangkal dan cetek betol si rosmah nie.. bukan sbb politik tapi fakta.. memalukan sungguh !
kannnn tak paham nape rosmah boleh cakap mcm tu. kan dah terserlah kecetekan ilmu beliau huhu.. aku yg bukan wanita pertama malaysia pon tau Jepun mmg melaksanakan dasar pembangunan mesra alam. adoi aiii. rosmah oh rosmah haha!
ReplyDeleteahahahahaa.. wat malu org msia jerk.. da la die tuh bini PM.. kompom najib malu gile ngan statement dangkal beliaw... kasihaaan..
ReplyDeletehahahhh!! mengong! yang no 1 tu memang sume rakyat jelata msia ni hangennn kot ngan beliau..
ReplyDeleteayu: kann malu ok. anda adalah bini PM ok tapiiiii statement itu? haha! tak melambangkan seorang isteri PM pongggg hihi
ReplyDeletefati: hahaha! memang wajib la hangen dgn beliau. malu je kalau org Jepun tengok huhu. tak membantu langsung!