baru je sebentar tadi incik suami mensend emel pasal tsunami. kandungan emel adalah seperti di bawah. tetibe rasa macam betul je blogger tu tulis. adalah sedikit marah pasal kartun ultraman kene tsunami tu. ok fine, tak perlu kot nak berlawak pasal tsunami di Jepun tu. tsunami ok TSUNAMI! bukan tiramitsu! tau tak tsunami itu adalah menyeramkan. malam semalam baru je aku mimpi tsunami kot. gile seram! tapi naseb baik terselamat la kan. seb baik mimpi tauuuuu! memang bila terjaga je macam bersyukur sangat sangat! eh memang seram. seram dia tak boleh nak cakap. naseb baik mimpiiii. terus bile bangun, cancel nak gi bercuti ala ala romantik di pulau pulau. rasa nak duduk kat rumah tak keluar keluar.
ok, korang sila baca di bawah itu:
Ada tiga sebab kenapa aku marah.
1. Penyataan Rosmah Mansor mengenai tragedi gempa bumi dan tsunami di Jepun. Rosmah Mansor menyatakan bahawa malapetaka tsunami dan gempa bumi di Jepun itu berpunca dari kelalaian negara Jepun melaksanakan pembangunan mesra alam. ‘Kelalaian negara Jepun melaksanakan pembangunan mesra alam‘. Aku terkejut dengan penyataan kau. Bukan itu saja, aku malu, dan marah. Kalau kau nak tahu, negara Jepun sangat mengambil berat dalam hal alam sekitar terutamanya apabila melibatkan sebarang projek pembangunan dan teknologi. Kami pelajar engineering di Jepun sangat diberi penekanan terhadap kesan pembangunan terhadap alam sekitar oleh lecturer kami. Teknologi Eco sangat digalakkan oleh kerajaan. Kau tahu, kerajaan Jepun beri duit kalau kau beli barang yang menggunakan teknologi Eco dan menjimatkan penggunaan tenaga elektrik. Aku dapat 5000Yen sebab beli TV Sony yang Eco. Kerajaan kita ada? Dimana teknologi mesra alam yang Malaysia gunakan? Di sini, kami kongsi duit beli kereta Prius. Ya, kereta hybrid. Kenapa? Sebab cukai kereta hybrid lebih murah! Inilah negara Jepun yang kau cakap ‘lalai melaksanakan pembangunan mesra alam’. Aku rasa semua sudah maklum kenapa gempa bumi boleh berlaku. Ya, kerana pergerakan plet pada kerak bumi. Gempa bumi di kawasan laut boleh membawa kepada tsunami. Itu general knowledge. Takkan benda mudah itu pon kau tak tahu. Aku malu dengan kau. Budak Jepun yang masih di tadika pon boleh jawab.
2. Kartun Ultraman lari dikejar tsunami dalam Berita Minggu.
Aku marah dekat Berita Harian. Aku marah dekat kartunis Zoy. Woi, kalau nak bergurau ada limit tahu tak. Bagi kau, mungkin isu ini kelakar. Boleh dibuat gurauan. Tetapi tidak bagi kami yang berada di tanah Jepun ini. Isu gempa bumi dan tsunami tak boleh dibuat main. Orang Jepun sendiri mengambil serius pasal gempa bumi. Hatta gempa bumi berskala 1 pun, ada makluman dekat TV untuk memberitahu rakyat Jepun tentang gempa bumi yang bakal berlaku atau yang sedang berlaku. Ini soal nyawa. Di mana budi bicara orang Melayu? Di mana kesopanan dan kesusilaan yang diucap dalam Rukun Negara? Atau kau buat-buat lupa? Berita ini sudah masuk CNN. Satu dunia boleh tahu. Kau tidak berada di sini, bolehlah mengambil ringan pasal gempa bumi, tsunami dan hujan asid. Tetapi tidak bagi kami di Jepun. Tolong, tolong, tolonglah sensitif sikit sebab di Jepun ini pun ada rakyat Malaysia
3. Berita mengenai status keselamatan Maria Ozawa dalam Kosmo!
Kau bimbang pasal Maria Ozawa? Wadahel? Dalam berjuta orang di Jepun ini, Maria Ozawa jugak kau nak laporkan. Kenapa? Maria Ozawa memainkan peranan penting dalam hidup editor Kosmo? Maria Ozawa membantu untuk menaikkan industri hiburan di Malaysia? Apa kau nak jawab bila ada budak kecil yang peka dengan isu gempa bumi di Jepun membaca laporan tersebut dan bertanya: “Ayah, Maria Ozawa tu siapa?” “Mak, porno tu apa?” Apa kau nak jawab? Aku tanya kau. Kesimpulan Aku kecewa dengan Rosmah. Aku marah dengan Berita Harian. Aku geram dengan Kosmo! Insiden kali ini menunjukan di mana Malaysia berdiri dalam membantu negara Jepun menghadapi dugaan kali ini. Satu sahaja yang aku cukup risau. Bagaimana Jepun akan melihat Malaysia selepas ini? Aku takut rakyat Jepun akan memandang serong terhadap Malaysia. Sebab pihak pertama yang akan terkena tempias ini ialah rakyat Malaysia di Jepun. Ya, termasuk aku. Aku takut. Apa nak jawab kalau member aku tanya? Apa aku nak jawab kalau sensei aku tanya? Aku masih belum ada jawapan. Notakaki: Maaf sekiranya perkataan dan kosa kata dalam entri ini kasar. Notakakilagi: Aku tidak salahkan kerajaan Malaysia. Cuma aku harap kerajaan lebih telus dalam menangani isu ini sebelum terlambat. Lagilaginotakaki: Aku risau sebenarnya. Risau dengan gempa bumi. Risau dengan isu yang melibatkan Malasysia ini. Semoga semuanya berakhir dengan cepat.
sumber : pinjam jap eh awakkkk, tq!
**ya Allah, jauhkan lah keluargaku, saudaraku, sahabatku dan Malaysia dari di timpa bencana seperti itu..amin.
Mar 17, 2011
Mar 4, 2011
panas! panas!
panas! panas!
owh, ini bukan cerita panas mahupon cerita skandal artis artis. hati panas nihhhhh, panassssss.
hari ni bekeje malam maka tadi isyak kat surau opis la kan. masa sedang solat tetibe henpon kakak sebelah ni bunyi. dia dh abes solat maka dia pon angkat la. ok fine, takpe. tapiiiii kenapa nak borak kt situ jugak????!! hello, tak nampak ke ramai yg sedang solat? semua sedang solat tapi dia dgn selamba beborak mcm takde orang dalam surau. aku yg kat sebelah ni dh tersasul sasul baca Fatihah. ok fine nak borak tapi pegi la kt belakang tu ha. borak la sampai lebam. ni tak, elok je dia borak kt sebelah orang2 yg sedang solat ni ha. serius aku mcm hangen lalu aku pon buat2 batuk. eh eh tak faham jugak. maseh lagi dia beria borak. sampai selesai aku solat baru la dia stop! ya Allah! masa tu memang hati panasssss. rasa macam nak nasehat pon ada. tengah solat hati siap cakap lagi, "kenapa la takde org tegur kakak niiii". lepas ni jgn harap nak solat sebelah kakak itu lagi. TIDAK! TIDAK AKAN!

susu ILHAM
dengar je pasal susu ni hati terus macam nak cuba susu ni. macam sedap pulak. tapi susu ni utk baby 1 tahun hingga 3 tahun dan 4 hingga 7 tahun sahaja. kalau baby korang 6 bulan ke atas, dah boleh minum susu ni. Miqael dah nak masuk 7 bulan kan. memang tersangat la nak cuba susu ni. ada kawan dah beli susu ni. dia try kasi anak dia minum. dan dia cakap alhamdulillah anak dia suka plus! anak dia tidur dengan nyenyak di malam hari sampai subuh. tak bangun malam dah sebab lapar nak susu :).
Miqael maseh lagi menyusu badan tapi kalau hari bekerja kene jugak la campur susu formula. dalam sehari tu ada la sekali, dua kali dia minum susu formula sebab stok tak cukopppp. kalau ummy dia cuti, susu formula u hiasan je la hihi. ummmy dia 'bijak' sangat tak buat stok masa pantang haha! takpe, takpe, next baby takkan dah terjadi seperti ini. pasti buat stok punya hihi. susu formula tu pon lambat pulak nak abes sebab dia jarang minum kan. lepas abes kang, nak try kasi Miqael susu ilham :).
kalau korang nak tau pasal susu ilham ni, sila kilk sini >> ILHAM
Mar 1, 2011
hari pertama
ok sekarang sudah bermula lah. hari ini adalah hari pertama ma maaa. ada lagi 29 hari lagi. banyaknyaaaaa.
hari ni adalah hari pertama mengganti puasa hihi. memang niat nak ganti puasa bila Miqael dah start makan. jadi dia tak bergantung sgt dengan susu ummy ni. dah makan senang sket. takde la dia lapar nanti :).
makanya, bermula 1 Mac 2011, saya, hameezah haminah rasit bermula mengganti puasa. semoga tabah menghadapi ujian haha macam tak pernah puasa pulak. ok, selamat maju jaya kepada diri sendiri!
dua puluh sembilan hari lagi!

Subscribe to:
Posts (Atom)