Miqael sekarang suka mengeluarkan air liur dia sambil bunyi bunyi!! habis baju dia basah. lap je dia buat lagi haha! pastu senyum2 pula. sampai berbelon belon kat mulut dia. sekarang ketawa pun beria. suka dengar dia ketawa :). suka angkat angkat kepala bile letak kat baby seat dia. nak kuatkan leher la kot. paling dia suka adalah melihat tangan dan kaki sendiri haha! beria Miqael belek belek tangan dia. tak berkelip tengok tangan dan kaki sendiri hihi. pastu suka hisap tangan sendiri sampai basah basah mitten. sekarang juga sudah pandai cebik cebik muka, macam muka nak nanges tu. dannn si kecil Miqael ini suka jejalannnn!! naik kereta je bulat mata dia hihi.
hari Isnin pegi klinik sebab Miqael kene cucok lagi. cucok tiga serangkai dan retroviral(ntah betol ke tidak ni nama dia). retroviral ni obat makan je. tu yang Miqael tak suka. tak suka makan obat tau anak ummy ni. doktor cakap baby lain semua suka hisap hisap kalau kasi makan obat ni tapi Miqael??? haha! nak buat macamana doktor, anak saya tidak suka makan obat hihi. dia kumpul je kat mulut dia pastu kang elok je obat tu mengalir tepi mulut dia. doktor kene paksa dia makan jugak. lagi dia tak suka haha. lepas makan obat kene cucok pulak. sebelum kene cucok tu beria la tengok tangan sendiri, dia tak tau dia kene cucok tu. lepas nurse pegang tangan dia, musti dia macam "eh kenapa pegang pegang tangan saya ni" haha! doktor masok je jarum terus muka berubah, nanges pulak anak ummy ni. seb baik nanges kejap je. alhamdulillah Miqael tak demam tapi ummy dia yang demam niiihhh! terus tak dapat beraya haji. tapi takpe, ummy demam takpe, jangan Miqael demammmm. kesian nanti.
sila lihat ini :
"ape ni paksa paksa saya makan obatttt"
suka tengok tangan sendiri haha
uuuuuu saya mau pulang!
jumpa lagi!!