Jul 23, 2010

3 weeks to go


my due date is quickly approachingggggg!!!

sangatlah berdebar dan sedikit ketakutan

berdoa supaya dapat bersalin normal sebab mak cakap c-sec adalah sakettttt huhu.. meninggalkan kesan yang agak lama berbanding bersalin normal ni. owh, harap harap tidak c-sec

sekarang tak pikir ape ape dah supaya ketakutan itu hilang. tup tup baby nak keluar dah, haaaa tu senang. maka tak payah pikir pikir. redah aje :)



p/s: baby, cant wait to see you, to hold you, to hug you and to kiss you!!
-love, mummy and daddy-



Jul 17, 2010

Baby needs (0-3months)

berkongsi kongsi :)


Bathing and Health:
  • Baby bath tub ( / )
  • Bath sponge
  • Baby soaps and lotions ( / )
  • Tearless shampoo ( / )
  • Bath toys ( / )
  • Almond oil ( / ) -doctor suggest to use Almond oil instead of baby oil. Almond oil is good for infant massage. the baby oil have a chemical composition which is not good for baby. mak mak takpe nak guna baby oil :p
  • Hooded towels ( / )
  • Sterile cotton balls
  • Baby powder
  • Minyak Telon-it smells nice, suka bau dia!!

Feeding:
  • Baby bottles ( / )
  • Nipples
  • Breast pump
  • Breast milk storage containers
  • Bottle liners
  • Bottle brush ( / )
  • Baby bibs ( / )
  • Breast pads
  • Pacifiers ( / )
  • Nipple Cream
  • Nursing pillow
  • Nursing bras
  • Bottle Sterilizer
  • Bottle warmer
  • Formula (always ask your pediatrician for recommendation)

Diapering:
  • Cloth diapers ( / )
  • Disposable diapers ( / )
  • Diaper Wipes ( / )
  • Wash cloths
  • Diaper ointment/powder
  • Diaper Bag

Clothing:
  • Onesies ( / )
  • Pajamas ( / )
  • Sleepers ( / )
  • Socks and booties ( / )
  • T-shirts ( / )
  • Mittens ( / )
  • Bonnet/Cap ( / )
  • Nappies ( / )

Bedding:
  • Crib bedding Set ( / )
  • Receiving blankets ( / )
  • Baby blankets ( / )
  • Mattresses ( / )
  • Mattress pads
  • Baby Pillows ( / )

After 3 months or after the confinement tu, boleh la beli barang lain pulak macam stroller ker carseat ker kan. it depends kat korang jugak, kalau nak beli semua semua ni terus pun takpe :)

happy shopping!! :D

Jul 12, 2010

kemalangan memang tidak berbau

hari khamis bersamaan 8 Julai 2010,


kejadian yang sama berulang kembali heheh
ye, memang salah aku pun. tak salah orang tu pun. tapi nak buat macamana dah nak jadi kan,kan,kan?
sekali lagi telah melanggar kereta orang! 3 bulan lepas sudah jadi, ni jadi lagi. apekahhhhh??!! kejadian 3 bulan lepas adalah kerana mengantuk tahap tak boleh nak handle punye. plus jem dan hujan pulak tu. memang la sedap je mata nak terlelap. penat tahan mata supaya tak terlelap tapi apakan daya, kengantukan itu mengatasi segala galanya. akhirnya terlelap la jugak. dan terlanggar la pula kereta depan huhu.. sedar sedar rupanya aku sudah terlanggar kereta lancer di depan itu hihi. settle kat balai pulis. insuran la jawapnya huhu dan SAMAN! owh $$$$ :'(

kali ni lagi best! kereta yg remuk kt bonet tu kan tak dibaiki lagi kan sebab kalau nak g betulkan mesti lama punya pastu nak g keje camnekah? maka biarkan dulu. biar punya biar, langgar lagi la pulak. langgar nissan sylphy pula kali ini hihi. kenapa perlu aku langgar kereta yang import2 ni ntah. nissan tu baru je 4 bulan kot. sian kat orang tu tapi nak buat macamane dh nak jadi :p. kali ni memang la bonet tu bertambah remuk plus no plat kereta juga patah dan radiator juga bocor. memang kereta tak boleh gerak dah. terpaksa tow huhu. ni pun settle kt balai pulis juga. semasa kejadian berlaku kebetulan cik shima dan kawannya lalu di tempat kejadian. maka beliau telah menolong saya hihi.. terima kasih cik shima dan kawannya!! telefon encik suami dan beliau berkata "hah? lagi sekali?". kejadian tak disangkaaaaaa! mana nak tauuuuuuuu. tapi kalau aku tak beria tengok orang kat komuter tu kompem tak jadi kejadian malang ini. menyesal sungguh! lepas settle kt balai pulis terus je encik suami bawak g klinik check baby. masa tu takot la jugak kan. sian baby, baby terkejut eh baby? sorry tau baby, lepas ni tak jadi lagi dah, mak promise k. alhamdulillah doktor scan dan baby sehat walafiat. doktor kasi mc terus. yes! esok takyah g keje, itu paling suka haha!

kereta kesayangan sudah berada di bengkel selama tak tau la berapa lama. sampai insuran settle la kot. tak best la takde kereta ni. nak g jusco pada hari jumaat susah la macamni ;p

semoga semuanya akan selesai dengan cepat dan selepas ini saya akan lebih berhati hati. dah taknak dah tengok kiri kanan. tengok depan je. fokus! fokus!


pemangsa:




mangsa keadaan:


Jul 7, 2010

kecacatan

hari isnin baru ni telah pergi melihat rumah untuk memeriksa kecacatan yang telah dibaiki oleh pihak pemaju. kalau semua beres, kunci boleh amek dah, dah boleh pasang grille, dah boleh cuci rumah, dah boleh pasang lampu kipas, dah boleh survey2 kitchen cabinet, dah boleh memacam la hihi. tapi itu semua boleh dibuat setelah kecacatan rumah sudah dibaiki. malangnya! ada beberapa yang belom settle lagi. tapi takpe, naseb baik minor defect. yang major semua sudah dibaiki. nampak macam ok je yang sudah dibaiki itu. minor defect tu macam:


ada 2 jubin pecah/sumbing: satu kat dining, lagi satu kat family hall atas.
kitorang mintak tukar.

cat pecah pecah kat tepi tingkap master bedroom.
sila cat semula.

tempat kunci pintu master bedroom tersumbing. cacat tak lawa.
sila tukar juga.

ada crack sedikit di tepi tangga. tak nampak sgt pun sebenarnya tapi tak boleh dibiarkan nanti bertambah tambah crack tu.

simen kat belakang dapur tak rata. cacat menggerutu.
sila ratakan.

cat tak rata. berbelak belak. tak suka.
sila cat semula.

simen tak rata. tiada kemasan
sila cantikkan balik jubin tu.

---

sekarang tunggu lagi sehingga kecacatan itu dibaiki dengan jayanya. berharap lepas ni tak de lagi cacat2 dah. tak sabar nak amek kunciiiiiiiii hihi


Jul 2, 2010

hati sedikit gumbira

Developer telah call suami sebentar tadi. yayyyy!!! rumah telah siap. siap dah repair defect yang di komplen bulan lepas. tak sabar nak amek kunci, tak sabar nak tengok hasil pembaikan itu. adakah benar benar memuaskan hati kami? baik! ahad ni harus pegi! esok tak sempat la kot rasanya sebab ada appointment dgn puan doktor :)