Feb 15, 2010

i can see ur little hand :)

now I'm 14 weeks pregnant. sudah 3 bulan :). alhamdulillah semuanya baik baik sahaja. sabtu baru ni ada checkup dgn doktor tp sebelum pegi checkup perasaan adalah gementar sedikit. tetibe macam kerisauan.

doc: macamane puan hameezah, ada ape2 masalah?
me: ok, takde. sehat (sambil tersenyum)
doc: awak memang dr memula dulu ok. steady je.
me: hehehe (itu je kot yg mampu aku buat haha!)
doc: perot pon tak nampak lagi. mana la perot tu menyorok agaknya.
(ye, sememangnya itu la merisaukan aku. kenapa la perot tak nampak besar macam kawan2 aku yg lain? padahal diorg pon 3 bulan jugak tp dah ada perot. jeles ok)
encik suami: kenapa hidung isteri saya selalu tersumbat bila nak tido doktor? kekadang tu dedua belah.
doktor: itu normal, jangan risau. kekadang sebab ibu tu ada resdung.
me: memang pun saya ada resdung.
doktor: haa.. tu la sebabnya. resdung ni time pregnant lagi teruk.
doc: ok, jom kite timbang berat then kite scan.
(berat naik 1 kg sahaja. ok takpe, asal naik, dah lega)

tiba lah untuk men'scan' baby. berdebarrrr!! dan...
sangat terkejut tgk baby! dah besarrrr! dah ada tangan, dah ada mulut, dah ada hidung, dah ada kaki, dah ada tulang belakang. semua tu memang nampak. sangat jelas!
dan yang paling best adalah nampak tangan baby bergerak gerak macam ckp "hye mommy, hye daddy" hihi. ok, masa ni tetibe tersebak. seb baik dpt tahan airmata haha. encik suami dah pegang kaki aku kekuat excited tengok tangan baby hihi. dia cakap naseb baik dia tak pegang bahu doktor haha! dia dah nak loncat ok. seb baik encik suami tidak berbuat demikian di hadapan doktor dan misi di situ. haish. tapi serius, macam nak bawak balik rumah mesin tu. boleh tgk baby tetiap hari :)

sekarang tidak sabar tunggu next checkup. nak tgk baby!

to baby: mommy and daddy cant wait to see you cutie. be good ok. you are the precious one. we love you! :D


3 comments:

  1. aww beshnyaaaaa. cepatnya weh masa. kau tau x baby tu wave2 pastu dia kata apa. mami dedi, bring me to rome. i want to gooo. :p n bring aunty edeq n unc arep jugak mami. hihihih

    ReplyDelete
  2. fati: hihi.. next year cik fati pula.
    ederq: oh tidak, tidak. baby x dpt g rome sbb mami n dedi dia dh cancel g rome huhu

    ReplyDelete