Jan 25, 2011

panic room!

haha! asal boleh tajuk itu :p

ok panik seketika semalam kerana tetibe sahaja blog hilang lang lang. beria dah sedih sedih keciwa tahap guling guling sampai nanges semalaman. ok tu tipu haha. tp serius sedih pedih. macam sayang gile blog hilang. penat ok mencoret sana sini. tetapi sekarang tidak bersedih lagi!

lihattttt! sekarang bebas menulis semula hihi. macam tak percaya tetibe blog ada balik. saja je try buka dengan harapan kot kot ada ke. tetibe ada! tetibe menjerit "yayyyy!!" haha. seb baik bos takde. owh alhamdulillah syukur nikmat, malaysia maju rakyat selamat :)

baiklah! sekarang kembali bersemangat untuk menulis ntah ape ape.

p/s: kepada bloggy, tolongla jgn hilang lagi, jgn main cak cak dengan aku lagi. tak kelaka ok main main mcm ni, buat sedih sedih aje. ingat tau, jgn buat lagi, kalau tak, taknak kawan sampai bebila haha!



Jan 13, 2011

apa yang korang tak tahan bila tengok wayang

entri pertama di tahun baru hihi.

pagi tadi mendengar Hot FM sambil memandu kereta ke tempat kerja. tajuk diskusi adalah menarik! tajuknya adalah 'apa yang korang tak tahan bila tengok wayang'. rasa mcm nak anta sms tapi dh ada orang menyuarakan pendapat yang sama seperti aku. jimat 50sen :p

adalah tidak suka sangat sangat sangat dan sangat kalau ada pencerita kat dlm panggung wayang tu. tau la kau dah tengok cerita tu 10 kali kan, aku ni belom tengok lagi cerita tu. tak payah la nak bercerita sampai abes cerita tu. eh, eh, kalau mcm tu tak payah la aku beli tiket wayang, aku suruh kau je bercerita. sampai dah tak suspen dah cerita tu. si girlfren beria bercerita kat si boyfren, si boyfren pulak dok melayan. bingit gile! tolong la korang, kasihani la kami yang nak tengok cerita tu untuk pertama kali. rasa mcm nak menjerit kat mereka mereka ini. yang paling tak tahan bila dia dah tau kite ni dok pandang keras kat dia, wah! makin rancak pulak dia bercerita. perlukah aku bangun dan menjerit sambil menuding jari marah marah? yang mampu hanya bersabar je la. tak syok langsung ok tengok cerita macam tu. cerita kelakar pon tak jadi kelakar, cerita takot pon tak jadi takot. tak suspen pen pennnnn!

kepada golongan yang suka bercerita ini: silalah berhenti dari berbuat demikian. kalau rasa dah tengok, takyah tengok wayang lagi, beli je dvd ke, tengok kat umah 100 kali pon takpe. cerita la kat boyfren sampai berdarah darah telinga pon xpe, tak kacau orang lain.

sampai di sini saja emosi pagi ini. terima kaseh.