Aug 30, 2010

our little miracle, MIQAEL

:)


hari ni Miqael dah 3 minggu :)
pipi dia sudah boleh dicubit hihi, muka pon sudah bulat.


kaki suka tendang tendang, dah kuat dah kaki dia. tangan tak suka kene bedung. kalau bedung je, kompem bedung tu dia bukak. oh kuatnya tangan si kecik ni tau. suka tido tangan kat atas macam pulis nak tahan orang bersalah, 'hands up!' haha! suka mengeliat dan sangat beria. macam best kalau tengok dia mengeliat. siap berbunyi bunyi macam letih bebenau hihi



dan Miqael suka kentutttttt! kentut macam orang besar haha!
suka buat mulut burung seperti ini:

tapi yang ini tak berapa burung sangat. kalau tak, sangatlah mulut burung!


Alhamdulillah, Miqael tak banyak ragam maka senang je jaga dia :)
Malam pun tak nanges nanges, kalau lapar nak susu dia nanges tak beria. nanges berenti berenti tak panjang pun nanges dia. kalau lambat kasi susu dia hisap jari dia. penyabar anak ummy ni eh :p. kalau kenyang, tidur. kalau taknak tidur besar je mata dia pandang pandang orang. sangatlah bersyukur Miqael bukan baby yang suka nanges nanges. cuma malam suka tidur lambat. biasa dia eh, siang bukan main dia tidur. malam kang pukol 12 bangun, pukol 3 baru nak tidur. nak join sahur eh sayang? hihi


sedang enak menikmati susu ummy ;p
bagus jugak pam susu ni, abah boleh tolong susukan hihi

my first manicure :)



tak sabar tunggu anak ummy ni besarrrrr! boleh pegi jalan jalan. kite pegi zoo! ummy suka pegi zoo maka Miqael pun musti suka jugak k haha.

Aug 27, 2010

bersalin itu indah :)

lama tahap tak menconteng di sini! sibok berpantang :p
ni saja mau berkongsi pengalaman bersalin. tetibe terasa ingin menconteng hihi

8/8/2010:

  • berdinner di Legend Hotel (sebelom ketibaan orang baru, maka teringin bermakan berduaan hihi)
  • on the way balik umah rasa macam saket sikit2 kat perot tapi boleh handle lagi. macam tak rasa saket sangat pon.
  • pada jam 11 lebih macam tu g solat isyak jap. tengah solat tu tetibe macam ada bendalir keluar laju. tak banyak. tapi teruskan jugak solat. lepas abes je solat g check dan terlihat bendalir jernih tanpa warna dan tiada bau. dalam hati rasa mcm benda ni adalah air ketuban. tapi macam was was. amek pad pakai dan tak lama kemudian tu keluar lagi. sah! sah! ini adalah tanda tandanya! terus g depan dan berkata kepada suami "awak, kita rasa baik kita g sepital malam ni". encik suami macam tak percaya la pulak. "hah? ni betol betol ke ni?". terlihat diwajahnya kecuakan dan ke'blur'an hihi. encik suami tak percaya kerana keadaan masa tu tak macam dalam drama tv yang selalu dia tengok katanya. dalam drama kan saket beria pastu keadaan macam kecoh2 kan. realiti adalah berlainan sama skali!
  • malam tu jugak kitorang g sepital dan terus je warded. nurse buat CTG dan check kebukaan rahim. masa nurse merodok tangannya ke dalam anu itu, saket ok! beria rodok dalam dalam huhu..
  • bermula pukul 4 pagi perot rasa macam senggugut. tak selesa! g bilik air je kejenya ni.
  • tidur sehingga subuh. zZzzZZz (-__-)

9/8/2010:

  • 8 pagi doktor datang check. doktor cakap dah buka 2cm dan doktor cakap kene induce kerana air ketuban dah leaking tapi bukaan perlahan. maka kene induce.
  • dalam masa sejam contraction tu bermula doktor cakap. berdebar tahap tunggu sejam tu.
  • dan bermulalah contraction itu. serius macam senggugut. pernah la jugak rasa senggugut tu macamane sebelum ni. memula ok lagi, boleh tahan lagi. doktor cakap kalau tak tahan bitau dia, nanti dia kasi epidural tak pun dia kasi inject kt peha tu. kalau boleh memang taknak amek epidural. jadi aku kene la tahan kan. jadi sepanjang contraction tu aku tahan je la.
  • pukul 12pm, nurse suruh masuk labor room. masa tu baru buka 5cm. dh rasa saket dah. sebelum masok labor room mintak maaf dengan suami, mak, ibu mertua. bila mintak maaf dengan suami, dia macam "apa sayang cakap ni?" hahah! hish, orang kene la mintak maaf sayang, kot kot tak sempat mintak maaf ke... mana nak tau kan :). mintak maaf dengan mak adalah sebak ok! tragis sungguh! taknak ingat lah huhu.
  • bile buka 6-8cm tu tahan saket sampai menggigil sambil memegang tangan suami sekuat hati. saket tu kejap kejap tapi kerap. tak sabar nak tunggu dia buka 10! nurse tanya lagi, boleh tahan ke ni? nak ubat tak? aku geleng geleng je. gagahkan diri tuuu haha! bertahan bertahan!
  • okeh! sudah 10cm! tibalah masanya untuk meneran. "doktor bilang push baru push ok hameezah. 1,2,..3, PUSH! PUSH! ok, bagus, bagus hameezah. lagi sikit." 3 kali la jugak berhenti amek napas nak push huhu. dan tetibe terdengar "uwekkkkkk uwekkkkk". oh leganyaaaaaa!! nampak saja si kecil itu, sakit semua hilang :). alhamdulillah selamat ibu dan anak :)
  • dan ini adalah permata hati ummy dan abah :)
Miqael bin Mohd Sharizal
9/8/2010, 2.51pm, 2.8kg


---
p/s: owh ya, memasing akan ada pengalaman bersalin memasing. tak sama dengan orang lain. ada yang senang bersalin ada yang susah. kalau ada orang bercerita pasal susah senang bersalin, dengarkan aje takyah amek serius sebab rasa bersalin ni lain lain hihi. dah rasa sendiri baru tau ;). yang penting pengalaman bersalin itu INDAH :)

jadi adalah tidak faham sampai hari ini kenapa ada kes buang bayi. tak rasa kesian ke bila tengok muka anak sendiri? muka baby suci je, sejuk hati memandang. tak berperasaankah mereka mereka ini?